Sunday, August 16, 2009

Ahlan wasahlan ya Ramadhan

Assalamualaikum..

Ramadhan al-mubaruk bakal menjelma...Adakah anda sudah bersedia?Harap-harap anda sudah bersedia..Bersamalah kita tingkatkan amalan kita pada bulan ramadhan tahun ini dan semoga kita dapat istiqamah dalam beramal...Bukan hanya beramal bagai nak rak dalam bulan ramadhan tetapi Selepas ramadhan semuanya balik asal...

Aggaplah bulan ramadhan ini sebagai batu loncatan untuk memperbaiki diri dalam beribadah.Jika kita selama ini sembahyang tak cukup lima waktu,Pastikan kita cukupkan lima waktu tu dan pastikan kita dapat istiqamah.Jika selalunya kita tak bukak al-Quran,pastikan bulan ramadhan ni kita baca al-quran.Kalau boleh khatam lagi bagus dan teruskanlah tabiat membaca al-quran tu..Jika selama ini kita lupa pada mereka yang kurang bernasib baik,pastikan bulan ramadhan ni,kita banyakkan bersedekah dan teruskan amalan itu...Jika selama ini kita selalu "bergosip",bulan ramadhan ini kurang kanlah atau tak payah bergosip langsung...Kerana itu lebih baik...Ingatlah kita selalu nampak kekurangan orang tetapi tidak nampak kekurangan diri kita yang semangnya tidak pernah sempurna ini...

Banyakkan berzikir....Ingatlah Allah sentiasa kerana denbgan mengingati Allah hati akan menjadi tenang...Bersamalah kita memperbaiki diri dalam bulan ramadhan...Moga amalan dan puasa kita lebih baik dari tahun yang sebelumya...Buatlah yang terbaik..Anggaplah ini adalah puasa kita yang terakhir.Mungkin kita tidak akan sempat untuk menyambut ramadhan yang akan datang...Jadi,beramalah bersungguh-sungguh...Selamat beramal...

No comments: