Wednesday, December 29, 2010

Wanita

Bismillahirrohmanirrahim...

dengan nama Allah yang maha agung hamba mula menulis... Alhamdulillah, kulafazkan tanda syukur atas segala nikmat kurnian darinya...

Semalam,22 Muharram 1432 Hijrah bersamaan 28 Disember 2010 hamba pergi kelas memandu... sementara menunggu pak cik tu menguruskan pelajar yang lain, hamba diminta menunggu di pondok(tempat menunggu)... di pondok itu ada seorang pak cik yang juga merupakan "cikgu" memandu... hamba pergi dan duduk.... hanya membisu di atas kerusi... hamba memang payah nak buka mulut, melainkan jika dirangsang dengan topik2 perbicaraan yang betul... jika tidak, hamba hanya mendengar...tetapi, bila dapat berbincang, berdiskusi, memang susah nak berhenti... itu lah hamba...

Pak cik yang berada di pondok tersebut meneruskan kerja2nya... tidak lama selepas itu pak cik tersebut keluar dari pondok itu dan kembali beberapa minit kemudian dengan bungkusan plastik yang penuh dengan pulut panggang ditangan...

pak cik bertanya pada hamba "belajar dimana?"

"maktab perguruan" hamba menjawab...

sengaja tidak menggunakan istilah IPG sebab istilah itu masih baru takut dia tidak mengerti...

"Oh, patutla ..... bagus la dapat masuk Maktab,keluar dah confirm kerja..."

"jadi cikgu bagus... pak cik nak jadi cikgu x boleh, jadi cikgu memandu aje la... nanti bila pak cik dah x ade, pahala tu still mengalir lagi..." sambungnya lagi...

Alhamdulillah... bukan semua orang fikir macam tu pak cik... hamba bermonolog sendirian...hmmm... cerita punya cerita, sekali tu pakcik tu cakap,

"orang perempuan zaman sekarang memang kene kerja... baru merdeka..."

Pada awalnya, hamba tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh Pakcik tersebut dengan istilah "merdeka" itu... kemudian pak cik itu menyambung...

"kalau kerja boleh bagi mak duit, nak beli barang pun x teragak2 sebab ada duit sendiri... x ambil letak, ambil letak sebab memikirkan anak2 dan hal2 lain...itu yang dikatakan merdeka tu"

oh, ingatkan merdeka macam mana tadi... pak cik2... buat orang suspen saja...

apa yang tertarik untuk hamba coretkan disini ialah, wanita zaman sekarang tak sama macam zaman dahulu... kene bekerja... betul ke??? hmmm... jom kita lihat satu persatu... kalau dahulu, hanya si suami yang bekerja... atau lebih tepat lagi, ruang pekerjaan itu dimonopoli oleh golongan adam... jarang sekali melihat golongan hawa bekerja... Amat kontra dengan situasi sekarang...hmmm...

pada pandangan hamba, ada faedahnya golongan wanita ini bekerja... bagi yang wanita yang belum berumahtangga, bekerja membantu menyara diri dan keluarga... tambah2 lagi jika anak sulung dan mempunyai adik beradik yang ramai... bagi golongan yang sudah berumahtangga, bekerja membantu menjana pendapatan keluarga... nak bayar bil air, eletrik,rumah, kereta, perbelanjaan harian, keperluan anak2 dan sebagainya...bezanya, kalau dulu, harga murah, gaji sikit... sekarang pula, gaji tinggi, barang mahal... tetapi,sama sahaja masalahnya... wang...

WANG...kerana wang, manusia bisa hilang pertimbangan, kerana wang suami isteri bercerai berai, kerana wang manusia bertukar menjadi sehina-hina makhluk...

wang... bisa menggilakan yang waras, dan bisa mewaraskan yang gila...

Bekerja bukan untuk mendominasi

Masalahnya zaman kini, tuntutan bekerja itu kadang kala disalah ertikan... "kita mesti berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan lelaki" "orang perempuan pun boleh buat kerja2 begini... jangan ingat golongan lelaki sahaja mampu..." pemikiran yang sebegini yang bahaya... bila wanita mempunya pemikiran yang demikian, mereka akan cuba menyamatarafkan antara lelaki dan perempuan... macam Sisters In Islam(SIS)... macam2 dilakukan... sehingga sanggup menghalalkan yang haram... nauzubillah... ingat wahai saudara ku yang ku kasihi... macam mana hebat pun kita, lelaki itu tetap pemimpin kita... "Ar-rijal Qowwamuna `alannisa`"...lelaki itu pemimpin keatas wanita... ini tidak bermakna, kaum wanita itu dianaktirikan dalam islam... tidak sama sekali!!! malah ia melindungi kaum hawa dan sebenarnya amat bertuah menjadi seorang wanita...

Kaum lelaki, merupakan pemimpin... tanggungjawabnya besar... memimpin ibu, adik, kakak, isteri dan anak2(bagi yang sudah berumah tangga) ke jalan yang lurus... salah langkah, bisa ditarik ke neraka.... sesuai dengan tanggungjawab itu mereka dikurniakan 9 akal satu nafsu... dan golongan hawa,9 nafsu, satu akal.... namun, akal yang 9 itu bisa tenggelam kerana nafsu yang satu itu... disinilah peranan seorang wanita... menyedarkan para suami, anak2, abang2, dan adik2 yang mungkin tersalah langkah dalam menongkah arus globalisasi yang menunutut mujahadah yang tinggi....

Besyukurlah dijadikan sebagai wanita

Besyukurlah kerana kita dilahirkan sebagai wanita... kita tidak diamanahkan dengan tanggungjawab yang berat seperti kaum adam... kita tidak akan disoal jika suami kita begitu begini, adik2 kita melakukan perkara2 yang tidak sepatutnya... tetapi, golongan adam nanti muflis diakhirat kerana anak, isteri, ibu, kakak, dan adik yang tidak dibentuk dengan acuan islam...

disini hamba mencatat beberapa kelebihan menjadi seorang wanita... semoga kita semua tergolong dalam golongan yang bersyukur....


  1. doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana wanita lebih penyayang dari lelaki. Sabda rasulullah: " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia2".
  2. apabila seorang wanita mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa dibulan ramadhan, memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana sahaja yang dikehendaki...
  3. sabda rasulullah: "wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mrngeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah menbinakan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka. Jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.
  4. seorang wanita yang solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh...
dan banyak lagi kelebihan2 buat kaum wanita... yang tercatat diatas hanyalah sedikit sahaja....



sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita,
ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita,
betapa bertuahnya menjadi wanita.
besyukurlah kerana dilahirkan sebagai wanita...!!!!

Saturday, December 25, 2010

Straight As...

Bismillahirrohmanirrahim...

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani hamba mula menulis... Syukur dipanjatkan buat Robbul `Izzati atas segala nikmat kurniannya...

Hari ini, 19 Muharram 1432 Hijrah, bersamaan 25 Desember 2010.... Sudah 19 hari tahun baru bermula (tahun islam)... Hmmm... Tadi hamba log in facebook, dan tertarik dengan kenyataan seorang pensyarah hamba yang hamba rasa agak menarik untuk dikupas dan dibincang bersama serta mengambil pelajaran dan pengajaran daripada apa yang diperkatakan... "benarkah dapat 9A PMR itu betul2 pandai??"...itu soalan yang diajukan... Macam2 reaksi... ada yang setuju... ada yang x... biasalah... semua perkara pasti ada pro dan kontranya...

Hmmm... Mari kita bersama menelosori dunia pendidikan sebentar.... Jika kita melihat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK):

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi Intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran,keluarga, masyarakat dan negara...

Cuba kita lihat, apa yang ingin dicapai dalam falsafah tersebut??? tetapi, adakah semuanya tercapai???Apa yang hamba lihat, apa yang berlaku tidak seperti yang digambarkan... Apalah gunanya jika falsafah itu hanya tinggal falsafah, tanpa pelaksanaan... Untuk merealisasikan falsafah tersebut, kita memerlukan kerjasama daripada semua pihak, bermula dengan pelajar itu sendiri, ibu bapa, guru2, masayarakat dan juga agensi sama ada agensi kerajaan atau pun swasta...


FPK

Hmmm... Hamba lihat, mutakhir ini, FPK hanya tinggal falsafah yang dihafal... baik oleh para guru, mahupun pelajar... senang nak buat karangan... ade avidence... tetapi jauh sekali penghayatannya... ya lah zaman sekarang, orang hanya mementingkan akademik, yang lain2 tu, tolak ketepi... yang dikejar, A... A dan A... maka, lahirlah corak pendidikan yang berorentasikan peperiksaan... Bila berorentasikan peperiksaan, yang diajar hanya yang masuk peperiksaan sahaja... penerapan nilai2 moral, akhlak, serta pembangunan jiwa dan jati diri, ditolak ketepi... Akhirnya, lahirlah insan yang banyak A, cemerlang akademik, tetapi jiwanya tandus... Sebab itu lah, wujudnya mereka yang cedik, tetapi masih lagi menipu, menerima rasuah, culas dan sebagainya...


Long Life Education

Sabda Rasulullah: "tuntutlah ilmu ke negeri Cina"... bukan lah maksud hadith tersebut supaya kita belajar di Cina, tetapi, menyuruh umat Islam supaya sentiasa menuntut ilmu walaupun tempat itu jauh ( tanah arab dan cina, kedudukannya jauh) dan tidak mengira sempadan masa... Long Life education, amat dititik beratkan dalam Islam, demi melahirkan insan berilmu... Namun, fenomena yang berlaku, apabila kita dah ada Degree, atau master, or even PhD, ada yang mula berhenti belajar... kerja... kerja... dan kerja... "sudah masanya kita hidup senang"... barangkali, itu yang bermain diminda... sedangkan ilmu Allah itu luas... Lihat sahaja ahli cendiakawan Islam dahulu, Ibn Sina, Al-Farabi, AL-khawarizmi, Ibn Khaldun dan yang lain, mempunyai kepakaran dalam banyak bidang... tidak terbatas dalam sesuatu bidang sahaja seperti kita hari ini...

Cinta akan ilmu... Dahaga akan Ilmu.... Itu kunci kepada pendidikan sepanjang hayat... Sebagai warga pendidik dan seorang muslim yang mukmin, sifat ini mesti ada pada kita... Jika guru sendiri yang merupakan medium perantaraan kepada ilmu selain buku juga tidak dahagakan ilmu, tidak minat membaca, bagaimana mungkin anak murid kita akan punya minat itu... Kita merupakan contoh buat mereka... jangan hanya pandai berteori mengatakan kita kene banyak membaca, tetapi, guru sendiri malas membaca... Action speaks louder than words...

Hafal Atau Faham??

Sistem peperiksaan di Malaysia mempunyai corak dan trend tersendiri... Sekarang kita lihat, ramai yang "pandai"(dapat semua A,sepatutnya pandai la kan...)... hampir saban tahun, result meningkat... tetapi, apakah ilmu di dada juga meningkat??? atau hanya berilmu semasa nak exam sahaja... Habis exam, semua hilang... Kebanyakkan kita, menghafal apa yang diajarkan... sama ada betul2 faham atau pun tidak x tahu la.... yang penting boleh jawab exam... Kalau tidak percaya, cuba tanya kat pelajar2 tu... "yang ni ape?? kenape berlaku?? contoh???" "erm, entahlah... x ingat dah... dulu zaman belajar ingatla... saye hafal, tetapi sekarang dah lupa" mungkin itu jawapan yang kita dapat... mungkin ada la dua tiga kerat yang masih ingat... Harapnya lepas ni, dua tiga kerat tu meningkatlah angkanya... Belajar kerana Ilmu,di lakukan kerana Allah, bukan kerana peperiksaan....

"Al-ilmu billa amalin kasyajar billa thamar"... Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah... fikir2kan lah...

Thursday, December 23, 2010

Berjayakah Kita???

Bismillahirrohmanirrohim....


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, hamba melakar perkara yang bermain diminda dalam bentuk bait-bait aksara yang tersusun bagi membentuk ayat, mengenai pendapat dan persoalan yang sarat disanubari, menusuk hati dan nurani hamba selaku hamba yang hina dihadapan penciptanya... ALhamdulillah hamba panjatkan kepada ilahi, tanda syukur atas segala nikmat yang kurniakan olehnya...


Hari ini, 17 Muharram 1432 Hijrah, bersamaan 23 Desember 2010 Masihi, keluar result PMR... beberapa bulan yang lalu, sebelum bermulanya cuti sekolah, keluar result UPSR... Fenomena yang hamba lihat yang sering berlaku ialah, handphone pelajar atau calon pada hari yang amat mendebarkan ini, sentiasa sibuk... ada sahaja call dan message yang masuk... Daripada kawan2, saudara-mara, dan sebagainya... semuanya sibuk menanyakan keputusan peperiksaan... "macam mana result?ok? Brape A dapat???" barang kali, itu skirp yang terpapar di skrin handphone.... Saudara-mara dan sahabat2 yang jarang menalefon atau sms pun tup2 tertera nama di skrin hanphone... punya nak tahu keputusan macam mane... Hmmm...


Kita semua(termasuklah diri ini) sibuk menanyakan keputusan yang dicapai oleh calon2 tersebut... Bila calon itu dapat straigh As... "Alhamdulillah... Tahniah..." skrip wajib yang keluar daripada mulut kita kan... Hmmm, kalau calon tu dapat result yang kurang baik pula, "x ape lah, cuba lagi..." ayat skema yang keluar dari mulut kita... kenapa kita tanya mereka ni, tentang keputusan depa??? sebab nak tahu... Kenapa nak tahu???untuk apa??? nak mengukur sejauh mana kegeniusan seseorang itu??? mungkin...


Slip Peperiksaan


Kita beranggapan, apa yang terpapar diatas slip peperiksaan itu gambaran tahap IQ seseorang... sungguh mudah kita melabelkan "budak ni pandai, cekdik, genius" hanya berdasarkan slip peperiksaan tersebut... kenapa ea?? sedangkan keputusan peperiksaan itu hanyalah sedikit sahaja daripada apa yang ada dalam diri seseorang itu... hamba tidak menafikan, peperiksaan itu perlu, untuk menguji kefahaman seseorang tentang sesuatu perkara... tetapi, di Malaysia ni, hamba lihat, peperiksaan itu bukan menifestasi untuk menguji kefahaman pelajar terhadap apa yang dipelajarinya tetapi sebagai batu loncatan untuk mencapai "kesenangan..." ... "kalau kita dapat A, senang masuk asrama, masuk sekolah bagus2...masa depan cerah..." Hmmm... betul ke statement ini??? apakah bersekolah disekolah yang dikatakan bagus itu, memberi jaminan masa depan kita cerah??? Tapi kenapa semua pelajar yang masuk sekolah bagus2 tak semua dapat straight As dalam exam??? x payah pergi sampai satu sekolah, satu kelas je... result tetap berbeza... sedangkan cikgunya sama, buku sama, kemudahan sama.... Cikgu2 memfokuskan exam... Exam... dan exam... sibuk analisis itu dan ini... sudahnya, apa yang diajar, apa yang masuk exam... dimana proses mendidik itu berlaku??? bukankah tugas kita sebagai guru memanusiakan manusia... Mungkin, student boleh sahaja score dalam mane2 subjek... tetapi penghayatan kepada ilmu itu bagaimana??? Sebab itu lah, bila lepas exam sahaja, tanya balik, semua lupa... Belajar semata2 kerana exam, bukan kerana menuntut ilmu merupakan fardhu keatas setiap muslim yang mukmin... Hamba teringat kata2 pensyarah bahasa arab hamba," x ade soalan2 spot... ada ilmu semua boleh jawab"... Betul tu ustaz... Ilmu itu kunci segala2nya...Hmmm... hamba bukan nak mengaitkan sesiapa, cuma inilah persoalan yang bermain dalam kepala hamba...


Benih yang baik, kalau dicampakkan ke laut, menjadi pulau..


x kiralah dimana kita belajar, yang penting kita ikhlas dan memang kita cintakan ilmu... insyaAllah kita dapat ilmu tu dan akhirnya InsyaALlah menjadi seorang yang berilmu... bukan menjadi seorang yang baik keputusannya, tetapi, apabila ditanya itu dan ini tergagap mencari jawapan kepada soalan yang diajukan... Jawapan hanya atas kertas terjemahan daripada apa yang dibaca... Ilmu itu di dada bukan di dalam buku... Jauh sekali atas kertas...renungkan...


Straight As= Kejayaan


Umum menggunakan Straight As yang diperoleh dalam peperiksaan sebagai kayu pengukur kejayaan seseorang... Betul ke neraca yang digunakan untuk menisbahkan ukuran kejayaan??? kalau sikit A tu maknanya orang tu x berjaya la ye??? macam tu??? Hmmm... pada pendapat hamba yang faqir lagi hina ini, keputusan yang cemerlang itu belum tentu menjadikan seseorang itu manusia yang berjaya dalam hidup... Ya... Ia bergantung bagaimana kita menafsir apa itu erti kejayaan yang sebenar... pada hamba, yang baru setahun jagung hidup di pentas lakonan dunia ini, kejayaan itu adalah apabila kita mampu mengatasi kelemahan diri kita... kenapa hamba katakan begitu??? kerana, kekuatan atau kelebihan yang ada pada diri kita boleh jadi kekurangan dan kelemahan pada orang lain... betul tak... analoginya begini... Kita boleh jadi expert dalam math, tetapi lemah dalam sejarah... Manakala kawan kita sejarah dia, Ya Allah, tanyalah, semua tahu, tapi kecundang dalam Mathematics... Justeru apa yang dikatakan berjaya??? berjaya apabila kita boleh score subjek yang kita susah nak score... betul x?? See...itu baru namanya kejayaan... berjaya mengatasi kelemahan untuk mara kepuncak yang seterusnya...


Pesanan Ikhlas

Buat mereka yang rasa result kurang memberansangkan, usah putus asa... Hidup bukan hanya dengan keputusan peperiksaan sahaja... Lihat sahaja Elbert Enstine, Masa zaman sekolah, semua orang melabelkannya sebagai seorang yang bodah, x pandai... Namun, ibunya memberinya juga ilmu... Akhirnya, hari ini, budak yang suatu masa dahulu yang dikatakan bodoh itu, kurang pandai itu dikenali seantero dunia sebagai ahli sc yang tinggi ilmunya dan otaknya masih disimpan untuk di kaji.. Adik2ku, result dalam peperiksaan itu bukan segalanya, kejayaan mengadaptasi kelebihan dan kekurangan diri dalam mara ke destinasi seterusnya adalah lebih beharga daripada kejayaan yang hanya diatas kertas itu....


Adik2 ku,
Ayuh,
Bangun....
Kembalilah berjalan...
Kembalilah berlari di atas muka bumi Allah ini...
Jatuh mu itu sebenarnya mendidikmu,
Menjadi insan...
Mentarbiahmu agar menjadi seorang mukmin yang bertaqwa kepada penciptanya...
Ayuh,
Bangunlah...
Terbanglah tinggi diawan...
Bertebaranlah di muka bumi...
Lalukanlah apa sahaja,
Selagi ianya berada dibawah redho dan Rahmatnya...
Jadikan Allah sebagai Matlamat kita,
Kelak kita akan berjaya,
Jika tidak didunia,
Nun nanti di akhirat sana...

Rasanya, cukup lah setakat ini... ada masa kita sambung lagi perbincangan isu ini bagi memahami apa itu erti kejayaan yang sebenar.... Remember, Success is a journey, not a destination... Fikir2kanlah...

Monday, December 20, 2010

Bahasa Isyarat

Bismillahirrohmanirrahim...

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani hamba mula menulis... Alhamdulillah, syukur dirafakkan buat Robbul Jalil atas segala nikmat kurniaannya...

Entry kali ni, hamba nak kongsikan serba sedikit mengenai bahasa isyarat... Hamba suka belajar bahasa isyarat nih... best... Bahasa isyarat juga dikenali sebagai ASL(American Sign Language) atau BIM(Bahasa Isyarat Malaysia)... lebih kurang je ASL ngan BIM nih... beza sikit2 tu biasa la... namanya bahasa... mesti ada beza kan... kalau nak tahu tentang sejarah kemunculan macam mane wujudnye bahase isyarat ni boleh google sendiri... ok, untuk permulaan ni, hamba kongsikan yang alphabet A-Z dulu... bila dah master yang ni, baru boleh buat yang phrases punye.... sebelum tu, lembut2kanlah jari dulu ye... jangan sampai terseliuh pulak jari tu... nanti siapa yang susah, diri sendiri jugak kan... Sesiapa yang nak cuba, boleh cuba sampai mahir... sapa2 yang dah mahir, boleh cuba eja nama sendiri dan nama kengkawan guna ASL ni...




Ok, bile dah rase expert, try yang ni pulak... numbers... 1-15 dan pecahan sikit...(kite buat math sikit)




Ok, dah expert sume??? kalau dah, try buat macam vedio kat bawah ni... translate lagu gune sign language.... boleh try buat gune lagu nasyid... nak lagi best, gune lagu rap tak pun hip hop pun boleh jugak... uji kepantasan dan kecekapan...


~Selamat mencuba~

Thursday, December 16, 2010

Bintang

Bilsmillah.......

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani hamba mula menulis... Alhamdulillah syukur hamba panjatkan buat Robbul `Izzati atas segala limpahan kurnianya... Moga dapat hamba manfaatkan segala yang dikurniakan pada jalannya insyaAllah...

BINTANG
Subhanallah,
Terang bintang Vega,
Megah di rasi Lyra,
Demikian bintang Arcturus,
Gemerlap di rasi Bootes

Vega dan Arcturus,
Dua bintang antara jutaan,
Indah menawan,
Menghiasi langit malam.

Ramai kagum kecantikan Vega,
Ramai teruja pesona Arcturus,
Kedua-duanya bintang terbilang,
Cahaya terang benderang.

Vega dan Arcturus,
Antara jutaan bintang,
Membentuk navigasi,
Petunjuk musafir kesesatan.

Vega paling terang,
Pendapat sesetengah orang,
Tidak! Arcturus paling terang,
Sangkal sesetengah yang lain.

Vega dan arcturus,
Kedua-duanya bintang yang terang,
Terhijab dek ketaksuban,
Ternafi dek keegoan.

Vega dan Arcturus,
Para pemujanya berpecah,
Berkeras dengan pendirian,
Saling menyalahkan.

Si Vega dan Si Arcturus,
Turut berselisihan, bercakaran,
Melepaskan meteorit amarah,
Saling menunjuk gagah.

Menangis bintang Sirius,
Di rasi Caris Major,
Ia antara jutaan bintang,
Rindukan penyatuan,

Syahdu rayuan Sirius,
Hanya terbenam di qalbu,
Siapalah aku sebuah Sirius,
Untuk menyatukan Vega dan Arcturus.

Gemersik doa Sirius,
Beralun membuai malam,
Satukanlah Vega dan Arcturus,
Kerana kedua-duanya bintang terbilang.

Sirius berbisik hikmah,
Berlapang adalah pada pendapat,
Ia antara betul dan salah,
Bukan hak dan batil,
Hanya furuk dan khilafiah,
Bukan akidah dan asas.
Kembalilah Vega dan Arcturus,
Pada penyatuan dan kasih sayang,
Kita hanya gas dan debu bernama nebula,
Bantu musafir mencari pedoman.

Sebuah Sirius hina setia berdoa,
mencari persamaan bukan perbezaan,
mendekatkan bukan menjauhkan,
menyatukan bukan memecahkan.

ALgol, Folaris, Mira,
Antara jutaan bintang,
Turut bercahaya gemilang,
Saling melengkapkan.

Algol, Folaris, Mira,
Tokoh bintang yang makin tiada,
Dimusuhi ledakan supernova,
Sirius merintih rindukan mereka.

Musafir keliru sendiri,
Vega dan Arcturus terus kelahi,
Doa musafir tulus dan suci,
Hadirkan pemimpin untuk kami.


Pasti ramai yang pernah membaca novel Syabab Musafir Kasih karya Fatimah Syarha Mohd Noodin dan pasti ramai yang pernah terbaca sajak ini dalam novel tersebut... Amat mendalam maksudnya... Boleh ditafsir dari pelbagai sudut... Bersama kita ambil iktibar...


p/s: Buat sesiape yang rajen, cari la gambar bintang tu satu-satu...

Sahabat Selamanya

Biamillah...



Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani hamba mula menulis... Alhamdulillah syukur dirafakkan buat Robbul `Izzati atas segala nikmat dan kurnia darinya..



Entry kali ni hamba nak tulis mengenai lirik lagu sahabat selamanya... mesti ramai yang dah pernah dengar lagu ni... lagu ni lebih sedap kalau ia dinyanyikan bersama iringan gitar sahaja berbanding yang asal... walau ape pun, bukan itu yang ingin hamba tekankan disini... apa yang ingin bicarakan ialah mengenai lirik lagu tersebut... SAHABAT SELAMANYA atau pun boleh la dikatakan UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA (lebih kurang la kan...)


Sahabat Dambaan

Boleh dikatakan sahabat ialah insan yang paling rapat dengan kita... Manusia yang dicipta oleh Allah, yang memahami kita... kita sering menceritakan masalah kita pada sahabat, tempat kita berkongsi kisah suka dan duka(semua ni kita buat ngan sahabat selain dengan ibu bapa). Namun, dapatkah kita mencari seorang sahabat sebagaimana yang rasulullah sabdakan?? bila kita melihatnya, kita teringat akan Allah, bila mendengar kata-katanya, bertambah ilmu kita dan apabila melihat amalannya, kita teringat akan akhirat... adakah kita kita punya sahabat sebegini???


Kita Bagaimana???

Kita juga pasti merupakan sahabat kepada sahabat kita kan??? dan kita bagaimana??? adakah dengan melihat kita sahabat kita akan teringat pada Allah atau bertambah leka??? adakah dengan mendengar kata-kata kita sahabat kita bertambah ilmunya??? dan adakah dengan melihat amal ibadat kita sahabat kita akan teringat akan akhirat atau terus hanyut di bawa arus dunia??? kita ini sahabat yang bagaimana??? kita sering mengharapkan orang lain untuk menjadi sahabat terbaik kita tetapi adakah kita menjadi sahabat yang terbaik buat sahabat kita??? bersama kita muhasabah diri...




Kita dan sahabat kita pastinya berasal daripada latarbelakang yang berbeza dan mungkin cara didikan yang yang diterima juga berbeza...walaupun terdapat perbezaan, kita cuba fahami dan selami sahabat kita itu sebaiknya... apa yang ada padanya (sikap, personaliti, cara pemikiran dan tindakan) dibentuk oleh keadaan dan suasana persekitaran yang ada dengan mereka pada waktu tersebut.... terimalah mereka seadanya dan cubalah menjadi sahabat yang terbaik.... Apa yang penting dalam hubungan ini adalah kesetian, kejujuran, amanah dan kasih sayang yang ikhlas bukan kerana sahabat kita pandai, bijak, kaya dan sebagainya tetapi semata-mata hanya kerana Allah... Pilihlah teman yang baik akhlaknya, yang santun budinya dan mempunyai sahsiah diri yang mulia dan yang paling penting, hubungannya dengan Allah dan sesama makhluk juga baik agar kita bisa mengikut jejak langkah mereka....



Buat sahabatku,
Maaf ku pinta,
Andai diri ini banyak menyakitimu,
Maaf jika bicaraku pernah mengguris hatiu,
Maaf jika tindakkanku keterlaluan sehingga menusuk kalbumu,
Maaf jika aku khilaf dalam menafsir dirimu...


Sahabatku,
Terima kasih kerana kau sudi hadir dalam hidup ku,
Menemani setiap langkahku dalam perjuangan ini,
Andai aku bisa menggapai bintang di langit,
Andai saja aku bisa meraih sang rembulan dan mentari,
Akan kuhadiahkan buatmu,
Sebagai tanda kasih dan sayangku,
Namun,
Aku tahu,
Itu semua diluar kemampuanku,
Hanya secebis doa yang mampu utus buatmu,
Semoga kau bahagia, dirahmati dan diredhoi olehnya selalu...
UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADA...





Dibawah ini ana serta lirik lagu Sahabat Selamanya... Hayatilah...





SAHABAT SELAMANYA


Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama-lamanya setia



Monday, December 6, 2010

Coretanku

Bismillah...

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani hamba mula menulis... Syukur dirafakkan buat Robbul `Izzati atas segala nikmat kurniannya...

Sudah hampir seminggu hamba tidak menulis... baru hari ni dapat update blog memandangkan line broadband agak teruk seminggu dua ni.... macam2 terjadi dalam seminggu ni... Allah... cubaan...

Alhamdulillah.. Mak long, pak long, pakngah dan makngah selamat pulang ke tanah air selepas menunaikan haji di Tanah Suci… Alhamdulillah… hamba ambil kesempatan melawat m.long dan p.long dirumah mereka yang kebetulan hanya selang beberapa rumah sahaja daripada rumah hamba… kami dihidangkan dengan kekacang , kurma dan pastinya air zam2…. Alhamdulillah… merasa jugak air zam2 yang dah lama tak minum… nikmat… melihat hamba suka makan kekacang tu, mak long siap bagi bawa balik lagi… “Nah akak, bawak balik, nanti tak merase dah…” kate mak long… terima kasih mak long…. p.long dan m.long sempat bergambar disana… hamba tatap gambar2 tu… melihat keadaan dan suasana di Mekkah, membuatkan hamba terasa ingin terbang kesana… sujud dihadapan Ka`abah yang sebenar… InsyaAllah, ade rezeki, dapatlah pergi… yang penting usaha, doa dan tawakal… Ya Allah, berilah hamba mu ini kesempatan sujud di hadapan Ka`abahmu, berteleku memuji mu, melawat maqam rasulmu…
ALhamdulillah... Opah dah keluar wad kalau tak silap hari sabtu hari tu... Nak sangat p melawat ngan jenguk opah, tapi keadaan tak mengizinkan lagi... last balik kampung bulan 11 hari tu... Ya Allah, perudahkan segala urusan...

Pelan atau rancangan tahun depan sudah bermain diminda... tinggal diterjemah diatas kertas pelan pelaksaan sahaja... tahun-tahun sebelum ni, hamba cuma merancang dalam kepala sahaja, tetapi memandangkan tahun depan hamba punya banyak perancangan, jadi terpaksalah dicatat nanti terlupa... tahun depan bidang baru insyaAllah akan diteroka... manfaatkan masa dimaktab dengan mencedok sebanyak ilmu yang boleh... antara bidang yang menarik untuk di terokai: linguistik(psikologi dan bahasa), bahasa(urdu, mandrin & spanish... kalau mampu la...dan matapkan bahasa yang dah ada, bi,bm dan ba)... tahun depan juga nak tambah dan mantapkan lagi ilmu yang lain yang hamba dah mula berjinak2 mase cuti ni... Alhamdulillah... banyak juga bidang baru yang diterokai mase cuti ni... syukur... nikmat Allah...

Dalam perancangan, ingat nak balik maktab awal sikit... sama ada 31 hb atau 1hb (kalau pejabat asrama bukak la, nanti tak de kunci, tidur luar la jawabnye....)... balik awal, kemas bilik, ambil barang dari stor, cari port(instead of PIAH, plan ngan zakirah) dan buat ape yang patut..



Ya Allah,
Kau permudahkanlah segala perancanganku,
Aku hanya mampu merancang,
Namun, engkau yang menentukan segalanya...
Ya Rahman,
Kau pimpimlah langkah ku menuju redhomu,
Pandu aku dalam memanfaatkan masa mudaku, masa lapangku dan nikmat kesihatan kurniaanmu pada jalanmu...
Rahmatillah aku, Berkatilah aku, Redholah aku...




"BERKHIDMAT HANYA UNTUK ALLAH"



Dikesempatan ini hamba ingin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah kepada semua umat Islam dimana sahaja anda semua berada.... Semoga dengan berinjaknya tahun, mematangkan kita dari segi pemikiran dan tindakan... dan yang paling penting, tambah ilmu, tambah amal... InsyaAllah... Moga dipermudahkan semua urusan... Iringi segala usaha yang dilakukan dengan doa dan tawakal...


~Salam Maal Hijrah~

Sunday, November 28, 2010

Teka Teki Tentang Islam

1. Ada berapa ayat dalam Al-Quran?
Jawapan: 6236 ayat

2. Ada berapa surah dalam Al-Quran?
Jawapan: 114 surah..

3. Surah apa tiada Bismillah?
Jawapan: Surah Taubah

4. Ayat pertama dalam Al-Quran?
Jawapan: Bismillahirrohmanirrahim…

5. Wahyu terakhir diturunkan?
Jawapan: Optional:byk khilaf mengenai wahyu terakhir diturunkan. yg famous= al-Maidah; 5:3, dikatakan tidak berapa tepat sbg ayat terakhir.. dikatakan juga ayat2 mengenai riba' (al-Baqarah; 2:278-280) diturunkan 9 hari sblum kewafatan baginda SAW berbanding al-Maidah; 5:3 yg dikatakan turun sewaktu haji wida', penghujung tahun ke10 hijrah, 81 hari sebelum kewafatan baginda SAW.

6. Ada 6 perkara....Tapi,6 - 6 = 0 (Betul la kan....),6 - (5 @ 4 @ 3 @ 2 @ 1) = 0 jugak... Apakah ia?
Jawapan: Rukun Iman

7. What is more powerfull than Allah
More evil than The Devil
The Poor has it
The Rich doesn't need it
If you eat it, you'll die

the answer is :.............................?

Jawapan :
NOTHING (!)
NOTHING is more powerfull than Allah
NOTHING is More evil than The Devil
The Poor has NOTHING
The Rich doesn't need NOTHING
If you eat NOTHING, you'll die


8. Dalam Al-Quran ada 114 Surah..memandangkan Surah taubah tiada bismillah..maka sepatutnya ada 113 bismillah..tetapi bila dikira balik ada 114 bismillah..dalam surah manakah letaknya bismillah yang satu lagi?
Jawapan: dalam surah an-naml ayat 30! lebih tepat lg bismillahirrahmanirrahim (sebab kalo just bismillah ade byk sebenarnya).. ayat dlm surah an-naml tersebut merupakan perutusan utk nabi sulaiman daripada raja balqis..

9. Air merupakan pelarut yang bagus..maknanya air dengan air boleh bercampur. tp Allah maha berkuasa Dia menjadikan Dua Air laut iaitu tawar dan masin x boleh bercampur bahkan dihalangi oleh satu dinding yang ahli saintis pun hairan, mcam manalah dua air laut ni x boleh bercampur.Soalannya manakah ayat di dalam Al-Quran yang membuktikannya?
Jawapan:
surah ar-rahman ayat 19-20
"ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing2 tidak melampaui sempadannya."


10. dalam al-quran, ade surah yg panjang dan surah yg pendek. ade satu surah panjang ni, Allah turunkan sekaligus semua ayat dalam surah tu dari awal hingga akhir lengkap sampai abis sekali turun.. surah apakah namanya?
Jawapan: surah al-an'am..

11. kenapa diharamkan nikah gadis se kampung?
Jawapan: sebab dalam islam cuma bagi lelaki kahwin 4 orang je..
x blh lbh dari tu kan.. jd kalo kawin dgn gadis sekampung,brape ramai tu?
besanya dalam kampung mesti adalebih dr4 org gadis,kalo tak bukan nama kampung la kan?


12. surah ape yang x de huruf mim...???
Jawapan: surah Al-Kauthar

13. siapakah pembunuh 1/6 daripada penduduk bumi?
Jawapan: Qabil yang membunuh 1/6 daripada penduduk bumi
sebab bunuh Habil.. masa tu just ade Nabi Adam a.s, Siti Hawa, Qabil, Habil, Iklima dan Lubuda... 1/6 la tu..



Sumber: iluvislam.com


p/s: Disamping berhibur tambah ilmu... =)

Friday, November 26, 2010

Tombo Ati

Bismillah...

Dengan nama Allah hamba menyusun kata...

Post kali ini hamba nak kongsi lagu Tombo Ati... Ramai yang dah maklum tentang lagu ni kan... Sedap dengar... Kalau tidak silap hamba, lagu2 ini direfreshkan kembali daripada versi yang asal tetapi masih mengekalkan keasliannya... Hayatilah...


Tombo Ati

Tombo Ati iku limo perkorone

Kaping pisan moco Qur’an lan maknane

Kaping pindo sholat wengi lakonono

Kaping telu wong kang sholeh kumpulono

Kaping papat kudu weteng ingkang luwe

Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe

Salah sawijine sopo iso ngelakoni

Mugi-mugi Gusti Allah nyembadani

Obat Hati ada lima perkaranya

Yang pertama baca Qur’an dan maknanya

Yang kedua sholat malam dirikanlah

Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh

Yang keempat perbanyaklah berpuasa

Yang kelima dzikir malam perbanyaklah

Salah satunya siapa bisa menjalani

Moga-moga Gusti Allah mencukupi

Sekadar Renungan

Bismillah...

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani hamba mula menulis... Alhamdulillah syukur padanya atas segala nikmat yang dikurnia, kita masih lagi bernafas, masih bisa berjalan, duduk, makan dan minum daripada rezeki miliknya... Alhamdulillah... Syukur... Moga kalimah itu sentiasa meniti dibibir kita... Tanda syukurnya seorang hamba atas nikmat kurniaan penciptanya yang tidak terkira..

Pada era globalisasi ini, macam2 perkara yang perlu ditempuh... Melihat egensi, consultansi dan yang seangkatan dengannya yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan, membuatkan hamba berfikir sejenak... What are the functions of all those things??? does it really work on us??? Perhaps...

Mungkin ada yang kurang faham maksud hamba... Begini... kita lihat dari sudut pembangunan modal insan yang sering dicanangkan., pembangunan ekonomi negara yang sering diperkatakan, kestabilan politik yang selalu di impikan dan keamanan yang sering diperkatakan.. Tidak lupa juga kebejatan moral yang cuba diselesaikan..... macam2 ditubuhkan... agensi itu, NGO itu, persatuan ini dan semua yang sama waktu dengannya... Bubar yang itu, bentuk yang baru... Asyik2 duduk dalam meja bulat...katanya nak mencari kata sepakat... tetapi, perlaksanannya tersekat2... Adakah penubuhan semua itu mampu menjamin tertegakknya modal insan yang bakal memacu negara kearah kemajuan dan yang paling penting , ketamadunan sesebuah bangsa??? Sejauh mana keberkesanannya...???


Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara

Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara... Sebuah ungkapan yang tidak asing lagi... Ya benar... Kita selaku pemuda dan pemudi adalah harapan bangsa, agama dan negara... Namun, sejauh manakah kalimah itu berbekas dalam hati setiap remaja masa kini??? Masih ramai yang leka... Masih bersepah remaja yang alpa... Remaja alaf ini masih jauh... Jauh daripada mengenal erti sebuah perjuangan... Jauh daripada memahami, apa itu kehidupan... Dan masih jauh dalam menghayati erti pengabdian seorang hamba kepada Tuhan yang esa, pencipta alam semesta... Tidak mustahil, suatu hari nanti, kita akan hilang idenditi... kita mungkin tidak kenal maruah diri... kita jauh dari Ilahi... dan bila ini terjadi, kita akan hilang segala-galanya... Saat itu semuanya telah terlambat untuk diperbetulkan...

Masalah soaial yang boleh dilihat dimerata-rata, menjadikan diri hamba kadang2 cuak untuk berdiri di tengah2 masyarakat(sebab dah tak larat nak tengok, tak tahan rasenye...) tapi, hamba gagahi jua, kerana itulah perjuangan...

Remaja kita sudah ketandusan akhlak dan moral... mereka terpedaya dengan suntikan2 barat... Aurat di dedah, agama tidak diendah... Halal dan haram bercampur... Bersepah-sepah remaja yang mengamalkan pergaulan bebas yang tiada batas... Dan kebanyakkan mereka adalah remaja Islam yang kita harapkan akan mentadbir negara pada masa akan datang... Aduh, parah... parah.. Dimana silapnya??? NAk salahkan siapa...??? Mak ayah??? Cikgu??? Sekolah?? Kerajaan?? Jawapan hamba senang sahaja... salahkan diri sendiri... sebab kita dikurniakan akal untuk membezakan mana yang betul dan mana yang salah... Tidak perlu nak menunding jari pada oarang lain... Ingat, satu jari kita tunjuk pada orang lain, empat jari tunjuk pada kita... Setiap orang ada peranannya...


Justeru, kita selaku, bakal pendidik, perlu bersedia untuk berhadapan dengan golongan macam ni... Kita bakal mencorak anak bangsa... Tugas kita bukan sekadar menghabiskan sukatan pelajaran didalam kelas... Tugas kita mendidik dan mentarbiah anak bangsa supaya mereka menjadi manusia yang kenal erti perjuangan, yang memahami apa itu kehidupan, dan menghayati keperluan mengabdikan diri kepada tuhan... Kita pembentuk generasi masa hadapan... Oleh itu, persiapkanlah diri dengan memenuhkan ilmu di dada agar kelak kita lebih bersedia...

~ Salam Perjuangan~

Tuesday, November 23, 2010

Menunggang Kuda dan Memanah

Bismillah...

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani hamba mula menulis... Syukur dirafakkan kepada Allah `Azza Wajalla atas segala nikmat yang diberikannya kepada kita... Selawat dan salam kepada Rasul junjungan, nabi Muhammad S.A.W, para sahabat, para tabi` tabi`in dan sekalian mereka yang memperjuangkan Islam...


Hari ini, diri ini, tiba2 terlalu teringin untuk mempelajari menunggang kuda dan memanah... Tiba2 rasa untuk mendapatkan skill menunggang kuda dan memanah membuak-buak dalam diri... Akan tetapi, disini agak sukar untuk mencari tempat yang memberikan perkhidmatan yang sesuai... buat sahabat2 yang ada pengalaman dan tahu mengenai perkara tersebut, boleh menghubungi hamba atau just left a comment di bawah...


Kuda yang tangkas berlari


Ketangkasan kuda berlari, membuat diri ini terpesona... berbanding motor, kuda jarang eksiden sebab dia yang bawak kite... tapi motor, kite yang bawak die... kuda ada mata, boleh nak elak kalau nak terbabas... tapi motor??? kalau kite tak nampak, jawabnye berlanggar la... oh kuda... indahnya ciptaan Allah... Subhanallah...


Memanah




Memanah... satu teknik atau kemahiran yang sangat menarik untuk dipelajari... senjata yang membunuh dalam senyap... tak mengeluarkan bunyi, dan jimat kos... boleh guna banyak kali (kalau anak panah die tak patah la)... suatu masa dahulu adalah senjatang dalam peperangan... dan sekrang ia dah jadi salah satu bidang sukan... Namun, mungkin suatu hari, ia akan kembali menjadi senjata dalam peperangan.... Itu tidak mustahil untuk berlaku....


Menunggang kuda, dan memanah merupakan Sunnah nabi... Jom sama2 kita berjinak2 dalam bidang ini... Tambah ilmu, tambah kemahiran... Remaja zaman sekarang, ramai yang tidak berapa mahir dalam bidang ini (termasuklah diri ini)... Jadi, jom sama2 kita kuasai dengan menghidupkannya kembali...
p/s: well, sometimes ancient ways are better... =)

Sunday, November 21, 2010

Masalah Oh Masalah

Bismillah...

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani hamba mula menulis... Alhamdulillah atas segala nikmatnya, hamba masih lagi bernafas tika ini... Syukur juga hamba panjatkan kerana diberi kekuatan untuk menulis sesuatu pada saat ini.. moga cebisan tulisan ini bermanfaat untuk semua...

Masalah oh masalah...

Sesuatu masalah itu jadi semakin rumit bila masing2 dengan ego masing2... tidak mahu mengalah... Allah... payahnya nak cari jalan penyelesaian... Kenapa, terlalu senang bagi mereka untuk menghamburkan kata2 yang begitu menyakitkan hati??? melakukan sesuatu yang bisa mengguriskan jiwa??? Susahkah untuk bertolak ansur??? payahkah untuk beralah??? beralah bukannya bererti kalah malah merupakan suatu tindakan bijak dalam menyelesaikan masalah...


Masalah vs persepsi...

Masalah jadi rumit bila masing2 nak menang... anggap pendapat sendiri betul... Ya anggapan dan persepsi... mereka rasa apa yang mereka fikir tu semuanya betul... dan yang paling parah, tak boleh bangkang... Allah... bila nak maju??? bila nak berkembang pemikiran??? kalau rasa diri itu semua serba tahu... semua nak ikut telunjuk die je... payahlah macam tu...memang dari suatu sudut, apa yang diutara tu betul, tapi, kadang2 apa yang kita katakan itu tak kena langsung dengan situasi tu...... Kadang2 hamba terfikir, ni bertekak nak cari solusi bagi sesuatu masalah atau saja nak menegakkan benang yang basah??? fikirlah sendiri... Allah kurniakan akal, hati dan otak... jadi, guna akal untuk membezakan yang mana baik dan mana satu yang buruk, guna hati untuk mentafsir dan guna otak yang ada tu untuk memproses maklumat yang ada... ketepikan sikap pentingkan diri sendiri dan campak jauh2 ego yang ada dalam diri....


Bersamalah ambil iktibar... tak salah nak bangkang sesuatu... tetapi awasi cara anda... jangan sampai masalah yang ada tak dapat diselesaikan, ditambah lagi satu masalah... kita semua tak sukakan kekusutan, jadi jangan kusutkan keadaan... kita sendiri menyampah bila dimarah dengan sesuka hati, jadi jangan nak marah orang sesuka hati... kita semua inginkan yang terbaik, jadi berikanlah yang terbaik... jika kita tak sukakan sesuatu, jangan lakukan benda tu... barulah kita berhak untuk tidak diperlakukan sedemikian rupa dan jika kita mengharapkan sesuatu, berusahalah kearah itu, barulah kita berhak mendapatkannya...

Wednesday, November 17, 2010

Bismillah...

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, hamba mula menulis... Alhamdulillah, syukur dirafakkan buat robbul `izzati kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya, hamba masih bernafas lagi saat ini...

Alhamdulillah, Hari ini hamba genap 18 tahun... Selamat pendek umur duhai diriku... Waktumu untuk bermain diatas dunia ini makin singkat... Moga allah pandu hidup hamba agar tidak terus leka...

Tadi sempat berbincang dengan seorang sahabat mengenai persatuan yang kami rancang ingin tubuhkan... hasrat dihati, ingin ku ajak teman2 yang lain... tetapi, bersediakah mereka??? kerana, lepas ini, laluan pastinya sukar... banyak onak dan durinya... x mengapalah, mereka memerlukan masa... ingat, kita hanya mampu menyeru... selebihnya, serahkan sahaja padanya... Kerana hati mereka miliknya... teringat kata2 seorang kakak yang ku kenali... "tarbiah itu memerlukan masa...tidak sesuai pada mereka yang gopoh ingin menggapai kejayaan..." Mendalam maksudnya...

Esok, pulang ke IPG... Sedeh pula rasanya nak tinggalkan sahabat2... Tak mengapalah... Mereka yang betemu dan berpisah kerana Allah, ganjarannya syurga... Ada jodoh, InsyaAllah, bertemu kembali di lain hari... Jika tiada, moga kita berjumpa disyurga.... Ameen...

Disini, hamba nak ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha buat semua umat islam amnya dan mereka yang mengenali diri ini khususnya... Maaf hamba pohon atas segala salah dan silap sepanjang perkenalan... Halalkan segala makan minum dan ilmu yang diberi kepada hamba... semoga Allah memberkati hidup kita sentiasa...

Saturday, November 13, 2010

Muhasabah diri

Bismillah...

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, Hamba mula menulis...


Hanya beberapa hari sahaja lagi umur hamba akan genap 18 tahun... Dah tua dah... Tapi diri ini masih lagi lalai... Leka... Alpa... Masih banyak main... Terlintas difikiran, jika disaat hamba gelak ketawa, jika di saat hamba lalai dari mengingatinya, dan saat itu, Allah cabut nyawa.... Allah... Nauzubillahiminzalik... Tidak sanggup hamba...

Ya Allah, ini jalan yang hamba pilih... Jalan yang hamba tahu bukan mudah untuk ditempuh... Tanggungjawab hamba menggunung tinggi... Adik2 dan ahli keluarga yang lain perlu dibimbing... Masih banyak yang perlu dibetulkan... Lepas ni hamba berazam pada diri sendiri, akan cuba berdepan dengan segala2nya... x nak lari2 lagi dah... Ilmu cukup ke tak, tu no 2... Amalkan apa yang ada... Hargai segala2nya... The time has come...

Bukan mudah untuk hamba sampai pada tahap ini... Hamba dah puas bersusah, dah puas menangis... SO it is time 4 me to be more serius... Buat sahabat2 lepas ni ana x nak main2 dah... Maaf atas segala2nya... Maaf andai sikap hamba selama ini pernah mengguris hati kalian... InsyaAllah lepas ni, hamba akan menjadi seorang yang lebih serius... Maaf juga andai perubahan ini akan mengguris hati kalian atau menyebabkan antum tidak menyenangi diri ini... Tapi ini adalah cara untuk mendisiplinkan diri agar tak lalai dibawa arus dunia... Jiwa harus dibentuk agar tunduk pada Allah... Hati perlu didik agar takutkan Allah....Allah sudah pilih hamba untuk berada pada jalan ini... Teringat pertanyaan Solahuddin AL-ayubi pada tentera2nya... "Tidakkah kalian bersyurkur kerana dipilih untuk berjuang pada jalan ini???" Allah... JAuhnya hamba... Solahuddin bersyukur dipilih untuk memperjuangkan agama Allah walaupun nyawa menjadi galang gantinya... Syahid ,menjadi dambaan mereka... Mereka yakin dengan janji Allah... Jadi, hamba x nak sia2kan peluang ni... Allah tak pilih semua orang untuk berada pada jalan ini... Jadi bila dah dipilih, kene la bertanggungjwab... duhai diriku yang sering lalai, ingatlah Allah boleh tarik nikmat ni bila2 masa ja... Ya Allah, tetaplah memilih aku untuk memperjuangkan agamamu...

Hati ini cemburu bila membaca kisah2 para wali mu... Jiwa mereka, hidup mereka hanya untukmu... Mereka hanya mengharapkan Mu Ya Allah... Ya rahman... Tapi diri ini bagaimana??? Allah... Jauhnya... Duhai diri ini, Ingat, kebahagian hanya disana... Disini yang ada hanya medan pertempuran... Disini medan untuk berusaha... Hasilnya disana... Ya Allah, berikan diri ini kekuatan... Aku hanya ingin hidup bersamamu... Tegur aku jika aku silap langkah Ya Allah... Wahai tuhan yang membolak-balikan hati ini, tetapkan hati ini, diri ini, untuk terus utuh berdiri pada jalanmu...

Friday, November 12, 2010

Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul

Bismillah....

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani hamba mula menulis...

Dalam minda hamba ini asyik berfikir mengenai apa yang dibincangkan semalam bersama seorang akak senior... Banyak topik yang kami sentuh... Agama, Skill, Manangement, dan tak ketinggalan juga politik... Alhamdulillah, terbuka sedikit minda rasanya mengenai perkara2 tersebut... terima kasih akak...

Kata akak tu lagi, ramai ulama yang menyatakan ini haram, tak boleh buat, dosa... Tetapi mereka hanya berhenti disitu... Tidak memberi solusi kepada masalah tersebut... Contohnya Jika kita lihat, suatu masa dahulu, Karnival Jom Heboh Tidak boleh dianjurkan di Perak... tetapi, walaupun mufti tak bagi, disebabkan diorang ni degil jugak dan ditambah pula tak berapa arif tentang agama, maka buatla jugak... Pada hamba Jom Heboh tu salah... Banyak bahan, dan input... Yang salah tu bile ade konsert yg macam entah apa2 tu... Lagho... Disitu akan berlaku percampuran lelaki dan perempuan... tapi, macam mana nak bolehkan bende tu kalau teringin sangatla nak buat??? tukarkanlah konsert yang entah apa2 tu kepada nasyid... dan asingkan tempat duduk antara lelaki, perempuan dan yang berkeluarga seperti yang dilakukan di Kelantan.... Itu solusinya... Itu sekadar contoh... tidak berniat untuk mengata sesiapa... Hanya sebuah perbandingan biasa...

Iktibarnya, kita selaku bakal ustaz dan ustazah, kene ambil pengajaran daripada perkara ini kerana kita selalunya lebih cenderung untuk mengata tidak boleh,haram dan berdosa... tetapi tidak memberi solusi terhadap ketidakbolehan itu dan keharaman sesuatu benda... akibatnya masyarakat akan menyatakan Islam itu Jumud sedangkan Islam itu fleksible dan merupakan way of life...


Kami juga berbincang mengenai penubuhan persatuan yang masih dalam perancangan hamba dan seorang sahabat... Hamba minta pendapatnya... Pesannya, sebelum nak buat apa2, letakkan objektif dahulu baru susun aktiviti, kita tidak boleh susun aktiviti baru fikir objektif... jika di fikir2kan balik, ada benarnya... Analoginya begini, kenapa kita hidup atas dunia??? untuk mencari keredhaan Allah... Nah, itu objektifnya... Objektif hidup itu membantu kita dalam melakukan urusan seharian dan memberi sedikit kebahagian dikala susah kerana kita tahu yang penting Allah redho... tak kisah la apa yang jadi sekali pun... kita tempuh juga... tetapi , cuba bayangkan jika kita tak ada matlamat hidup??? hanya mengikut arus kehidupan, apa jadi??? Hanyut... That is why mission and vission is important because it will lead us towards sucess...


Banyak lagi yang kami bincang, tetapi cukuplah setakat ini... Pesanan untuk diri hamba yang sering lalai dan leka... Biasakan yang betul, betulkan yang biasa... Biarlah orang nak kata apa, yang penting apa yang kita lakukan Allah redho...

Wednesday, November 10, 2010

Khat 2

Bismillah..

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani hamba mula menulis...

Alhamdulillah... Akhirnya dokumentasi projek khat surau telah berjaya disiapkan pada 9/11/2010 jam 2.00 pg... Alhamdulillah... Infiniti terima kasih buat semua sahabat2 yang banyak membantu sepanjang proses menyiapkan tugasan yang diberi bermula daripada pencarian ayat yang sesuai sehinggalah kepada proses pendokumentasian... Jasa anda sekalian hanya allah yang dapat membalasnya...

Seperti yang hamba janjikan, hamba akan upload beberapa gambar sepanjang proses melukis mural khat di Pusat Islam Al-Hidayah(PIAH) selepas menyiapkan dokumentasi projek...
Ini adalah beberapa gambar yang sempat diambil sepanjang menjayakan projek ini...

Ayat yang dipilih untuk dilukis di dinding PIAH


Menggunakan LCD untuk melakar ayat pada dinding


Proses melakar


Khat yang baru diwarna sebahagiannya..


Khat yang hampir siap
Last touch up

Bergambar bersama ahli kumpulan sebagai tanda kenang-kenangan


Inilah hasil usaha kami!!!
p/s: buat sahabat sekumpulan, terima kasih kerana memberikan kerjasama yang jitu dalam menjayakan tugasan yang diberi...







Saturday, November 6, 2010

Bismillah...

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani hamba mula menulis....

Alhamdulillah... Hari ini, banyak yang hamba belajar... belajar daripada pengalaman orang lain...ambil iktibar dan pengajaran..... dari pagi sampai la malam ni... Alhamdulillah syukur... Moga esok lebih baik daripada hari ini...

Alhamdulillah...hari ni akhirnya dapat juga semua siri "the arrivals" dan beberapa video menarik yang lain daripada kawan yang baik hati nak bagi copy... syukran jazilan buat insan itu... Jasa baik anda amat hamba dihargai...Bila dah dapat video tu, nak menontonnya pulak la tak larat... lama... tapi tidak mengapa... demi ilmu, hamba sanggup...

Ape yang bermain dalam fikiran hamba, esok genaplah 10 tahun umur adik hamba yang bongsu... tak tahu nak bagi apa... Ingat nak keluar kejap pagi esok... mencari sesuatu untuk dia... mesti dia suka...Tadi pun masa hamba menalifon mak dan abah dirumah, dia excited sangat... siap jerit dari belakang lagi (masa tu tengah cakap dengan mak) "balik la akak...Balik la...". tapi nak keluar dengan siapa??? tu pulak masalahnya... Tak apalah... tu esok settlekan...

Hamba pun susah nak faham diri hamba ni... suka sangat baca artikel2 lain...Pasal itulah, pasal inilah.... exam dah dekat... buku baru sentuh sikit... Allah... apa nak jadi ni... hamba tidak berada dalam exam mood... Dalam kepala ni dok pk macam2...

Hari ini, minda agak bercelaru... apa yang hamba catatkan disini sebagai refleksi diri... untuk memperbaiki diri... Moga hari esok lebih baik dari hari ini... =)

Nikmatnya Sebuah Perkongsian

Bismillah...

Dengan nama Allah, hamba memulakan penulisan... Memulakan penceritaan berkongsi pengalaman... Mungkin apa yang di nukilkan hanya sekadar luahan perasaan... Namun, ianya nikmat yang cukup indah kerana "berkongsi itu manis...."

Alhamdulillah... Syukur hamba rafakkan buat Robbul `Izzati atas segala nikmatNya, hamba adalah diri hamba sekarang... Namun, kadang2 jauh di sudut hati, hamba merindui diri hamba semasa zaman sekolah dulu (dalam sesetengah hal).... alhamdulillah... malam ini, dapat berkongsi sesutau dengan seorang sahabat... Mengimbau kenangan lama semasa zaman sekolah dahulu dan mengingati secebis memori semasa mula berjinak-jinak dengan dunia pendidikan sebelas bulan yang lalu... Tiba-tiba terasa rindu pada sahabat2 seperjuangan semasa zaman sekolah dahulu... terasa rindu juga pada anak2 murid... Baru teringat, hamba tidak mempunyai kenangan berbentuk fizikal yang boleh ditatap (gambar/video) semasa mengajar dahalu... yang tinggal hanyalah cebisan memori yang tersemat disanubari... Hanya cebisan memori itu yang mampu mengubat rindu pada mereka... biarlah...kerana ingatan begini lebih berharga daripada mana2 gambar atau video... boleh di bawa dan di imbau dimana2 dan bila-bila masa sahaja... dan kadang2 boleh tersenyum sorang2 mengenangkannya... itulah manisnya...

Berkongsi cerita dengan teman, mengingatkan hamba pada ragam anak murid... macam2 ragam... namun, itu semua kenangan terindah dan menjadi pengalaman yang amat berharga... tak sangka, akan jadi cikgu jua akhirnya...

Berkongsi pengalaman, mematangkan fikiran... saat itulah kita akan lebih menghargai apa yang kita ada... akan lebih teliti dalam membuat konklusi... Kerana, masa yang telah berlalu tidak akan kembali... yang berlalu akan menjadi sejarah diri... disaat kita berkongsi sesuatu juga, kadang2 timbul idea baru... timbul pemikiran baru... Ilham baru... alhamdulillah... itulah nikmatnya berkongsi...

Allah... tiba2 teringat sesuatu... banyaknya hamba bercakap malam ni... azam baru nak kurangkan cakap, banyakkan mendengar... tapi hari ini, lain pula jadinya... tidak mengapalah... bercakap dan berkongsi sesuatu kadang2 memberikan kita suatu ilham atau idea yang kita tidak pernah fikirkan dahulu... yang kadang2 ianya hadir "on the spot"... Indahnya jalan Allah... Terima kasih allah... atas segala nikmat ini...

Teringat juga pada beberapa orang anak murid hamba yang agak bermasalah dulu... Bila hamba selidiki latar belakang,ternyata mereka datang dari latarbelakang yang berbeza... kebanyakkannya,masalah keluarga... Kasihan sungguh hamba pada mereka... Umur setahun jagung, baru nak lihat dunia, terpaksa berdepan dengan macam2 hal... bagaimana agaknya mereka sekarang ini??? Sedihnya rasa tidak dapat membantu mereka... masa tu tak cukup ilmu lagi di dada... Ilmu psikologi kurang... Maafkan cikgu sayang... tidak dapat membantumu, tidak berada disisimu disaat kau memerlukanku.... insyaAllah akan hamba kongsi kisah anak2 ini suatu hari nanti... buat hari ini, cukuplah di sini....

hari dah larut malam... mata yang allah bagi pinjam ni tak mengantuk lagi... Bila ada sahabat suggest suruh bukak satu blog ni, memang best... Bohot2 syukria buat sahabat tu... kalau ikutkan hati, nak baca banyak lagi dalam blog tu... tapi apakan daya, sekarang exam week, baca benda tu nanti tak study la jawabnya... nanti exam nak jawab apa??? =)

setakat itu sahaja coretan hamba hari ini... InsyaAllah nanti hamba sambung lagi... =)

Friday, November 5, 2010

Khat 1

Bismillah...

dengan nama Allah,hamba menulis... mencatit baris demi baris melambangkan ekspresi diri...

InsyaAllah, mulai saat ini, blog ini akan hamba manfaatkan sepenuhnya....Yang penting, ISTIQAMAH!!!

Hari ini, hamba bercadang nak berada di Pusat Islam AL-Hidayah(PIAH) dari pagi sampai petang untuk menyiapkan dokumentasi khat(Misi Utama)...Sebab dah tebengkalai beberapa hari kerana rase macam malas nak buat... Astaghfirullah... solusi nak bagi siap juga, siapkan dokumentasi itu bukan didalam bilik di hostel....buat di tempat lain... Ingat, Allah tak suka orang malas.... hamba juga nak berada di situ untuk mengutip cebisan memori yang diperlukan untuk menyiapkan dokumentasi projek itu... Hamba juga nak baca buku akidah dan kalau sempat tajwid sikit... Misi lain: mencari ketenangan di PIAH.... Berada di PIAH, memberi hamba ketenangan yang tidak dapat terungkap dek lidah mahupun tulisan... HAnya yang merasai mengetahui...

Buat sahabat sekumpulan, insyaAllah, selepas hamba berjaya menyiapkan dokumentasi tersebut, hamba akan upload beberapa gambar sepanjang projek tersebut jilankan sebagai tanda kenang-kenangan...Doakan hamba ye sahabat2...



Ya Allah,
kau berikanlah aku kekuatan untuk melaksanakan apa yang telah ku rancang...
Kau permudahkanlah segala urusanku...
Dan....
redhoilah , berkatilah hidupku...
pimpin setiap langkahku...
Aku hanya ingin hidup bersamamu...
Sesungguhnya aku tidak mampu hidup tanpamu...

Thursday, November 4, 2010

Muhasabah

Bismillahirrohmanirrahim...

Alhamdulillah... syukur kurafakkan buat
robbul `Izzati kerana atas nikmat dan kasih sayangnya hamba masih mampu bernafas. Syukur kerana tangan masih mampu menari-nari di atas keyboard lap top, menaip bait-bait aksara membentuk kalimah...

Sudah agak lama hamba yang hina ini tidak mengupdate blog ini... Idea datang mencurah-curah, tetapi diri ini sibuk dengan urusan dunia... Ya sibuk dengan Dunia... Allah... Ampunkan Hambamu ini...

Post kali ini hamba tujukan khusus buat diri ini yang sering lalai dan leka dalam menempuh hidup di dunia... Sebagai peringatan agar terus istiqamah... Ya Allah... Tuhan yang membolak-balikkan hati... tetapkan hati ini terus berada dalam agamamu...

Beberapa hari lagi, hamba genaplah 18 tahun ( ikut kalendar masihi,kalau ikut kalendar islam dah 19 tahun) hidup di muka bumi milik allah ini... Terlintas di fikiran... Umur dah 18, tahun depan nak masuk 19, dah tua dah... tapi apakah amal ibadatku sebanyak umurku??? sudah 18 tahun hidup, apa sumbangan pada agama??? Sudah 18 tahun hidup, berapa kali khatam al-quran??? Berapa juzuk dah hafal??? berapa banyak hadis ingat??? Berapa banyak Ilmu yang ada dalam dada ni??? Dan berapa banyak DOSA yang dah buat??? Allah... kecik nye rasa...

Ya Allah, hidup ku sudah hampir 18 tahun... tetapi sumbangan ku pada agamamu terlalu sedikit... Berilah aku kekuatan untuk menyumbang pada jalanmu sebagai penebus dosa2 ku yang lalu...

azam baru hamba semat dalam diri... (hamba menggantikan kata ganti nama ana kepada hamba agar diri ini lebih menginsafi,betapa kerdilnya hamba dimuka bumi ini. )..

  • Lepas ni nak selalu update blog... paling kurang 1 kali seminggu... kene istiqamah... Allah tak suka pada orang yang tak istiqamah... Kalau nak update bolg pun tak istiqamah, macam mana nak istiqamah bende2 lain?
  • Lepas ni, nak baca buku sebanyak mungkin... nak habiskan yang mana tak habis lagi... dan nak buka buku baru...
  • nak sambung belajar arab...
  • Nak banyakkan senyum... sebab selama ni rasa macam tak banyak senyum... kan senyum tu sedekah... pahala free allah bagi...
  • Nak hafal hadis 40 dan amalkan... Insyaallah pelan-pelan...Allah, berikan ingatan yang kukuh dan kuat pada ku...
  • Jauhkan diri daripada perkara2 yang syubhah dan perkara2 yang lagho....
  • Dan yang paling penting, nak kurangkan bercakap banyakkan mendengar.... banyak cakap, banyak silap, banyak buat orang lain sakit hati... Orang lain sakit hati, tanda mereke tak redho... Kalau dah manusia tak redho, allah redo x???
  • N the most important thing is, tak fikir perkara dunia ketika ingin mengadap Allah s.w.t... cuba tinggalkan... dan solat di AWAl waktu... jauhi benda2 lagho... kurangkan fb... banyak baca tazkirah untuk suburkan iman... Banyakkan berzikir...

Rasa macam banyak lagi nak kene diperbetulkan dalam diri ini... Tetapi, tidak mengapa... berubah perlahan-lahan... ISTIQAMAH!!! itu yang penting...

Ya allah,

Kau berilah kekuatan kepada hambamu ini...

Untuk berubah...

kerana diri ini amatlah lemah dan tidak berdaya tanpa bantuan dari mu...

Berikan aku hidayah dan petunjuk mu...

Pandu langkah ku menuju redho mu...

Ku mohon juga Ya allah,

Titipkan Teman seperjuangan,

yang bisa memngingatkan aku dikala diri ini lalai...

yang bisa mengalirkan kata2 semangat di kala diri ini jatuh...

agar aku bisa bangun kembali...

Hanya padamu aku sembah dan hanya padamu aku meminta pertolongan...

Friday, October 22, 2010

HAMBA YANG HINA

Di keheningan malam,
Tatkala aku terjaga dari lenaku,
Bagaikan terdengar panggilan darimu,
Saat itu hati ku kosong,
Namun,
Aku rindu….
Rindu pada rasa itu,
Rindu pada ketenangan itu….
Terlalu rindu…
Untuk hanyut dalam cintamu….

Lantas,
Aku pergi menyucikan diri,
Langkah kususun untuk menghadapmu…
Namun begitu,
Monologku,
Apakah kau sanggup melihatku,
Mendengar bicaraku,mendengar rintihanku…
Yang bukan sesiapa didunia ini…

Ku tadahkan kedua tanganku,
Dalam bicaraku,ku pohon,
Kau hamparkanlah seluas lautan ketenangan,


Kau hembuskanlah rasa keinsafan
Semaikanlah keimanan,
Sematkanlah ketaqwaan
Dalam sekeping hati yang penuh dengan pengharapan
Kerana aku hanya mengharapkan keredhaanmu tuhan…




-hamba yang hina-

Thursday, July 29, 2010

Coretan dari aku...

Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh...


Alhamdulillah ana mendapat kekuatan daripada Allah untuk post artikel dalam blog ni...Moga segala bait-bait kalimah yang tertulis disini dapat dijadikan panduan bersama dalam menelusuri lautan kehidupan duniawi yang sentiasa menguji keimanan dihati....


Secebis kata,
seungkap bicara,
yang lahir dari jiwa,
Seorang manusia biasa...

Aku buntu dan keliru...
dalam menempuh liku kehidupan,
dalam mencari kekuatan bagi menempuh satu ujian.

Aku faham,
aku mengerti...
Namun mereka tidak memahami...
Mereka menolak...

Aku buntu...Keliru...

Aku tidak bisa hanya melihat,
Aku tidak mahu hanya aku yang merasai nikmat,
Ingin ku koangsi,
Namun masih adakah yang sudi?
Apakah perlu aku peduli?
Adakah mereka menghayati?

Ya Robbi...
Nikmatmu ini manis sekali,
Namun aku tidak mahu menyimpannya sendiri,
Aku mahu memberi,
Namun aku tidak tahu bagaimana harus ku mulai,
Bagaimana harusku terokai???

Apakah aku mampu,
Atau hanya akan terpaku,
Diam membisu,
tanpa bicara...

Hematku,
Corak perlu ku ubah...
Itu pasti,
Demi menggapai bahagia yang hakiki,
yang abadi..

Allahu Robbi...
Aku lemas dalam keliru..
Bantu aku Ya Rahman...
Tiupkan rasa ketenangan dalam diri ini,
Hembuskan rasa keinsafan,
Teguhkan keimanan ,
Dan berilah aku kekuatan,
Untuk meneruskan sebuah perjuangan...









Saturday, July 24, 2010

DI MANAKAH KITA SAAT ITU?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Sudah agak lama ana tidak post article dalam blog ni....idea mencurah-curah cuma tak sempat untuk menukarkanya dalam bentuk tulisan...alhamdulillah,hari ini,Allah ringankan tangan ana,celikkan mata ana,segarkan minda ana untuk ana coretkan bait-bait kalimah yang dapat kita perhalusi bersama untuk meningkatkan prestasi kita sebagai hamba merangkap khalifah di bumi Allah ini...InsyaAllah....

Khas buat diriku yang sering alpa dan leka dalam menempuh kehidupan dunia....Di manakah kita saat itu?Di manakah kita saat sahabat kita memerlukan kita?Adakah kita berada disampingnya?meminjamkan bahu,mata dan telinga kita untuknya?Disaat sahabat kita di uji Allah,adakah kita memberikannya kekuatan?mengingatkannya pada tuhan?atau hanya membiarkannya dalam kesedihan dan kekecewaan sehingga hilang segala keyakinan?


Dimanakah kita kita saat mad`u memerlukan kita?Di saat insan lain melakukan kesilapan,adakah kita menegur dan membetulkan atau hanya mengumpat dan menyalahkan?Dengan anggapan kita lebih baik daripadanya...Sedarkah kita,kita menutup aurat kerana Allah sayang dan lindungi kita...kita faham akan agama kerana Allah fahamkan kita tentang agamanya...Kita tetap dengan keyakinan kita kerana allah mantapakn pegangan kita...?Tapi,kenapa kita sombang?kita suka mengata orang itu dan ini...tapi kita tidak sedar,jika Allah nak tarik balik nikmatnya,dan sesatkan kita macam orang lain,sekejap sahaja...Bila Allah kata "kun" "fa yakun"...kita akan sama seperti mereka bahkan teruk lagi...Pada saat itu,siapakah kita?


Dimanakah kita di saat saudara seislam kita memerlukan bantuan kita?di Palestin,sudara seislam kita di seksa oleh yahudi...Dimana kita saat itu?Kita hanya mampu berkata-kata sahaja...Kita kata kita sayang mereka,kita beri bantuan kewangan dan sukarelawan...tapi dalam masa yang sama kita juga membunuh mereka dengan membeli barangan yahudi...Keuntungan yang diperoleh yahudi akan disalurkan kepada tenteranya....Bom,peluru,jet-jet pejuang dan kereta-kereta kebal di tambah...dan lebih banyak saudara kita yang terbunuh...Kita memberi secebis harapan kepada mereka,namun pada masa yang sama kita menyakiti mereka tanpa kita sedari...
Saudaraku...
Dimanakah kita saat itu?
Kita sering mengharapkan yang terbaik daripada orang lain,
tetapi kita sendiri tidak mencuba untuk memberikan yang terbaik buat diri kita dan orang sekeliling kita...apakah kita layak untuk mendapat yang terbaik jika kita bukan yang terbaik?Justeru,bersamalah kita bermuhasabah dan memperbaiki diri...Moga kita dapat menjadi muslim sejati yang benar-benar memahami intipati islam itu dari segi falsafah,zahir dan batin-Nya....Amin...
"When evening comes,do not expect (to live until) morning...When morning comes,do not expect (to live until) evening...take from your health (a preparation) for your ilness and from your life to your death"-BUKHARI-

Monday, April 12, 2010

Duhai Bangsaku....

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.......




Duhai bangsaku..kenapa ramai yang hanyut...?


mana pergi malumu?


mana pergi sopanmu...?


kemana hilangnya jati diri mu?


kemana kamu mencampakkan agamau...


mana kau letak akhlakmu?


kemana kau simpan akal fikiranmu?


kemana kau letak simpatimu?




hari ni kulihat makin meningkat jumlah bayi yang di jadikan seperti sampah...bayi yag tidak berdosa di campakkan dalam tong sampah...bayi yang tidak tahu apa-apa ditinggalkan di tepi masjid,longkang,kaki lima...Apa dosa bayi itu?ade yang lagi teruk...sanggup melahirkan,namun,anak itu didera tanpa ada perasaan bersalah...apa nak jadi ni?sedarlah duhai bangsaku...

Setiap anak itu lahir bersama rezeki dan barakah....kita ni tumpang je....cuba tengok,berapa ramai insan yang berkahwin tapi masih tak di kurniakan anak?mereka dahaga tangisan seorang anak...mereka dambakan senyuman,gelak ketawa seorang cahaya mata...
tahukah kita,kehadiran seorang bayi itu ubat?ubat kepada sebuah kelukaan,stres dan macam-macam lagi...bila kita melihat senyuman si kecil,kita pun akan tersenyum...bila kita lihat si anak ketawa kita pun turut sama ketawa...kan bahagia...anak kecil juga penjalin ukhuwwah...jika kita bawa anak-anak ke mall misalnya...kadang-kadang boleh disapa oleh orang lain kerana kelucuan anak itu...lihat...kan banyak nikmatnya ada anak?walaupun ana tak kahwin lagi...tapi tengok anak-anak saudara ana yang comel-comel n klakar-klakar semuanya,sungguh membahagiakan....
sedarlah bangsaku....anak itu amanah tuhan...kehadirannya menyeri hidup si suami dan iteri...menceriakan rumah yang sunyi sepi....kuntuman senyumnya pengubat hati....justeru,jagalah,didiklah mereka sebaik-baiknya...moga mendapat ganjaran dari Allah....

Tuesday, March 9, 2010

CABARAN BERDA`WAH DIAKHIRZAMAN

Salam `alaik...

semoga semua kita berada dalam keadaan yg sihat ....dari hujung rambut hingga hujung kaki...dari segi batin dan fizikal...

semalam ana baru je bace novel ayat-ayat cinta....bace tu pun langkah2 je...nak kejar mase...walaupun macam tu...tapi kesannya...masyaAllah...sungguh mengetuk iman di dada dan keyakinan di jiwa...rase kecik je...sebab ape?rase macam diri ini terlalu banyak sangat bersungut...sedangkan rasulullah berhadapan dengan lagi banyak cabaran dan dugaan...aduh....cepatnya diri ini berputus asa....ya allah berikan diri ini kekuatan,kesabaran dan kemanan yg utuh dan keyakinan yg teguh pada mu...





kita sering terasa bila mad`u kita x menerima apa yg cuba kita sampaikan...tapi sedarkah kita,hati mereka ada pemiliknya....iaitu Allah S.W.T....kita hanya mampu untuk menyeru...hidayah datangnya dari Allah...ya Rabbi...ampunkan dosa-dosaku...jangan kau jadikan dosa2ku itu sebagai hijab hidayahmu kepada ku dan kepada orang yg aku kasihi....ujian mu padaku hanya sedikit jika mahu kubandingkan dengan ujian yg kau berikan pada rasulmu...baginda diancam bunuh...di caci...di hina...namun x pernah menghina kembali...malah mendoakan kebaikan untuk ummatnya...













ya allah...

aku mahu berbakti pada agamamu...

berilah aku kekuatan...

aku ingin memartabatkan agamamu...

jauhilah aku daripada godaan syaitan...

bantu daku....

ya rabbi...

Friday, January 8, 2010

RENUNGAN BUAT ANDA……..


Bila malam menjelma,kita semua ibarat jutaan bintang yang ada di tengah-tengah langit malam yang ditemani cahaya rembulan…..Terangnya cahaya atau gemerlapnya kita bergantung kepada keupayaan kita sendiri…Bintang yang bergemerlapan dapat dilihat daripada bumi dan menyebabkan ramai saintis ingin mengkajinya……Apakah ia memberi banyak faedah atau hanya menghiasi dada langit di waktu malam?Apakah yang ada padanya sehinggakan ia boleh bergemerlapan sebegitu rupa?Dimanakah lokasinya?Bagaimana dengan kita?Adakah kita bintang yang malap ataupun bintang yang bergemerlapan?Jika kita bintang yang malap,mungkinkah cahaya dan impian kita menjadi kenyataan iaitu menjadi bintang yang bergemerlapan dan menjadi sebutan orang ramai?

Jawapannya boleh….secara saintifik (jika tidak silap),saintis menyatakan bahawa kandungan bintang yang utama ialah gas helium dan hydrogen.Apabila 4 gas hydrogen bercantum,ia akan membentuk 1 helium..Ini menyebabkan bintang itu terbakar…Oleh itu,untuk menjadikan bintang kita bergemerlapan,kita mestilah menghasilkan lebih banyak gas helium dan hydrogen…..Walaupun ia kelihatan seperti kita membakar diri sendiri namun,anggaplah ia sebagai satu pengorbanan untuk mencapai kejayaan.Ini adalah kerana hidup ini tidak selalu indah,langit tidak selalu cerah dek kerana mendung,suram malam tidak berbintang kerana ditutupi dengan awan malam,itulah yang dinamakan lukisan alam yang punya banyak rona yang melambangkan kebesaran-Nya...Ingatlah,setitis derita melanda,segunung kurnian datang dari-Nya..

Sekarang tidak perlu kita bersastera lagi…..Untuk menjadikan kita sebuah bintang yang bergemerlapan,intan berlian yang menjadi idaman,permata yang menjadi pujaan,kita mestilah berusaha kearah itu kerana yang bulat tidak akan datang bergolek,yang pipih tidak akan datang melayang.Onak dan duri perlu diredahi demi kehidupan ini.Allah telah menjanjikan kejayaan bagi sesiapa yang berusaha.Firman Allah S.A.W dalam surah Al-insyirah ayat 5 dan 6 yang bermaksud : sesungguhnya disamping kesusahan itu ada kesenangn…Allah ulang ayat tersebut dua kali….Juteru walau apa pun jua dugaan atau betapa susah sekali pun kita,ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kita dan yakinlah bahawa kita akan dapat menggapai impian kita cuma masanya sahaja yang belum tiba…Yakinlah pada-Nya dan jangan sesekali kita berputus asa dengan kurniaan-Nya…

P/S: I’ve seen a phrase which sound like this;…when you thing every thing is going wrong, it is Allah’s way to make you strong… so, always have faith on him….remember LAHAULAWALA QUWATAILLA BILLAH…