Sunday, September 4, 2011

Corat Coret Aidil Fitri 3

Kumulakan dengan lafaz bismillahirrohmanirrohim...

"Salam.. Selamat pulang... Take care... All the best 4 trial and STP..."

butang Send ditekan...

Message sent...

Beberapa minit kemudian...

1 message receive...

"W`salam, syukran ya... Uhibbuki Fillah (smily), Selamat pulang jugak... Semoga sama2 berjaya dalam bidang yg d`ceburi utk Islam... Amin"

Rasa nak nagis bila seorang sahabat reply message macam tu... mendoakan kejayaan bersama... tanpa ada sekelumit rasa cemburu pada kejayaan masing-masing... Sesungguhnya ukhuwwah itu indah jika berpaksikan mencari keredhaan Allah...

Teringat hari-hari yang kami lalui bersama... Bermula dari sekolah rendah sehinggalah zaman sekolah menengah... Sekelas semasa sekolah rendah dan terpaksa berpisah semasa sekolah menengah... Hamba di sekolah biasa dia, menyambung perjuangan di salah sebuah SMKA di Perak... Waktu cuti digunakan untuk berjumpa dan berbincang mengenai pelajaran.... boleh tersenyum sendirian dibuatnya...

Pernah ku panjatkan doa pada yang maha Esa:
"Ya Allah kurniakan aku seorang teman seperti mana yang dikatakan rasulmu, tatkala aku melihatnya mengingatkan aku pada-Mu, tatkala berbicara dengannya bertambah ilmuku... Andai dia adalah insan yang aku kenali, maka tunjukkanlah..."

Doa itu hamba ulangi setiap kali solat kerana pada masa itu terasa kekosongan dalam persahabatan... ramai teman yang hamba kenali tidak mengingatkan hamba padaNya... Hamba khuatir...

Suatu hari...

Hamba menerima satu message dari sahabat hamba diatas... hamba lupa kata-kata yang awal, tetapi bait tulisannya yang akhir masih segar dalam ingatan...

".... Kalau enti bangun awal, jangan lupe kejut ana(maksudnya buat qiam sama2 walaupun tempat lain2)... Kita doakan kejayaan bersama..."

Menitis air mata... Syukur... Doa dijawab...

"InsyaAllah... enti pun sama... Kalau bangun awal kejut ana jugak..." hamba membalas....

Dalam Message yang menghubungkan kami, sering kali diselitkan dengan kata-kata "I Love You"... tanda cinta dan kasih seorang sahabat... kata-kata itu ditulis dan diselitkan hampir setiap kali kami bertanya khabar... penghubung kasih...

Alhamdulillah... Syukur... Terima kasih Allah kerana mengurniakan daku seorang sahabat yang solehah... Moga hamba juga mampu menjadi sahabat yang solehah juga buat dirinya...


Ya Allah, 
pintaku, 
peliharalah dia..
Ampuni segala dosa-dosanya...
Rahmatilah dia...
Kurniakan kejayaan buatnya didunia dan akhirat..
Kukuhkan ukhuwah antara kami di dunia ini...
Pertemukanlah kami di syurgamu...
Ameen...



p/s: Moga ukhuwwah yang terjalin kekal sampai syurga... Moga hamba dapat berjumpa dengan teman-teman yang sebegini lagi... makin ramai teman sebegini, makin dekat daku dengan pencipta...


Saturday, September 3, 2011

Corat Coret Aidil Fitri 2

Bismillahirrohmanirrohim...

Alhamdulillah... syukur dirafakkan buat robbul `izzati atas limpah kurnianya hamba masih lagi dalam nikmat iman dan Islam... Raya-raya ni terajen pulak hamba mengupdate blog.... mungkin banyak perkara yang berlaku yang menyesakkan fikiran membuatkan hamba termotivasi untuk menulis....


Kembali Bersua

Alhamdulillah, raya tahun ni, berpeluang jumpa rakan-rakan sekelas dulu... walapun berapa kerat sahaja yang datang, namun, itu sudah cukup untuk melepaskan rindu yang bertamu... thanks for coming... Walakin my dear friends, you changed a lot, almost 270 degree, which i think caused by your surrounding... PERHAPS.... Hmmm... May you and me get back on the right track... Ameen...


Kisah Lama

Sembang punya sembang tiba-tiba terkeluarlah kisah yang berlaku empat tahun dulu yang dimulakan oleh si X... yg x tahu jd tahu... Hamba hanya buat-buat tak tahu... maaflah... I don`t want to talk about that anymore... and one more thing, tolong jangan buat assumption sendiri jika tak tahu kisah yang sebenar... cukuplah luka itu hanya sekali...  i don`t want to feel the same pain anymore... let Her be... May that person changed... Ameen...



Moral of both stories:
  1. sometimes, ada perkara yang kita tidak perlu ceritakan walaupun pada kenalan atau orang yang paling rapat pada kita and you have to respect that person for his or her privacy. They have their right dan janganlah berkecil hati untuk itu... 
  2. Usah cerita aib orang... ingatlah, kita juga punya keaiban...
  3. Never ever make your own assumption towards something you don`t even know about it... silap-silap hari bulan berlaku fitnah pulak... Dosa orang yang memfitnah sama dengan dosa membunuh.... Senang cerita, husnu zhan aje lah... kita tak sakit hati... betul tak...
  4. Try to control your emotion... no mater how much they surprised you up, don`t show your surprised look to them. Remember, they are still your friends and the most important thing is do not run away from them..  Try to get them back on right track...  



~ Corrrect me if i am wrong ~




p/s: sape2 yang ade solution untuk kisah yang pertama boleh kongsi kat comment kat bawah untuk sama-sama kita bantu sahabat-sahabat kita... hamba yakin, bukan hamba seorang sahaja yang berhadapan dengan perkara sebegitu....  Moga sedikit perkongsian ini Allah terima.... Ameen...