Tuesday, March 29, 2011

Simposium di UTP

Bismillahirrohmanirrohim...

Alhamdulillah, syukur hamba rafakkan atas segala nikmat kurnianNya, hamba masih mampu untuk mengupdate blog yang dah lama tak di update...

Kesibukan menyebabkan kurangnya masa hamba untuk mengupdate blog sendiri... hamba dapat rasakan bahawa kesibukan ini akan berterusan sehingga ke bulan 4 & 5.... Allahu akbar... ujian... Moga diberi kekuatan dan dipermudahkan segala urusan...

26 dan 27 yang lalu hamba telah menghadiri sebuah simposium di UTP Seri Iskandar... Alhamdulillah, banyak maklumat yang diperoleh... terutamanya dalam sistem ekonomi dan kepimpinan islam... Syukur... tidak dapat hamba nak huraikan disini, betapa, kita telah banyak tertipu dan ditipu oleh barat... sistem kapitalis yang menjadi asas dalam sistem ekonomi yang dijalankan menjadikan kita terlalu bergantung kepada fiat money yang menguntungkan yang kaya dan mempapakan yang miskin... inflasi, krisis ekonomi dan sebagainya menjadi kesan daripada sistem ini.... bayangkan, jika U.S yang menguasai dunia dengan sistem ini musnah, maka wang kertas yang berada dalam dompet kita sudah tidak punya nilai lagi... Jadi, carilah investment yang lebih kukuh seperti membuat simpanan menggunakan dinar emas sebagai pelaburan jangka panjang...

Dalam konteks kepimpinan islam pula, banyak ditekankan mengenai kejayaan umat2 terdahulu seperti para sahabat dan pemimpin2 terdahulu.... contoh yang amat nyata ialah Rasulullah S.A.W, para sahabat, solahuddin al-ayubi, sulaiman al-qanuni, sultan Muhammad Al-fateh dan sebagainya... kejayaan mereka menguasai sepertiga dunia harus dicontohi... tujuan mereka menakluk hanya satu... menyebarkan agama yang tercinta... ISLAM..... ALlahu Akbar... betapa diri ini terlalu kerdil...

Ya Allah, Ampunkan hambamu ini... terlalu banyak melaklukan dosa dan noda, diri ini terlalu lemah ya robb...Berikan diri ini kekuatan ya Allah... untuk menjulang tinggi kalammu....



Monday, March 21, 2011

Sibuk Atau Rasa Macam Sibuk???




Bismillahirrohmanirrohim...

Dengan nama Allah, hamba mula menulis... Alhamdulillah, syukur ku ucapkan atas segala nikmat kurniannya....

Minggu ni terasa macam jadual amat pack... assignment, presentation, groupwork, n etc.... Banyak yang perlu dilselesaikan... tapi ye ke sibuk??? sibuk sangat ke??? erm.... entahla.... sibuk, tapi still lagi boleh update blog, still boleh blogging, sembang2 dan macam2 lagi....
Sibuk itu ujian
Kita sering disibukkan dengan urusan keduniaan... assignment, dan lain2 lagi... untuk apa ye??? markah exam, pointer tinggi dsb....penilaian dunia dan penilainya manusia.... tapi kita jarang disibukkan dengan urusan akhirat yyang lebih kekal.... memenuhkan dada dengan ilmu, mencari majlis2 ilmu... menghafaz hadis2 dan surah... kalau ade pun, subjek hafazan... tu pun hafal kerana terpaksa... jadi, macam mana Allah nak nilai kita atau pun in other words, kita bernilaikah ada pandangan Allah??? kita Allah pandang tak??? dah la tiap2 hari buat dosa padanya... tapi dia masih lagi bagi kita nikmatnya... kita??? Allah, malunya.... tak guna ponter tinggi, markah bagus,, tapi di sisi Allah,kita ni ZERO.... Nauzubillah... mohon dijauhkan...
Markah tu perlu, pointer tu pun perlu... tapi jangan terlalu nak kejar sangat pointer dan markah tu sampai hubungan dengan Allah dan sahabat2 yang lain terbengkalai... nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong bercicirian... kejar dunia untuk akhirat... dunia2 juga, akhirat jangan lupa... ingatlah, berusaha melakukan yang terbaik dalam semua perkara dan selebihnya, berserah... serahkan semua urusan kita kepada Allah... dia tahu apa yang terbaik untuk kita....
"carilah dunia ibarat kita akan hidup selammanya, dan pulunlah akhirat seolah2 kita akan pergi mengadapNya esok hari"
renung2kanlah phrasa tersebut... kejar dua2 bukan salah satu sahaja....
sebagai peringatan untuk diri hamba juga yang kadang2 mengeluh dengan tu dan ni... buat sahabat2 hamba, andai hamba terleka, sedarkanlah.... kerana, hamba juga insan biasa yang sentiasa melakukan kesilapan dalam menongkah arus kehidupan....

Monday, March 14, 2011

Walimah oh Walimah


Bismillahirrohmanirrohim...

Alhamdulillah, syukur hamba rafakkan buat robbul `izzati atas segala nikmat kurniannya, hamba masih mampu menghirup oksigen, melihat , mendengar dan berkata2... Sudah agak lama blog ini tidak dipenuhi dengan coretan hamba... bukan menyepi, tetapi, keadaan hamba yang agak sibuk menyebabkan hamba mengutamakan kerja2 yang perlu diselesaikan daripada mengupdate blog sendiri...

Semalam, hamba bersama keluarga, pergi menghadiri 2 walimah... sebagai memenuhi jemputan... Sunnah tu... Walimah yang pertama, hamba pergi, keadaannya agak sempit... mungkin disebabkan jalan yang sempit... namun bukan itu yang ingin dijadikan pokok perbincangan... sebaliknya, tidak diasingkan tempat untuk muslimin dan muslimat... terpaksa berasak2... hamba tak kisah jika perlu berasak2 jika semuanya perempuan... tetapi, ini bercampur... Allahu akbar... kebetulan betul2 depan dan belakang hamba lelaki... Ya Allah... rimasnya.... nasib baik pakcik2... tapi, yela... pakcik2 pun, laki jugak.... aduhai...

walimah yang kedua... Alhamdulillah... kawasan agak lapang... x payah nak berasak2 sangat... walaupun tiada pengasingan, lelaki dan perempuan, kedudukan khemah agak teratur, membolehkan tetamu berada dalam keadaan selesa.... dan yang paling menyejukkan hati... ada anak2 yatim sekali(ni adalah assumption hamba berdasarkan pakaian mereka dan kedudukan mereka)... terubat sikit hati yang tadinya agak resah dan gelisah...

Moralnya apa ye sahabat2 dan saudara2ku sekalian??? begini... kita kahwin dan buat walimah mesti nakkan barokah kan... kalau nak barokah, buatlah mengikut cara islam... jangan terlalu melampau... kalau boleh, jika jalan sempit, buat pengasingan khemah bagi lelaki dan perempuan... supaya ikhtilat lebih terjaga...bagi yang mempunyai kawasan yang luas juga boleh mempraktikannya bagi menjaga batas2 dalam agama...nak lagi barokah, jemput anak2 yatim, orang2 miskin makan sekali, semeja dengan yang kaya tanpa mengira pangkat mahupun harta...disitu, ukhuwwah bisa terbina.... Islam itu indah, lagi indah jika dipraktikkan...



sama2 kita ambil iktibar....