Friday, December 30, 2011

Corat Coret Cuti

Bismillahirrohmanirrohim...

Alhamdulillah syukur ku hamparkan buat robbul izzati atas segala limpah dan kurnianya yang sentiasa melimpah ruah buat diri hamba yang terlalu banyak dosa ini.

Beberapa hari yang lepas, hamba keluar bersama kawan-kawan semasa zaman sekolah dahulu ke JJ.. Hamba hanya mengikut... Setelah berada dan berjalan dalam bangunan  itu, seorang kawan hamba bertanya..

"Ummi, kamu tengok wayang tak??"

Jawpan diberi dalam bentuk gelengan dan senyuman dan perkataan "tak..."...

"Tak pe.. Aku faham... ramai kawan aku kat sana(Universiti tempat dia belajar) macam kamu.."

Sekadar senyum...

"Kalau korang nak tengok, tengok la, nanti mase korang tengok, aku pegi la jalan-jalan kat kedai2 kat sini" (walaupun dalam hati, tak tahu nak pegi mana ni...)

"Betul ni???"

"tak pe, pegi la..."

Masa mereka nak booking tiket, tengok2 tiket habis... Ya Allah... Syukur...

Lepas tu, mereka ajak hamba masuk ape ntah nama tempat tu... tapi yang pasti tu tempat main game... Masuk2, Ya Allah... libang libu rasanya (bak kata orang perak)... Hamba keluar bersama seorang lagi teman yang kurang berminat... Menunggu di kerusi di luar...

Teman yang duduk disebelah hamba itu tiba-tiba bertanya:

"Ummi, kenapa kamu tak tengok wayang"

Senyum..

"Ada posibility tak yang duduk sebelah kita tu orang lelaki?" Hamba menyoal

Dia mengangguk...

"Adakan?? kat tempat yang gelap macam tu... Lagipun, kita ada pilihan untuk tengok cerita tu... sama ada tunggu beberapa minggu untuk download cerita tu dan tengok di laptop, atau tonton kat wayang... Kita ada pilihan..."

Sekadar menerangkan salah satu sebab kenapa hamba tak tengok cerita di panggung wayang...

Dia mengangguk tanda mengerti...

Hamba mengalih tajuk kepada pembelajarannya di universiti supaya dia tidak kekok...

Selepas itu, seorang lagi rakan hamba keluar dan duduk disebelah hamba.

"Geram" gerutunya.

"Kenapa?" hamba bertanya.

"Kalah main.." jawabnya.

"La, ingat ape tadi... kene kacau ke, ape ke... rupenye kalah main..."

Senyum...


Tiba-tiba, dia bersuara, meluahkan mungkin.

"Ummi, aku bangga dengan ang.." katanya.

"Ang still macam dulu.. tak pakai apa yang orang lain pakai.. Aku tak boleh.. mula-mula ok la, lepastu (ada lagi kata2 nya)... Sebab persekitaran tak islamik...." sambungnya lagi...

"Yang penting kita nak... Aku pun, persekitaran tak islamik jugak... yang penting nak..." balasku.

"Tapi ko lain, sejak sekolah lagi...." ujarnya...

Entahlah... Kesian pun ada sedih pun ada... Dia ingin berubah menjadi lebih baik tapi tak kuat mungkin.. Doaku, moga kau, aku, dan teman2 yang lain diberi kekuatan olehnya untuk merealisasikan perubahan itu..

Selepas itu kami pergi makan tengah hari dan solat... Selesai solat, pergi jalan2 kat kedai kat situ... masuk MPH tengok buku, sony centre survey mp3 n etc... Lepas tu teman yang tadi berkata:

"Ummi, kami nak p karaoke ni... Kamu nak ikut?"

Hamba tahu, dia dah tahu reaksi hamba... mungkin sekadar memberi tahu...

"Brapa lama?" tanya hamba.

"Dalam sejam..." jawabnya...

"Karaoke kat mana?"

"Kat atas..."

"X pa la... korang pergi la... aku nak jalan2 kat sini nak tengok barang2 ni kejap... t ape2 msg.. tapi ti dengar ke bunyi msg?" balasku.

"Xpa, letak enset dalam poket... betul ni x pe ni? rasa bersalah pulak..." ujarnya.

"X pa... p la..." aku membalas...

Kami berpisah...

Hamba mengambil peluang yang ada untuk survey harga mp3 dan handycam yang ada kat kedai tu... Lepas tu, macam boring... nak pi mana ni??? langkah diteruskan dan kaki ni masuk Watson... Cari beberapa barang... then, nak pi mana lagi nih??? Hmmm... slalu kene jalan sorang2... kat Acheh hari tu pun, masa shoping, jalan sorang2... Hmmm... x pa la... Penyudahnya, masuk balik MPH.. Sebab tak tahan tengok buku... pusing semua tempat.. rasa macam nak semua... Hmmm... Apa lagi, peluang yang ada digunakan untuk tengok2, baca2 buku yang ada disitu... Tak boring sudah... tak sedar masa berlalu kat situ.. I love books.. Dan hamba membeli satu buku.. Untuk bacaan tambahan..

Agak2 dalam sejam lebih mereka berkaraoke, hamba menghantar sms kepada salah seorang teman:

"Kat mana?"

Dia membalas mengatakan mereka di kedai sony centre... hamba terus kesana...

Lepas tu kami pergi porpular... ada kawan nak cari buku ... lepas tu pergi solat asar.. dan turun bawah dan berpecah... kebetulan masa tu ada badut kat bawah... maklumlah sehari lepas krismas.. hmmm... Masa disini ada seorang teman bertanya tentang hukum memakai pakaian yang menyerupai orang agama lain...

"Nanti sat lagi aku jawab... bising ni, tak dengar..." balasku

Lepas dah berkumpul semua, mereka ajak ke KFC... Hamba sekadar meraikan.. Nasib baik mereka bungkus, tak makan kat situ... Lega... Disitu semasa menunggu kawan2 yang lain pergi order, hamba menjawab dengan ilmu apa yang ada mengenai hukum yang ditanya. juga hukum2 lain.. sekadar yang termampu... Tiba2 rasa macam... Banyaknye yang aku TAK TAHU... Allah... Sebagai pelajar yang mengambil jurusan pendidikan islam, memang akan berdepan dengan pelbagai soalan. Tak dinafikan, sejak zaman sekolah lagi, hamba ditanya dengan hukum yang pelbagai... walaupun hakikatnya apa yang kita tahu hanya sedikit, tetapi masyarakat sekeliling ,menganggap kita macam tau semua sedangkan kita msih belajar...

Tekad kutanam dalam diri untuk lebih mendalami ilmu fiqh, tasawwuf, Aqidah dan ilmu2 lain.. Jangan jadi seorang yang hanya tahu pedagogi sahaja..

Dalam diam hamba bersyukur, mereka masih menutup aurat, cuma agak "gila2" sedikit... hamba pun "gila2" juga kadang2.. =P.. Moga pertemuan itu bukan yang terakhir dan menjadi medan dakwah untukku..


Kadang2 kita rasa kita sorang2, tetapi yakin dan percayalah Allah ada disisi... Pohonlah kekuatan darinya agar kita mampu untuk terus bermujahadah melawan nafsu kerana hati kita miliknya... Sebab bila2 masa kita boleh berubah wajah...


Ya Muqallibal qulub... Thabit qulbana `ala to`atik...


Ya Allah,
Aku pohon taufiq dan hidayahmu....


p/s: Dakwah tidak mengenal tempat dan orang... Berdakwahlah walau dengan memaparkan akhlak yang baik.. Dan yang paling penting, jangan pernah merasakan yang kita ini baik kerana bertudung litup, lepas ibadah wajib kerana sebaik2 manusia disisi ALlah adalah insan yang bertaqwa... Sama2 muhasabah diri...




Wednesday, November 16, 2011

Suatu Pencarian

Disitu aku bermula,
Perlahan-lahan aku melangkah,
Mencari, dan terus mencari,
dari bertatih sehingga berlari.

