Friday, November 12, 2010

Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul

Bismillah....

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani hamba mula menulis...

Dalam minda hamba ini asyik berfikir mengenai apa yang dibincangkan semalam bersama seorang akak senior... Banyak topik yang kami sentuh... Agama, Skill, Manangement, dan tak ketinggalan juga politik... Alhamdulillah, terbuka sedikit minda rasanya mengenai perkara2 tersebut... terima kasih akak...

Kata akak tu lagi, ramai ulama yang menyatakan ini haram, tak boleh buat, dosa... Tetapi mereka hanya berhenti disitu... Tidak memberi solusi kepada masalah tersebut... Contohnya Jika kita lihat, suatu masa dahulu, Karnival Jom Heboh Tidak boleh dianjurkan di Perak... tetapi, walaupun mufti tak bagi, disebabkan diorang ni degil jugak dan ditambah pula tak berapa arif tentang agama, maka buatla jugak... Pada hamba Jom Heboh tu salah... Banyak bahan, dan input... Yang salah tu bile ade konsert yg macam entah apa2 tu... Lagho... Disitu akan berlaku percampuran lelaki dan perempuan... tapi, macam mana nak bolehkan bende tu kalau teringin sangatla nak buat??? tukarkanlah konsert yang entah apa2 tu kepada nasyid... dan asingkan tempat duduk antara lelaki, perempuan dan yang berkeluarga seperti yang dilakukan di Kelantan.... Itu solusinya... Itu sekadar contoh... tidak berniat untuk mengata sesiapa... Hanya sebuah perbandingan biasa...

Iktibarnya, kita selaku bakal ustaz dan ustazah, kene ambil pengajaran daripada perkara ini kerana kita selalunya lebih cenderung untuk mengata tidak boleh,haram dan berdosa... tetapi tidak memberi solusi terhadap ketidakbolehan itu dan keharaman sesuatu benda... akibatnya masyarakat akan menyatakan Islam itu Jumud sedangkan Islam itu fleksible dan merupakan way of life...


Kami juga berbincang mengenai penubuhan persatuan yang masih dalam perancangan hamba dan seorang sahabat... Hamba minta pendapatnya... Pesannya, sebelum nak buat apa2, letakkan objektif dahulu baru susun aktiviti, kita tidak boleh susun aktiviti baru fikir objektif... jika di fikir2kan balik, ada benarnya... Analoginya begini, kenapa kita hidup atas dunia??? untuk mencari keredhaan Allah... Nah, itu objektifnya... Objektif hidup itu membantu kita dalam melakukan urusan seharian dan memberi sedikit kebahagian dikala susah kerana kita tahu yang penting Allah redho... tak kisah la apa yang jadi sekali pun... kita tempuh juga... tetapi , cuba bayangkan jika kita tak ada matlamat hidup??? hanya mengikut arus kehidupan, apa jadi??? Hanyut... That is why mission and vission is important because it will lead us towards sucess...


Banyak lagi yang kami bincang, tetapi cukuplah setakat ini... Pesanan untuk diri hamba yang sering lalai dan leka... Biasakan yang betul, betulkan yang biasa... Biarlah orang nak kata apa, yang penting apa yang kita lakukan Allah redho...

No comments: