Monday, October 19, 2009




SYUKURKAH KITA?
“ Alhamdulillah…..syukur…”.kita sering mengucapkan perkataan tersebut apabila kita mendapat nikmat atau kejayaan seperti mendapat semua A dalam peperiksaan awam…..Namun kenapa kita tidak mengucapkannya setiap saat?Hal ini adalah kerana kita hanya nampak nikmat yang besar sahaja tetapi didak memahami apa itu maksud nikmat yang sebenar..
Allah itu Maha Pemurah,dia memberikan begitu banyak nikmat yang tidak dapat dihitung…Cuma kita sahaja yang tidak menyedarinya atau pura-pura tidak menyedarinya….Hanya apabila kita telah kehilangannya kita akan berasa menyesal kerana tidak mensyukuri nikmat itu…..
Banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita.Buktinya ada pada diri kita sendiri.Antara nikmat Allah beri kepada kita ialah mempunyai anggota badan yang sempurna…Cuba bayangkan jika kita tidak memepunyai sebelah tangan atau kaki..Sudah pasti kita susah untuk membuat kerja dan bergerak….Bukan itu sahaja,menggaru juga merupakan satu nikmat…Cuba anda bayangkan jika kita merasa gatal kerana digigit nyamuk namun kita tidak dapat menggaru kegatalan tersebut,pasti kita berasa tidak selesa…Dan apabila kita dapat menngaru kegatalan itu kita akan merasa 1001 nikmat…Pernahkah pada saat-saat begini kita mengucapkan Alhandulillah?

Begitu juga ketika kita sendawa atupun membuang angin…Mungkin sesetengah pihak menyatakan itu perbuatan yang tidak senonoh…Namun jika proses situ tersangkut atau tidak berjalan dengan lancar pasti tersiksa hidup dibuatnya…
Ketika kita menghirup udara yang segar lagi nyaman pernahkah kita mengucapkan kalimah Alhamdulillah?Setiap benda yang hidup akan bernafas kerana memerlukan oksigen dan Allah memberikan nikmat itu secara percuma.Kita tidak perlu membayar walau setengah sen sekalipun…Bayangkanlah jika kita dikenakan caj…Tentu kita pening kepala untuk membayar segalanya…

Namun bergitu,kita selalu lupa pada nikmatnya…Nikmat yang dikurniakan selalu disalahgunakan…Mata merenung perkara yang tidak sepatutnya,mulut basah dengan umpatan dan gossip-gosip murahan serta hati kita sering kali leka dari mengingati Allah
Jika pemberian nikmatnya pun kita sudah lupa,inikan pula nak berzikir mengingatinya…. Renung-renungkalah..Muhasabah kembali diri kita…Apa yang telah kita peroleh dari yang maha pengasih…Ingatlah antara apa yang kita punya pada hari ini belum tentu kita akan peroleh pada esok hari…Justeru,hargailah ia dan panjatkanlah kesyukuran kepada yang esa kerana menciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian….

p/s:Sentiasa basahkan lidahmu dengan zikrullah kan rentak kalamullah kerana hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

No comments: