Wednesday, December 29, 2010

Wanita

Bismillahirrohmanirrahim...

dengan nama Allah yang maha agung hamba mula menulis... Alhamdulillah, kulafazkan tanda syukur atas segala nikmat kurnian darinya...

Semalam,22 Muharram 1432 Hijrah bersamaan 28 Disember 2010 hamba pergi kelas memandu... sementara menunggu pak cik tu menguruskan pelajar yang lain, hamba diminta menunggu di pondok(tempat menunggu)... di pondok itu ada seorang pak cik yang juga merupakan "cikgu" memandu... hamba pergi dan duduk.... hanya membisu di atas kerusi... hamba memang payah nak buka mulut, melainkan jika dirangsang dengan topik2 perbicaraan yang betul... jika tidak, hamba hanya mendengar...tetapi, bila dapat berbincang, berdiskusi, memang susah nak berhenti... itu lah hamba...

Pak cik yang berada di pondok tersebut meneruskan kerja2nya... tidak lama selepas itu pak cik tersebut keluar dari pondok itu dan kembali beberapa minit kemudian dengan bungkusan plastik yang penuh dengan pulut panggang ditangan...

pak cik bertanya pada hamba "belajar dimana?"

"maktab perguruan" hamba menjawab...

sengaja tidak menggunakan istilah IPG sebab istilah itu masih baru takut dia tidak mengerti...

"Oh, patutla ..... bagus la dapat masuk Maktab,keluar dah confirm kerja..."

"jadi cikgu bagus... pak cik nak jadi cikgu x boleh, jadi cikgu memandu aje la... nanti bila pak cik dah x ade, pahala tu still mengalir lagi..." sambungnya lagi...

Alhamdulillah... bukan semua orang fikir macam tu pak cik... hamba bermonolog sendirian...hmmm... cerita punya cerita, sekali tu pakcik tu cakap,

"orang perempuan zaman sekarang memang kene kerja... baru merdeka..."

Pada awalnya, hamba tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh Pakcik tersebut dengan istilah "merdeka" itu... kemudian pak cik itu menyambung...

"kalau kerja boleh bagi mak duit, nak beli barang pun x teragak2 sebab ada duit sendiri... x ambil letak, ambil letak sebab memikirkan anak2 dan hal2 lain...itu yang dikatakan merdeka tu"

oh, ingatkan merdeka macam mana tadi... pak cik2... buat orang suspen saja...

apa yang tertarik untuk hamba coretkan disini ialah, wanita zaman sekarang tak sama macam zaman dahulu... kene bekerja... betul ke??? hmmm... jom kita lihat satu persatu... kalau dahulu, hanya si suami yang bekerja... atau lebih tepat lagi, ruang pekerjaan itu dimonopoli oleh golongan adam... jarang sekali melihat golongan hawa bekerja... Amat kontra dengan situasi sekarang...hmmm...

pada pandangan hamba, ada faedahnya golongan wanita ini bekerja... bagi yang wanita yang belum berumahtangga, bekerja membantu menyara diri dan keluarga... tambah2 lagi jika anak sulung dan mempunyai adik beradik yang ramai... bagi golongan yang sudah berumahtangga, bekerja membantu menjana pendapatan keluarga... nak bayar bil air, eletrik,rumah, kereta, perbelanjaan harian, keperluan anak2 dan sebagainya...bezanya, kalau dulu, harga murah, gaji sikit... sekarang pula, gaji tinggi, barang mahal... tetapi,sama sahaja masalahnya... wang...

WANG...kerana wang, manusia bisa hilang pertimbangan, kerana wang suami isteri bercerai berai, kerana wang manusia bertukar menjadi sehina-hina makhluk...

wang... bisa menggilakan yang waras, dan bisa mewaraskan yang gila...

Bekerja bukan untuk mendominasi

Masalahnya zaman kini, tuntutan bekerja itu kadang kala disalah ertikan... "kita mesti berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan lelaki" "orang perempuan pun boleh buat kerja2 begini... jangan ingat golongan lelaki sahaja mampu..." pemikiran yang sebegini yang bahaya... bila wanita mempunya pemikiran yang demikian, mereka akan cuba menyamatarafkan antara lelaki dan perempuan... macam Sisters In Islam(SIS)... macam2 dilakukan... sehingga sanggup menghalalkan yang haram... nauzubillah... ingat wahai saudara ku yang ku kasihi... macam mana hebat pun kita, lelaki itu tetap pemimpin kita... "Ar-rijal Qowwamuna `alannisa`"...lelaki itu pemimpin keatas wanita... ini tidak bermakna, kaum wanita itu dianaktirikan dalam islam... tidak sama sekali!!! malah ia melindungi kaum hawa dan sebenarnya amat bertuah menjadi seorang wanita...

Kaum lelaki, merupakan pemimpin... tanggungjawabnya besar... memimpin ibu, adik, kakak, isteri dan anak2(bagi yang sudah berumah tangga) ke jalan yang lurus... salah langkah, bisa ditarik ke neraka.... sesuai dengan tanggungjawab itu mereka dikurniakan 9 akal satu nafsu... dan golongan hawa,9 nafsu, satu akal.... namun, akal yang 9 itu bisa tenggelam kerana nafsu yang satu itu... disinilah peranan seorang wanita... menyedarkan para suami, anak2, abang2, dan adik2 yang mungkin tersalah langkah dalam menongkah arus globalisasi yang menunutut mujahadah yang tinggi....

Besyukurlah dijadikan sebagai wanita

Besyukurlah kerana kita dilahirkan sebagai wanita... kita tidak diamanahkan dengan tanggungjawab yang berat seperti kaum adam... kita tidak akan disoal jika suami kita begitu begini, adik2 kita melakukan perkara2 yang tidak sepatutnya... tetapi, golongan adam nanti muflis diakhirat kerana anak, isteri, ibu, kakak, dan adik yang tidak dibentuk dengan acuan islam...

disini hamba mencatat beberapa kelebihan menjadi seorang wanita... semoga kita semua tergolong dalam golongan yang bersyukur....


  1. doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana wanita lebih penyayang dari lelaki. Sabda rasulullah: " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia2".
  2. apabila seorang wanita mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa dibulan ramadhan, memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana sahaja yang dikehendaki...
  3. sabda rasulullah: "wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mrngeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah menbinakan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka. Jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.
  4. seorang wanita yang solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh...
dan banyak lagi kelebihan2 buat kaum wanita... yang tercatat diatas hanyalah sedikit sahaja....



sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita,
ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita,
betapa bertuahnya menjadi wanita.
besyukurlah kerana dilahirkan sebagai wanita...!!!!

Saturday, December 25, 2010

Straight As...

Bismillahirrohmanirrahim...

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani hamba mula menulis... Syukur dipanjatkan buat Robbul `Izzati atas segala nikmat kurniannya...

Hari ini, 19 Muharram 1432 Hijrah, bersamaan 25 Desember 2010.... Sudah 19 hari tahun baru bermula (tahun islam)... Hmmm... Tadi hamba log in facebook, dan tertarik dengan kenyataan seorang pensyarah hamba yang hamba rasa agak menarik untuk dikupas dan dibincang bersama serta mengambil pelajaran dan pengajaran daripada apa yang diperkatakan... "benarkah dapat 9A PMR itu betul2 pandai??"...itu soalan yang diajukan... Macam2 reaksi... ada yang setuju... ada yang x... biasalah... semua perkara pasti ada pro dan kontranya...

Hmmm... Mari kita bersama menelosori dunia pendidikan sebentar.... Jika kita melihat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK):

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi Intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran,keluarga, masyarakat dan negara...

Cuba kita lihat, apa yang ingin dicapai dalam falsafah tersebut??? tetapi, adakah semuanya tercapai???Apa yang hamba lihat, apa yang berlaku tidak seperti yang digambarkan... Apalah gunanya jika falsafah itu hanya tinggal falsafah, tanpa pelaksanaan... Untuk merealisasikan falsafah tersebut, kita memerlukan kerjasama daripada semua pihak, bermula dengan pelajar itu sendiri, ibu bapa, guru2, masayarakat dan juga agensi sama ada agensi kerajaan atau pun swasta...


FPK

Hmmm... Hamba lihat, mutakhir ini, FPK hanya tinggal falsafah yang dihafal... baik oleh para guru, mahupun pelajar... senang nak buat karangan... ade avidence... tetapi jauh sekali penghayatannya... ya lah zaman sekarang, orang hanya mementingkan akademik, yang lain2 tu, tolak ketepi... yang dikejar, A... A dan A... maka, lahirlah corak pendidikan yang berorentasikan peperiksaan... Bila berorentasikan peperiksaan, yang diajar hanya yang masuk peperiksaan sahaja... penerapan nilai2 moral, akhlak, serta pembangunan jiwa dan jati diri, ditolak ketepi... Akhirnya, lahirlah insan yang banyak A, cemerlang akademik, tetapi jiwanya tandus... Sebab itu lah, wujudnya mereka yang cedik, tetapi masih lagi menipu, menerima rasuah, culas dan sebagainya...


Long Life Education

Sabda Rasulullah: "tuntutlah ilmu ke negeri Cina"... bukan lah maksud hadith tersebut supaya kita belajar di Cina, tetapi, menyuruh umat Islam supaya sentiasa menuntut ilmu walaupun tempat itu jauh ( tanah arab dan cina, kedudukannya jauh) dan tidak mengira sempadan masa... Long Life education, amat dititik beratkan dalam Islam, demi melahirkan insan berilmu... Namun, fenomena yang berlaku, apabila kita dah ada Degree, atau master, or even PhD, ada yang mula berhenti belajar... kerja... kerja... dan kerja... "sudah masanya kita hidup senang"... barangkali, itu yang bermain diminda... sedangkan ilmu Allah itu luas... Lihat sahaja ahli cendiakawan Islam dahulu, Ibn Sina, Al-Farabi, AL-khawarizmi, Ibn Khaldun dan yang lain, mempunyai kepakaran dalam banyak bidang... tidak terbatas dalam sesuatu bidang sahaja seperti kita hari ini...

Cinta akan ilmu... Dahaga akan Ilmu.... Itu kunci kepada pendidikan sepanjang hayat... Sebagai warga pendidik dan seorang muslim yang mukmin, sifat ini mesti ada pada kita... Jika guru sendiri yang merupakan medium perantaraan kepada ilmu selain buku juga tidak dahagakan ilmu, tidak minat membaca, bagaimana mungkin anak murid kita akan punya minat itu... Kita merupakan contoh buat mereka... jangan hanya pandai berteori mengatakan kita kene banyak membaca, tetapi, guru sendiri malas membaca... Action speaks louder than words...

Hafal Atau Faham??

Sistem peperiksaan di Malaysia mempunyai corak dan trend tersendiri... Sekarang kita lihat, ramai yang "pandai"(dapat semua A,sepatutnya pandai la kan...)... hampir saban tahun, result meningkat... tetapi, apakah ilmu di dada juga meningkat??? atau hanya berilmu semasa nak exam sahaja... Habis exam, semua hilang... Kebanyakkan kita, menghafal apa yang diajarkan... sama ada betul2 faham atau pun tidak x tahu la.... yang penting boleh jawab exam... Kalau tidak percaya, cuba tanya kat pelajar2 tu... "yang ni ape?? kenape berlaku?? contoh???" "erm, entahlah... x ingat dah... dulu zaman belajar ingatla... saye hafal, tetapi sekarang dah lupa" mungkin itu jawapan yang kita dapat... mungkin ada la dua tiga kerat yang masih ingat... Harapnya lepas ni, dua tiga kerat tu meningkatlah angkanya... Belajar kerana Ilmu,di lakukan kerana Allah, bukan kerana peperiksaan....

"Al-ilmu billa amalin kasyajar billa thamar"... Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah... fikir2kan lah...

Thursday, December 23, 2010

Berjayakah Kita???

Bismillahirrohmanirrohim....


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, hamba melakar perkara yang bermain diminda dalam bentuk bait-bait aksara yang tersusun bagi membentuk ayat, mengenai pendapat dan persoalan yang sarat disanubari, menusuk hati dan nurani hamba selaku hamba yang hina dihadapan penciptanya... ALhamdulillah hamba panjatkan kepada ilahi, tanda syukur atas segala nikmat yang kurniakan olehnya...


