Friday, April 22, 2011

Dunia yang Sesat (Lost World)

Bismillahirrohmanirrohim...

Semalam, hamba dan rakan seunit yang lain telah pergi ke Lost World Of Tambun atas kapisiti melaksanan P & P pjk dibawah tajuk sukan dan rekreasi...

Agak rimas dengan suasana yang ada di situ... Jangan harapla nak ade pengasingan lelaki dan perempuan.....sampai je, hampir kesemuanya bertukar watak... jerit sana, jerit sini... Dah x macam pelatih guru dah... kami, hanya berkumpul di suatu tempat, merendamkan kaki dalam air... tak sanggup nak mandi... trdengar juga suara2 sumbang yang melihat kami hanya membasahkan kaki...

bagi menghiburkan hati yang duka, kami main juga, namun jauh sedikit supaya tidak kelihatan sangat dalam khalayak... Cuba sedaya upaya untuk tidak dilihat, dan melihat.... Agak tidak berpuas hati apabila kami ingin bermain gelongsor air tetapi hanya dibenarkan jika kami menukar pakaian kami.... atas alasan licin... memang tak masuk dek akal... Sabar je la...

"tak pe... nanti kita buat Islamic Lost World", hamba bersuara(nada memperli)...

Yang paling menyakitkan mata adalah, ada juga pelatih yang ambil peluang untuk berdating... Allahu Akbar...

Melihat suasana dalam Lost Wolrd, terdetik dalam hati hamba, ciptaan manusia tidak dapat menandingi ciptaan tuhan.. Air terjun yang semula jadi, laut yang luas terbentang jauh memberi ketenangan kepada kita berbanding taman tema air buatan manusia(Lost Wolrd). Terbayang deruan air, kicauan burung, hijaunya alam.... Subhanallah...






p/s: kadang kala kita terpaksa lakukan sesuatu yang kita tak suka, tetapi hadapinya dengan hati yang terbuka, dan tanganinya dengan hikmah serta fikiran yang waras....

Thursday, April 21, 2011

Rindu...

Bismillahirrohmanirrohim....

Tetibe je rase nak tatap gambar ni.... masihkah kalian ingat saat itu... hamba merindui saat ni... moga ukhuwwah yang terjalin kekal sampai syurga....











Wednesday, April 6, 2011

Kem MOC

Bismillahirrohmanirrohim....

Dengan nama Allah, hamba mula menulis....

Alhamdulillah... syukur ya robb atas segalanya...

Entry kali ni hamba nak kongsi pengalaman mengenai Kem MOC yang hamba dan sahabat anjurkan di Kem Hanifa, Gopeng yang diuruskan oleh En.Nizam...

Alhamdulillah... banyak yang hamba belajar daripada penganjuran kem tersebut.... pengalaman yang sangat berharga buat bakal seorang pendidik....hamba belajar bagaimana bermain dengan emosi memandangkan hamba diwatakkan dengan watak garang.... hamba juga belajar secara praktikal untuk memahami psikologi diri sendiri dan adik-adik yang menjadi peserta.. menyamakan tahap pemikiran kita dengan mereka ternyata suatu perkara yang sukar...selama ni, hanya belajar secara teori melalui pembacaan... masa kem tu la praktikaliti mengambil tempat teori yang difahami... Alhamdulillah... syukur kerana diri ini terpilih....

Kami berkampung disana selama 3 hari 2 malam, tetapi, hamba terpaksa pulang awal untuk menghadiri daurah yang membincangkan mengenai isu syi`ah... tapi x mengapalah... win2 situation... dua-dua dapat... pagi sebelum bertolak pulang, rasa berat untuk berpisah dengan para peserta program... ye la... baru je nak kenal-kenal, tup2 terpaksa pulang... moga ukhuwwah yang terjalin kekal sampai ke jannah.... Amin...

Dibawah, hamba kongsikan beberapa gambar yang sempat diambil...


Ketua fasi sedang khusyuk mengenakan life jacketnya....




Penolong ketua fasi yang baru selesai melakukan river tracking





Wajah pemangkin masa hadapan




kopi masin




Belon air




Persiapan makanan sebelum sarapan pagi





Riadah pagi




Macam pocong pun ade jugak.... kes kena "dera" dengan Kem komandan....




Hah... pumping...