Ya,
Disitu,
ditempat itu,
Suatu masa dulu.
Namun,
Hatiku mengatakan bukan disitu pengakhirannya.

Ahh...
Aku dipersimpangan...
Antara hati, janji dan perjuangan...
Kau meminta, aku memberi...
Kau berkata, aku berkongsi..

Matlamat kita sama,
tapi cara kita berbeza..
Maaf, andai suatu hari aku tiada lagi disitu,
Aku punya cara tersendiri..

Buat masa kini,
Biarlah aku persiapkan diri,
untuk hari kemudian,
yang masih menjadi persoalan...
Maaf andai diri ini banyak melukakan...
Apakan daya,
Aku cuma manusia biasa,
Yang melakukan banyak kesilapan..
Maafmu kupinta,
Keampunan sang pencipta aku damba...

Mencari, dan terus mencari...


Ummi Syafiqah Abdul Rahim
16 November 2011
10:23pm..

Tuesday, October 18, 2011

Amanah itu


Bismillahirrohmanirrohim...

Alhamdulillah... syukur hamba rafakkan atas segala limpah kurniaNya,hamba masih lagi mampu mengorak langkah dibumi Allah ini...

Sungguh, amanah itu amat berat... Kita tanggung amanah itu di dunia dan jawab diakhirat nanti...

Dalam surat Al Mudatstsir ayat 38 dinyatakan

كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ

Ertinya: “Tiap-tiap diri bertanggungjawab atas apa yang telah diperbuatnya” 

Semua orang punya amanah masing-masing sama ada ditempat kerja, di IPT dan sebagainya... semuanya kan dipersoalkan, dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besar perkara... Apa yang kita lakukan itu adakah seperti yang diamanahkan... Mungkin didunia kita boleh memberi sejuta alasan, namun, diakhirat kelak lidah yang selalu menipu ini akan kelu dan anggota lain yang menjadi saksi akan berbicara... saat itu, pasti murka Allah menanti... Tiada lagi tempat untuk berselindung...


Allah S.W.T berfirman lagi dalam surah As-Soffat ayat 22-24:

Ertinya : (Kepada para malaikat diperintahkan) “Kumpulkanlah orang-orang yang zalim beserta teman sejawat mereka dan sembah-sembahan yangselalu mereka sembah, selain Allah: maka tunjukkanlah kepada mereka jalan ke neraka. Dan tahanlah mereka di tempat perhentian karena mereka sesungguhnya mereka akan ditanya ( dimntai pertanggungjawaban ).”


Teringat hamba akan persoalan Imam Al-Ghazali kepada anak muridnya...

Pada suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya;
Pertama, “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid- muridnya menjawab, “Orang tua, guru, kawan ,dan sahabatnya“.
Imam Ghazali menjelaskan semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati”. Sebab, sesuai dengan janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati.
[Ali Imran : 185]

Kedua,”Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?
Murid-muridnya menjawab, “Negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang”.
Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahwa semua jawaban yang mereka berikan itu adalah benar. Tapi yang paling benar adalah “masa lalu”. Walau dengan cara apa sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Ketiga, “Apa yang paling besar di dunia ini?
Murid-muridnya menjawab, “Gunung, bumi dan matahari”.
Semua jawaban itu benar, kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “hawa-nafsu” [Al-A'raaf :179]. Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Keempat, “Apa yang paling berat di dunia ini?
Ada yang menjawab, “Besi dan gajah…”
Semua jawaban adalah benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah “memegang amanah” [Al-Ahzab : 72] Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah [pemimpin] di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang amanahnya.

Kelima, “Apa yang paling ringan di dunia ini?
Ada yang menjawab, “Kapas, angin, debu dan daun-daunan”.
“Semua itu benar”, kata Imam Ghazali. Tapi yang paling ringan di dunia ini adalah “meninggalkan solat”. Gara-gara pekerjaan, kita meninggalkan solat; gara-gara bermasyarakat, kita meninggalkan solat.

Keenam, “Apakah yang paling tajam di dunia ini?
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, “pedang”.
“Benar”, kata Imam Ghazali. Tapi yang paling tajam adalah “lidah manusia“. Karena melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


************************************************************


Menjadi pembimbing bacaan Al-Quran buat dua orang insan yang telah Allah amanahkan buat diri hamba terasa amat berat... satu tanggungjawab yang pasti akan dipersoalkan diakhirat nanti... mampukah hamba untuk menjawabnya... Besar harapan hamba untuk melihat mereka boleh membaca kalamullah dengan lancar... Target hamba bukan hanya penghujung sem ini tetapi sampai bila-bila selagi hamba masih bernafas... InsyaAllah... Moga Allah rahmati dan membuka hati mereka untuk mempelajari ilmuNya... Ameen...

Syukur hamba panjatkan kerana amanah yang dipikul itu sedikit sebanyak mengubah diri ini... menjadikan diri ini lebih cakna dengan ibadah dan adab sopanku terhadap semua... Terima kasih Allah, atas tarbiyah darimu ini... Indahnya hidup ini ditarbiah sedemikian rupa....

“Dan sesungguhnya Al Qur'an ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam, dia dibawa turun oleh Ar-Ruh Al-Amin (Jibril), ke dalam hatimu (Muhammad) agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan “ (QS : Assyu’ara 192-194).

Saksikanlah Ya Allah, sesungguhnya aku telah berusaha sedaya upayaku untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawabku menegakkan agamamu... Moga kau rahmati, kasihi dan meredhai segala yang aku lakukan... Semuanya hanya keranamu Ya  Allah.... Allahu Allah....


Post ini tidak lain tidak bukan sebagai peringatan untuk diri ini yang sering lalai dalam menunaikan amanah dan tanggungjawab... Sedarlah duhai diriku... Ingat, Allah sentiasa memerhatikanmu!!!


Saturday, October 1, 2011

Catatan Seorang Hamba

Bismillahirrohmanirrohim...

Alhamdulillah, syukur hamba panjatkan pada yang Esa atas segala nikmat kurniannya kepada hamba... Moga hamba dapat menjadi hamba yang tahu erti syukur...


Jumaat yang lalu...

Hamba dan beberapa sahabat yang lain pergi membeli belah disebuah pasaraya  yang berdekatan... Sedang sibuk hamba dan sahabat yang lain mencari barang masing-masing, hamba terdengar seorang wanita memarahi seorang kanak-kanak(anaknya mungkin)...

"Ni yang akau malas bawak budak ni, ni... Perangai macam @#$%^" kata wanita itu..

Si anak tidak berkata apa2... seperti lali dimaki begitu...  Hamba hanya mampu mengeleng kepala, tanda tidak redho wanita itu melakukan hal itu...

Mana pergi sifat penyayangmu? rasa kasihmu? Rasa malu dan sopanmu?? Lemah lembutmu? dimana engkau campakkan? mengapa kata begitu yang engkau ungkapkan dihadapan anak kecil itu...??? sukakah engkau jika kata-kata itu dihambur kepada mu? Tidak bukan? Jangan terkejut jika itu kata-kata yang akan lahir daripada mulut anak itu dan mungkin mangsanya adalah dirimu sendiri... Kerana engkau yang mengajarkannya..

Duhai saudaraku, kita selalu mengharapkan anak-anak kita patuh pada kita, sopan dengan kita, dengar cakap kita, hormati kita... Tetapi, adakah kita telah memberikan hak mereka? sopan dan hormatkah kita kepada mereka... bukankah hanya orang yang mengasihi berhak untuk dikasihi... Ingatlah, mereka sahammu diakhirat kelak...  Sedarlah... Sedarlah... Sedarlah... Bertaubatlah sebelum terlambat... sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi maha mengasihani...



Sabtu..

Hanya Lafaz syukur yang mampu hamba ucapkan..Syukran ya Allah atas nikmatmu ini... Moga hambamu ini menggunakannya pada jalanmu...





Buat ingatan bersama...





p/s: buat sahabat-sahabat, doakan hamba ya....