Hari ini, 17 Muharram 1432 Hijrah, bersamaan 23 Desember 2010 Masihi, keluar result PMR... beberapa bulan yang lalu, sebelum bermulanya cuti sekolah, keluar result UPSR... Fenomena yang hamba lihat yang sering berlaku ialah, handphone pelajar atau calon pada hari yang amat mendebarkan ini, sentiasa sibuk... ada sahaja call dan message yang masuk... Daripada kawan2, saudara-mara, dan sebagainya... semuanya sibuk menanyakan keputusan peperiksaan... "macam mana result?ok? Brape A dapat???" barang kali, itu skirp yang terpapar di skrin handphone.... Saudara-mara dan sahabat2 yang jarang menalefon atau sms pun tup2 tertera nama di skrin hanphone... punya nak tahu keputusan macam mane... Hmmm...


Kita semua(termasuklah diri ini) sibuk menanyakan keputusan yang dicapai oleh calon2 tersebut... Bila calon itu dapat straigh As... "Alhamdulillah... Tahniah..." skrip wajib yang keluar daripada mulut kita kan... Hmmm, kalau calon tu dapat result yang kurang baik pula, "x ape lah, cuba lagi..." ayat skema yang keluar dari mulut kita... kenapa kita tanya mereka ni, tentang keputusan depa??? sebab nak tahu... Kenapa nak tahu???untuk apa??? nak mengukur sejauh mana kegeniusan seseorang itu??? mungkin...


Slip Peperiksaan


Kita beranggapan, apa yang terpapar diatas slip peperiksaan itu gambaran tahap IQ seseorang... sungguh mudah kita melabelkan "budak ni pandai, cekdik, genius" hanya berdasarkan slip peperiksaan tersebut... kenapa ea?? sedangkan keputusan peperiksaan itu hanyalah sedikit sahaja daripada apa yang ada dalam diri seseorang itu... hamba tidak menafikan, peperiksaan itu perlu, untuk menguji kefahaman seseorang tentang sesuatu perkara... tetapi, di Malaysia ni, hamba lihat, peperiksaan itu bukan menifestasi untuk menguji kefahaman pelajar terhadap apa yang dipelajarinya tetapi sebagai batu loncatan untuk mencapai "kesenangan..." ... "kalau kita dapat A, senang masuk asrama, masuk sekolah bagus2...masa depan cerah..." Hmmm... betul ke statement ini??? apakah bersekolah disekolah yang dikatakan bagus itu, memberi jaminan masa depan kita cerah??? Tapi kenapa semua pelajar yang masuk sekolah bagus2 tak semua dapat straight As dalam exam??? x payah pergi sampai satu sekolah, satu kelas je... result tetap berbeza... sedangkan cikgunya sama, buku sama, kemudahan sama.... Cikgu2 memfokuskan exam... Exam... dan exam... sibuk analisis itu dan ini... sudahnya, apa yang diajar, apa yang masuk exam... dimana proses mendidik itu berlaku??? bukankah tugas kita sebagai guru memanusiakan manusia... Mungkin, student boleh sahaja score dalam mane2 subjek... tetapi penghayatan kepada ilmu itu bagaimana??? Sebab itu lah, bila lepas exam sahaja, tanya balik, semua lupa... Belajar semata2 kerana exam, bukan kerana menuntut ilmu merupakan fardhu keatas setiap muslim yang mukmin... Hamba teringat kata2 pensyarah bahasa arab hamba," x ade soalan2 spot... ada ilmu semua boleh jawab"... Betul tu ustaz... Ilmu itu kunci segala2nya...Hmmm... hamba bukan nak mengaitkan sesiapa, cuma inilah persoalan yang bermain dalam kepala hamba...


Benih yang baik, kalau dicampakkan ke laut, menjadi pulau..


x kiralah dimana kita belajar, yang penting kita ikhlas dan memang kita cintakan ilmu... insyaAllah kita dapat ilmu tu dan akhirnya InsyaALlah menjadi seorang yang berilmu... bukan menjadi seorang yang baik keputusannya, tetapi, apabila ditanya itu dan ini tergagap mencari jawapan kepada soalan yang diajukan... Jawapan hanya atas kertas terjemahan daripada apa yang dibaca... Ilmu itu di dada bukan di dalam buku... Jauh sekali atas kertas...renungkan...


Straight As= Kejayaan


Umum menggunakan Straight As yang diperoleh dalam peperiksaan sebagai kayu pengukur kejayaan seseorang... Betul ke neraca yang digunakan untuk menisbahkan ukuran kejayaan??? kalau sikit A tu maknanya orang tu x berjaya la ye??? macam tu??? Hmmm... pada pendapat hamba yang faqir lagi hina ini, keputusan yang cemerlang itu belum tentu menjadikan seseorang itu manusia yang berjaya dalam hidup... Ya... Ia bergantung bagaimana kita menafsir apa itu erti kejayaan yang sebenar... pada hamba, yang baru setahun jagung hidup di pentas lakonan dunia ini, kejayaan itu adalah apabila kita mampu mengatasi kelemahan diri kita... kenapa hamba katakan begitu??? kerana, kekuatan atau kelebihan yang ada pada diri kita boleh jadi kekurangan dan kelemahan pada orang lain... betul tak... analoginya begini... Kita boleh jadi expert dalam math, tetapi lemah dalam sejarah... Manakala kawan kita sejarah dia, Ya Allah, tanyalah, semua tahu, tapi kecundang dalam Mathematics... Justeru apa yang dikatakan berjaya??? berjaya apabila kita boleh score subjek yang kita susah nak score... betul x?? See...itu baru namanya kejayaan... berjaya mengatasi kelemahan untuk mara kepuncak yang seterusnya...


Pesanan Ikhlas

Buat mereka yang rasa result kurang memberansangkan, usah putus asa... Hidup bukan hanya dengan keputusan peperiksaan sahaja... Lihat sahaja Elbert Enstine, Masa zaman sekolah, semua orang melabelkannya sebagai seorang yang bodah, x pandai... Namun, ibunya memberinya juga ilmu... Akhirnya, hari ini, budak yang suatu masa dahulu yang dikatakan bodoh itu, kurang pandai itu dikenali seantero dunia sebagai ahli sc yang tinggi ilmunya dan otaknya masih disimpan untuk di kaji.. Adik2ku, result dalam peperiksaan itu bukan segalanya, kejayaan mengadaptasi kelebihan dan kekurangan diri dalam mara ke destinasi seterusnya adalah lebih beharga daripada kejayaan yang hanya diatas kertas itu....


Adik2 ku,
Ayuh,
Bangun....
Kembalilah berjalan...
Kembalilah berlari di atas muka bumi Allah ini...
Jatuh mu itu sebenarnya mendidikmu,
Menjadi insan...
Mentarbiahmu agar menjadi seorang mukmin yang bertaqwa kepada penciptanya...
Ayuh,
Bangunlah...
Terbanglah tinggi diawan...
Bertebaranlah di muka bumi...
Lalukanlah apa sahaja,
Selagi ianya berada dibawah redho dan Rahmatnya...
Jadikan Allah sebagai Matlamat kita,
Kelak kita akan berjaya,
Jika tidak didunia,
Nun nanti di akhirat sana...

Rasanya, cukup lah setakat ini... ada masa kita sambung lagi perbincangan isu ini bagi memahami apa itu erti kejayaan yang sebenar.... Remember, Success is a journey, not a destination... Fikir2kanlah...

Monday, December 20, 2010

Bahasa Isyarat

Bismillahirrohmanirrahim...

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani hamba mula menulis... Alhamdulillah, syukur dirafakkan buat Robbul Jalil atas segala nikmat kurniaannya...

Entry kali ni, hamba nak kongsikan serba sedikit mengenai bahasa isyarat... Hamba suka belajar bahasa isyarat nih... best... Bahasa isyarat juga dikenali sebagai ASL(American Sign Language) atau BIM(Bahasa Isyarat Malaysia)... lebih kurang je ASL ngan BIM nih... beza sikit2 tu biasa la... namanya bahasa... mesti ada beza kan... kalau nak tahu tentang sejarah kemunculan macam mane wujudnye bahase isyarat ni boleh google sendiri... ok, untuk permulaan ni, hamba kongsikan yang alphabet A-Z dulu... bila dah master yang ni, baru boleh buat yang phrases punye.... sebelum tu, lembut2kanlah jari dulu ye... jangan sampai terseliuh pulak jari tu... nanti siapa yang susah, diri sendiri jugak kan... Sesiapa yang nak cuba, boleh cuba sampai mahir... sapa2 yang dah mahir, boleh cuba eja nama sendiri dan nama kengkawan guna ASL ni...




Ok, bile dah rase expert, try yang ni pulak... numbers... 1-15 dan pecahan sikit...(kite buat math sikit)




Ok, dah expert sume??? kalau dah, try buat macam vedio kat bawah ni... translate lagu gune sign language.... boleh try buat gune lagu nasyid... nak lagi best, gune lagu rap tak pun hip hop pun boleh jugak... uji kepantasan dan kecekapan...


~Selamat mencuba~

Thursday, December 16, 2010

Bintang

Bilsmillah.......

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani hamba mula menulis... Alhamdulillah syukur hamba panjatkan buat Robbul `Izzati atas segala limpahan kurnianya... Moga dapat hamba manfaatkan segala yang dikurniakan pada jalannya insyaAllah...

BINTANG
Subhanallah,
Terang bintang Vega,
Megah di rasi Lyra,
Demikian bintang Arcturus,
Gemerlap di rasi Bootes

Vega dan Arcturus,
Dua bintang antara jutaan,
Indah menawan,
Menghiasi langit malam.

Ramai kagum kecantikan Vega,
Ramai teruja pesona Arcturus,
Kedua-duanya bintang terbilang,
Cahaya terang benderang.

Vega dan Arcturus,
Antara jutaan bintang,
Membentuk navigasi,
Petunjuk musafir kesesatan.

Vega paling terang,
Pendapat sesetengah orang,
Tidak! Arcturus paling terang,
Sangkal sesetengah yang lain.

Vega dan arcturus,
Kedua-duanya bintang yang terang,
Terhijab dek ketaksuban,
Ternafi dek keegoan.

Vega dan Arcturus,
Para pemujanya berpecah,
Berkeras dengan pendirian,
Saling menyalahkan.

Si Vega dan Si Arcturus,
Turut berselisihan, bercakaran,
Melepaskan meteorit amarah,
Saling menunjuk gagah.

Menangis bintang Sirius,
Di rasi Caris Major,
Ia antara jutaan bintang,
Rindukan penyatuan,

Syahdu rayuan Sirius,
Hanya terbenam di qalbu,
Siapalah aku sebuah Sirius,
Untuk menyatukan Vega dan Arcturus.

Gemersik doa Sirius,
Beralun membuai malam,
Satukanlah Vega dan Arcturus,
Kerana kedua-duanya bintang terbilang.

Sirius berbisik hikmah,
Berlapang adalah pada pendapat,
Ia antara betul dan salah,
Bukan hak dan batil,
Hanya furuk dan khilafiah,
Bukan akidah dan asas.
Kembalilah Vega dan Arcturus,
Pada penyatuan dan kasih sayang,
Kita hanya gas dan debu bernama nebula,
Bantu musafir mencari pedoman.

Sebuah Sirius hina setia berdoa,
mencari persamaan bukan perbezaan,
mendekatkan bukan menjauhkan,
menyatukan bukan memecahkan.

ALgol, Folaris, Mira,
Antara jutaan bintang,
Turut bercahaya gemilang,
Saling melengkapkan.

Algol, Folaris, Mira,
Tokoh bintang yang makin tiada,
Dimusuhi ledakan supernova,
Sirius merintih rindukan mereka.

Musafir keliru sendiri,
Vega dan Arcturus terus kelahi,
Doa musafir tulus dan suci,
Hadirkan pemimpin untuk kami.


Pasti ramai yang pernah membaca novel Syabab Musafir Kasih karya Fatimah Syarha Mohd Noodin dan pasti ramai yang pernah terbaca sajak ini dalam novel tersebut... Amat mendalam maksudnya... Boleh ditafsir dari pelbagai sudut... Bersama kita ambil iktibar...


p/s: Buat sesiape yang rajen, cari la gambar bintang tu satu-satu...

Sahabat Selamanya

Biamillah...



Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani hamba mula menulis... Alhamdulillah syukur dirafakkan buat Robbul `Izzati atas segala nikmat dan kurnia darinya..



Entry kali ni hamba nak tulis mengenai lirik lagu sahabat selamanya... mesti ramai yang dah pernah dengar lagu ni... lagu ni lebih sedap kalau ia dinyanyikan bersama iringan gitar sahaja berbanding yang asal... walau ape pun, bukan itu yang ingin hamba tekankan disini... apa yang ingin bicarakan ialah mengenai lirik lagu tersebut... SAHABAT SELAMANYA atau pun boleh la dikatakan UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA (lebih kurang la kan...)


Sahabat Dambaan

Boleh dikatakan sahabat ialah insan yang paling rapat dengan kita... Manusia yang dicipta oleh Allah, yang memahami kita... kita sering menceritakan masalah kita pada sahabat, tempat kita berkongsi kisah suka dan duka(semua ni kita buat ngan sahabat selain dengan ibu bapa). Namun, dapatkah kita mencari seorang sahabat sebagaimana yang rasulullah sabdakan?? bila kita melihatnya, kita teringat akan Allah, bila mendengar kata-katanya, bertambah ilmu kita dan apabila melihat amalannya, kita teringat akan akhirat... adakah kita kita punya sahabat sebegini???


Kita Bagaimana???

Kita juga pasti merupakan sahabat kepada sahabat kita kan??? dan kita bagaimana??? adakah dengan melihat kita sahabat kita akan teringat pada Allah atau bertambah leka??? adakah dengan mendengar kata-kata kita sahabat kita bertambah ilmunya??? dan adakah dengan melihat amal ibadat kita sahabat kita akan teringat akan akhirat atau terus hanyut di bawa arus dunia??? kita ini sahabat yang bagaimana??? kita sering mengharapkan orang lain untuk menjadi sahabat terbaik kita tetapi adakah kita menjadi sahabat yang terbaik buat sahabat kita??? bersama kita muhasabah diri...




Kita dan sahabat kita pastinya berasal daripada latarbelakang yang berbeza dan mungkin cara didikan yang yang diterima juga berbeza...walaupun terdapat perbezaan, kita cuba fahami dan selami sahabat kita itu sebaiknya... apa yang ada padanya (sikap, personaliti, cara pemikiran dan tindakan) dibentuk oleh keadaan dan suasana persekitaran yang ada dengan mereka pada waktu tersebut.... terimalah mereka seadanya dan cubalah menjadi sahabat yang terbaik.... Apa yang penting dalam hubungan ini adalah kesetian, kejujuran, amanah dan kasih sayang yang ikhlas bukan kerana sahabat kita pandai, bijak, kaya dan sebagainya tetapi semata-mata hanya kerana Allah... Pilihlah teman yang baik akhlaknya, yang santun budinya dan mempunyai sahsiah diri yang mulia dan yang paling penting, hubungannya dengan Allah dan sesama makhluk juga baik agar kita bisa mengikut jejak langkah mereka....



Buat sahabatku,
Maaf ku pinta,
Andai diri ini banyak menyakitimu,
Maaf jika bicaraku pernah mengguris hatiu,
Maaf jika tindakkanku keterlaluan sehingga menusuk kalbumu,
Maaf jika aku khilaf dalam menafsir dirimu...


Sahabatku,
Terima kasih kerana kau sudi hadir dalam hidup ku,
Menemani setiap langkahku dalam perjuangan ini,
Andai aku bisa menggapai bintang di langit,
Andai saja aku bisa meraih sang rembulan dan mentari,
Akan kuhadiahkan buatmu,
Sebagai tanda kasih dan sayangku,
Namun,
Aku tahu,
Itu semua diluar kemampuanku,
Hanya secebis doa yang mampu utus buatmu,
Semoga kau bahagia, dirahmati dan diredhoi olehnya selalu...
UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADA...





Dibawah ini ana serta lirik lagu Sahabat Selamanya... Hayatilah...





SAHABAT SELAMANYA


Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama-lamanya setia



Monday, December 6, 2010

Coretanku

Bismillah...

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani hamba mula menulis... Syukur dirafakkan buat Robbul `Izzati atas segala nikmat kurniannya...

Sudah hampir seminggu hamba tidak menulis... baru hari ni dapat update blog memandangkan line broadband agak teruk seminggu dua ni.... macam2 terjadi dalam seminggu ni... Allah... cubaan...

Alhamdulillah.. Mak long, pak long, pakngah dan makngah selamat pulang ke tanah air selepas menunaikan haji di Tanah Suci… Alhamdulillah… hamba ambil kesempatan melawat m.long dan p.long dirumah mereka yang kebetulan hanya selang beberapa rumah sahaja daripada rumah hamba… kami dihidangkan dengan kekacang , kurma dan pastinya air zam2…. Alhamdulillah… merasa jugak air zam2 yang dah lama tak minum… nikmat… melihat hamba suka makan kekacang tu, mak long siap bagi bawa balik lagi… “Nah akak, bawak balik, nanti tak merase dah…” kate mak long… terima kasih mak long…. p.long dan m.long sempat bergambar disana… hamba tatap gambar2 tu… melihat keadaan dan suasana di Mekkah, membuatkan hamba terasa ingin terbang kesana… sujud dihadapan Ka`abah yang sebenar… InsyaAllah, ade rezeki, dapatlah pergi… yang penting usaha, doa dan tawakal… Ya Allah, berilah hamba mu ini kesempatan sujud di hadapan Ka`abahmu, berteleku memuji mu, melawat maqam rasulmu…
ALhamdulillah... Opah dah keluar wad kalau tak silap hari sabtu hari tu... Nak sangat p melawat ngan jenguk opah, tapi keadaan tak mengizinkan lagi... last balik kampung bulan 11 hari tu... Ya Allah, perudahkan segala urusan...

Pelan atau rancangan tahun depan sudah bermain diminda... tinggal diterjemah diatas kertas pelan pelaksaan sahaja... tahun-tahun sebelum ni, hamba cuma merancang dalam kepala sahaja, tetapi memandangkan tahun depan hamba punya banyak perancangan, jadi terpaksalah dicatat nanti terlupa... tahun depan bidang baru insyaAllah akan diteroka... manfaatkan masa dimaktab dengan mencedok sebanyak ilmu yang boleh... antara bidang yang menarik untuk di terokai: linguistik(psikologi dan bahasa), bahasa(urdu, mandrin & spanish... kalau mampu la...dan matapkan bahasa yang dah ada, bi,bm dan ba)... tahun depan juga nak tambah dan mantapkan lagi ilmu yang lain yang hamba dah mula berjinak2 mase cuti ni... Alhamdulillah... banyak juga bidang baru yang diterokai mase cuti ni... syukur... nikmat Allah...

Dalam perancangan, ingat nak balik maktab awal sikit... sama ada 31 hb atau 1hb (kalau pejabat asrama bukak la, nanti tak de kunci, tidur luar la jawabnye....)... balik awal, kemas bilik, ambil barang dari stor, cari port(instead of PIAH, plan ngan zakirah) dan buat ape yang patut..



Ya Allah,
Kau permudahkanlah segala perancanganku,
Aku hanya mampu merancang,
Namun, engkau yang menentukan segalanya...
Ya Rahman,
Kau pimpimlah langkah ku menuju redhomu,
Pandu aku dalam memanfaatkan masa mudaku, masa lapangku dan nikmat kesihatan kurniaanmu pada jalanmu...
Rahmatillah aku, Berkatilah aku, Redholah aku...




"BERKHIDMAT HANYA UNTUK ALLAH"



Dikesempatan ini hamba ingin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah kepada semua umat Islam dimana sahaja anda semua berada.... Semoga dengan berinjaknya tahun, mematangkan kita dari segi pemikiran dan tindakan... dan yang paling penting, tambah ilmu, tambah amal... InsyaAllah... Moga dipermudahkan semua urusan... Iringi segala usaha yang dilakukan dengan doa dan tawakal...


~Salam Maal Hijrah~