Friday, January 8, 2010

RENUNGAN BUAT ANDA……..


Bila malam menjelma,kita semua ibarat jutaan bintang yang ada di tengah-tengah langit malam yang ditemani cahaya rembulan…..Terangnya cahaya atau gemerlapnya kita bergantung kepada keupayaan kita sendiri…Bintang yang bergemerlapan dapat dilihat daripada bumi dan menyebabkan ramai saintis ingin mengkajinya……Apakah ia memberi banyak faedah atau hanya menghiasi dada langit di waktu malam?Apakah yang ada padanya sehinggakan ia boleh bergemerlapan sebegitu rupa?Dimanakah lokasinya?Bagaimana dengan kita?Adakah kita bintang yang malap ataupun bintang yang bergemerlapan?Jika kita bintang yang malap,mungkinkah cahaya dan impian kita menjadi kenyataan iaitu menjadi bintang yang bergemerlapan dan menjadi sebutan orang ramai?

Jawapannya boleh….secara saintifik (jika tidak silap),saintis menyatakan bahawa kandungan bintang yang utama ialah gas helium dan hydrogen.Apabila 4 gas hydrogen bercantum,ia akan membentuk 1 helium..Ini menyebabkan bintang itu terbakar…Oleh itu,untuk menjadikan bintang kita bergemerlapan,kita mestilah menghasilkan lebih banyak gas helium dan hydrogen…..Walaupun ia kelihatan seperti kita membakar diri sendiri namun,anggaplah ia sebagai satu pengorbanan untuk mencapai kejayaan.Ini adalah kerana hidup ini tidak selalu indah,langit tidak selalu cerah dek kerana mendung,suram malam tidak berbintang kerana ditutupi dengan awan malam,itulah yang dinamakan lukisan alam yang punya banyak rona yang melambangkan kebesaran-Nya...Ingatlah,setitis derita melanda,segunung kurnian datang dari-Nya..

Sekarang tidak perlu kita bersastera lagi…..Untuk menjadikan kita sebuah bintang yang bergemerlapan,intan berlian yang menjadi idaman,permata yang menjadi pujaan,kita mestilah berusaha kearah itu kerana yang bulat tidak akan datang bergolek,yang pipih tidak akan datang melayang.Onak dan duri perlu diredahi demi kehidupan ini.Allah telah menjanjikan kejayaan bagi sesiapa yang berusaha.Firman Allah S.A.W dalam surah Al-insyirah ayat 5 dan 6 yang bermaksud : sesungguhnya disamping kesusahan itu ada kesenangn…Allah ulang ayat tersebut dua kali….Juteru walau apa pun jua dugaan atau betapa susah sekali pun kita,ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kita dan yakinlah bahawa kita akan dapat menggapai impian kita cuma masanya sahaja yang belum tiba…Yakinlah pada-Nya dan jangan sesekali kita berputus asa dengan kurniaan-Nya…

P/S: I’ve seen a phrase which sound like this;…when you thing every thing is going wrong, it is Allah’s way to make you strong… so, always have faith on him….remember LAHAULAWALA QUWATAILLA BILLAH…