Tuesday, April 24, 2012

Rasa Hati


Berat...
Terlalu berat untuk aku ungkapkan,
Mulutku kelu untuk menyatakan,
Biarlah aksara yang menerangkan
Betapa hati ini pilu.

Telah aku cuba sedaya upaya,
Untuk membaiki retak yang ada,
Ego telahku lebur
Jabat tangan telah kuhulur
Mohon disambut.
Namun, tangan yang menyapa hanya selamba.
Mungkin hilang aku padamu tiada makna,
Mati aku perkara biasa,
Tiada yang istimewa.

Apa masih perlu aku teruskan?
Atau hanya berhenti sahaja disini?

Maka, terpulanglah..
Berpisah
Atau
Bersatu.







No comments: