Sunday, September 4, 2011

Corat Coret Aidil Fitri 3

Kumulakan dengan lafaz bismillahirrohmanirrohim...

"Salam.. Selamat pulang... Take care... All the best 4 trial and STP..."

butang Send ditekan...

Message sent...

Beberapa minit kemudian...

1 message receive...

"W`salam, syukran ya... Uhibbuki Fillah (smily), Selamat pulang jugak... Semoga sama2 berjaya dalam bidang yg d`ceburi utk Islam... Amin"

Rasa nak nagis bila seorang sahabat reply message macam tu... mendoakan kejayaan bersama... tanpa ada sekelumit rasa cemburu pada kejayaan masing-masing... Sesungguhnya ukhuwwah itu indah jika berpaksikan mencari keredhaan Allah...

Teringat hari-hari yang kami lalui bersama... Bermula dari sekolah rendah sehinggalah zaman sekolah menengah... Sekelas semasa sekolah rendah dan terpaksa berpisah semasa sekolah menengah... Hamba di sekolah biasa dia, menyambung perjuangan di salah sebuah SMKA di Perak... Waktu cuti digunakan untuk berjumpa dan berbincang mengenai pelajaran.... boleh tersenyum sendirian dibuatnya...

Pernah ku panjatkan doa pada yang maha Esa:
"Ya Allah kurniakan aku seorang teman seperti mana yang dikatakan rasulmu, tatkala aku melihatnya mengingatkan aku pada-Mu, tatkala berbicara dengannya bertambah ilmuku... Andai dia adalah insan yang aku kenali, maka tunjukkanlah..."

Doa itu hamba ulangi setiap kali solat kerana pada masa itu terasa kekosongan dalam persahabatan... ramai teman yang hamba kenali tidak mengingatkan hamba padaNya... Hamba khuatir...

Suatu hari...

Hamba menerima satu message dari sahabat hamba diatas... hamba lupa kata-kata yang awal, tetapi bait tulisannya yang akhir masih segar dalam ingatan...

".... Kalau enti bangun awal, jangan lupe kejut ana(maksudnya buat qiam sama2 walaupun tempat lain2)... Kita doakan kejayaan bersama..."

Menitis air mata... Syukur... Doa dijawab...

"InsyaAllah... enti pun sama... Kalau bangun awal kejut ana jugak..." hamba membalas....

Dalam Message yang menghubungkan kami, sering kali diselitkan dengan kata-kata "I Love You"... tanda cinta dan kasih seorang sahabat... kata-kata itu ditulis dan diselitkan hampir setiap kali kami bertanya khabar... penghubung kasih...

Alhamdulillah... Syukur... Terima kasih Allah kerana mengurniakan daku seorang sahabat yang solehah... Moga hamba juga mampu menjadi sahabat yang solehah juga buat dirinya...


Ya Allah, 
pintaku, 
peliharalah dia..
Ampuni segala dosa-dosanya...
Rahmatilah dia...
Kurniakan kejayaan buatnya didunia dan akhirat..
Kukuhkan ukhuwah antara kami di dunia ini...
Pertemukanlah kami di syurgamu...
Ameen...



p/s: Moga ukhuwwah yang terjalin kekal sampai syurga... Moga hamba dapat berjumpa dengan teman-teman yang sebegini lagi... makin ramai teman sebegini, makin dekat daku dengan pencipta...


2 comments:

~narah~ said...

Assalamualaikum... ^_^ ... tersentuh bila baca entry nie... indahnya ukhuwah jika kerana Allah...

syafiqah said...

Wa~alaikumussalam...

Sohih ya habibati... segala yang dilakukan berpaksikan keredhaannya pasti akan terasa manisnya...

Ukhuwwah fillah abadan abada... =)