Wednesday, January 19, 2011

Di sebalik Tindakan Itu



Bismillahirrohmanirrohim...

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani hamba mula menulis... Alhamdulillah, syukur hamba panjatkan padaNya atas limpah Kasih sayangnya, diri ini masih bisa melihat alam yang fana ini... Apa yang ingin hamba nukilkan disini, hanya sebuah pemerhatian, cetusan minda hamba yang lemah serba serbi... Ambillah yang baik, dan campaklah jauh-jauh mana yang buruk...

Dalam perjalanan hamba ke bilik di kolej kediaman pelajar setelah solat subuh di Pusat Islam, tiba-tiba, hamba dikjutkan dengan pengumuman ;

" Perhatian kepada pelajar unit pendidikan Islam yang tidak turun menunaikan solat subuh secara berjemaah, sila berada di HEP untuk berjumpa dengan Ustaz Zakaria sebelum jam 8.00 Pagi..."

******* Beberapa jam Berlalu*********

Hamba bertanya kepada mereka yang berkenaan, apa kata ustaz??? kerana hamba yakin, ustaz tidak akan marah... Beliau hanya akan mengur dan memberi nasihat serta memberi sedikit "homework" sebagai denda kepada pelajar...

"Ustaz tak de cakap apa, just suruh kiteorang sediakan pamplet mengenai solat" jawab salah seorang...

Hmmm....

Minda ini ligat mentafsir... alangkah halusnya cara ustaz mentarbiah anak didiknya...

Kenapa dipilih tajuk solat?? bukan tajuk lain??? dan mengapa pamplet bukan sinopsis atau dalam format yang lain???

Mereka diarah berjumpa kerana apa??? kerana tak solat subuh secara berjemaah... solat tu solat cuma bukan secara berjemaah... di bilik masing2... mungkin mereka nak turun, tetapi ada perkara lain yang menghalang seperti terbangun lambat kerana menyiakan Homework pada waktu malamnya dan hanya terjaga setelah mendengar azan subuh berkumandang atau atas sebab-sebab yang lain... justeru, ustaz memilih tajuk solat... supaya pelajar itu mencari... apa-apa sahaja tentang solat... hamba pasti, google saja tentang solat, pasti banyak maklumat yang keluar dan hamba juga yakin bahawa hampir kesemuanya tentang kelebihan solat, falsafah disebalik solat, hikmah, doa dan apa2 sahaja...dan semuanya Pasti menyatakan KEBAIKAN SOLAT...

Denda yang diterima membolehkan pelajar ini mendapat suatu input mengenai solat... sebagai pelajar unit agama, hamba pasti, hati mereka mesti subur dan lembut kerana sering dibajai dengan tazkiyatun nafs yang dapat mendidik dan mentarbiah jiwa... justeru, hati2 pelajar ini akan mudah tersentuh, mungkin dengan kelebihan solat secara berjemaah dan lain2 perkara... Dan mungkin melalui maklumat yang mereka peroleh itu, mereka akan menjejakkan kaki ke surau secara sukarela dan akan lebih mujahadah dalam istiqamah beribadah...

Pada amatan hamba, kita ini selaku manusia yang lemah, kadang2 terlalu inginkan kebaikan, tetapi, kadang tak dapat... kadang2 kita inginkan kebaikan, tetapi usaha kita tidak seberapa... sekelumit cuma... kadang2 kita ingin mengorak langkah, tetapi kadang2 kaku , justeru, pembimbing atau pemula langkah diperlukan untuk merangsang pergerakan itu... hamba harap tuan hamba semua faham analogi ini...

Ambillah segalanya sebagai tarbiah daripada Allah kerana atas kasih dan sayangnya, dia masih mengutus seseorang untuk memperbetulkan kesilapan kita supaya kita bisa menjadi hamba yang menggapai segulung ijazah redho dan kasihnya dengan keputusan kepujian kelas pertama...

Allahu`alam...


Sunday, January 16, 2011

Festival Ukhuwwah

Bismillahirrohmanirrohim...

Alhamdulillah dipanjatkan kepada Ilahi atas limpah dan kurnia darinya, hamba masih bisa bernafas saat ini...

Jumaat hingga hari Ahad... festival ukhuwwah berlangsung... Alahmdulillah... semuanya berjalan dengan lancar... Banyak yang dipelajari... Syukran kepada pihak penganjur yang menganjurkan program ni... bukan senang nak buat... Alhamdulillah... dalam program ni jugak hamba dapat kenali akak2 senior dengan lebih rapat... Semuanya kene usik dengan hamba(seronok usik mereka... macam2 reaksi...). saja nak bermanja... hamba x de kakak... pada merekalah menumpang kasih... kan orang islam itu bersaudara... sudah hamba anggap mereka seperti kakak sendiri...maaf ye akak2 sekalian andai ada terkasar bahasa dan tersilap tingkah... moga ukhuwwah kita kekal sampai syurga...Amiin...

sedikt refleksi buat diri sendiri sepanjang program...

  • pengisian program- Alhamdulillah... semuanya memang mentarbiah diri... cuma masa memasak ade muslimin kat dapur...tak selesa nak buat kerja... satu pesanan buat diri ini dan pembaca sekalian... jaga batas pergaulan... tak kira dimana berada... awasi apa yang diperkatakan dan dibincangkan...
  • forum- amat menarik dan membuka minda..."Mahasiswa Islam Unggul antara Impian dan Harapan).... hujah yang dikeluarkan amat bernas... tabik spring kat ahli panel... cuma masa singkat sangat rasanya... tak mengapalah... lepas ni, kita anjurkan agi...
  • senamrobik dan sukaneka- antara senamrobik yang paling kelakar yang pernah hamba join... macam2 gaya ada... bersenam sambil ketawa... sukaneka yang dirancang juga memang menguji... yang paling tak tahan semasa terpaksa berdiri ramai2 atas satu kepingan surat khabar selama 2 minit... thanks buat kak zu sebagai leader kumpulan yang sentiasa mengingatkan kami semua dan sentiasa memberi motivasi walaupun perkara itu tampak remeh... "sanggup berkorban untuk sahabat".... thanks akak...
  • terlalu banyak usik orang dan ketawa- Allahuakbar... tak dinafikan, ketawa itu muzik jiwa... namun, terlalu banyak ketawa menyebabkan hati keras... dan tanda2nya dah ada... kene cepat ubati... so, lepas ni, kurangkan usik orang lain, dan kurangkan ketawa, banyakkan senyum... moga Allah permudahkan...
p/s: semoga ukhuwwah yang terjalin antara kita kekal sampai ke syurga.... Amiiin.....

Wednesday, January 12, 2011

Hmmm

Jam lebih kurang 8.40pm...

pintu bilik hamba diketuk dan sayup-sayup kedengaran suara memanggil "Ummi....(nama yang sahabat2 hamba pangil hamba)"

"ye.. masuk la" hamba menyahut... pintu dikuak... ketahuilah sudah siapa empunya suara yang memanggil hamba... sahabat itu masuk dan duduk ...

"buat ape?" tanyanya...

"tak de ape... saje baring-baring kejap... sebelah badan saye sakit..." jujur hamba menjawab....

"Ummi, awak nak masuk tak pidato??? Wakil IPG untuk peringkat negri Perak???" sahabat itu bertanya...

"Eh, kenapa saya pulak??? orang lain tak ada ke???" hamba membalas soalanya dengan soalan, bukan jawapan...

"saya mana layak... kenapa awak tak masuk???" hamba menyambung...

"Saye tengok awak boleh la... saye nak balik cuti ni... " jawabnya...

"Bila pertandingannya?" soal hamba lagi...

"30 hb ni... 28hb tu saye nak balik dah... kan dah start cuti.." dia menjawab...

"oh, baru teringat, cuti tahun baru cina ye... lupa pulak... " hamba menjawab...

Pada awalnya hamba agak tertarik memandangkan ia boleh menjadi suatu pengalaman yang baru.. sebab zaman sekolah memang tak nak masuk pidato... masuk forum remaja, sayarahan, kuiz agama dan kuiz sejarah sahaja... tak cukup masa nak masuk semua... yang lain-lain, bagi sahabat-sahabat hamba yang lebih hebat masuk... Cerita punya cerita mengenai pidato tu, tiba-tiba

"En. tu nak wakil pidato bla...bla..(tak ingat ayat tengah ni) PUTERI UMNO..." katanya jujur menerangkan

"PUTERI UMNO??? maksud awak??? saye tak faham la..." hamba menyoal kembali...

"En. tu nak wakil pidato, dua orang, untuk wakil negeri Perak, anjuran PUTERI UMNO..." jelasnya...

"Maafla... kalau macam tu saya tak nak la... kalau puteri Pas yang buat ok lagi... tapi kalau UMNO tak nak la... karang lain pulak jadinye... kalau pidato tu memang untuk wakil IPG aje, tak pe... " Jawab hamba...

"Bukan apa, saya fikir macam ni, nanti kalau kita yang masuk karang dia ingat kita itu kita ini, pastu karang tak pasal-pasal sangkut..." hamba menambah... dia mengangguk...

"tu pun salah satu sebab kenapa saye tak nak masuk... selain nak balik cuti raya cina tu..." jawabnya jujur...

sembang punya sembang, akhirnya dia bertanya

"Betul ni awak tak nak ni...???" soalnya mendapatkan kepastian...

"Ha`ah..tak nak lah saye..." balas hamba...


Hamba ingin menarik perhatian Tuan hamba semua, bagaimana cara yang dilakukan oleh pihak2 tertentu untuk menarik orang lain terhadap sesuatu... sungguh licik... menggunakan pelajar IPT.... mungkin betul apa yang hamba tafsirkan disini dan mungkin juga salah... tetapi, itulah hakikanya.... Daripada tajuk-tajuk pidato yang disenaraikan dalam kertas tadi, tidak ada satu isu pun tentang Islam yang disenaraikan... hmmm... mungkin tajuk2 lain boleh dikaitkan dengan Islam... tetapi berapa banyak??? terlalu sedikit kalau kita nak kaitkan dengan islam... MAIN pointnya, tidak mendapat didikan agama yang cukup... dan yang akan dipersalahkan confirm2la ibu , bapa dan guru... nak cakap lebih-lebih tak boleh....hmmmm...... semua tajuk2 tersebut, selalu sangat jadi bahan perbincangan dalam forum yang mana hamba rasa, merupakan platform terbaik untuk dibincangkan kerana adanya respon... tetapi kalau tajuk tersebut dipidatokan, agak susahla...dah la tiada respon... yang ada hanya input... tiada output.... Aduh, parah2...

Salah satu Objektifnya(pertandingan ni):

untuk melahirkan seorang pemidato yang hebat dalam berhujah, yakin dan.... (lebih kurang la...hamba dah tak ingat dah ayatnya)... cuba fikir... nak buat apa ya pandai berhujah, yakin... dan penganjurnya PUTERI UMNO.... Hmmm....

Sekdar renungan buat hamba dan tuan hamba semua... yang mana baik, kita jadikan tauladan yang mana buruk kita jadikan sempadan....

Apa yang tercatat disini, hanyalah cetusan minda seorang hamba yang hina.... mohon kemaafan andai ada yang terasa hati, tersinggung jiwa...


p/s: UMNO perjungkan Isu ketuanan Melayu... Pas perjuangkan Islam(tak kira bangsa, yang penting Islam)... kalau kita mati, kita pilih mana??? mati dalam keadaan masih melayu atau masih Islam??? fikir2 la....



Friday, January 7, 2011

Selamat Hari Lahir Bonda

Bismillahirrohmanirrohim...


Selamat Hari Lahir buat bonda tersayang, Salamiah binti Mohd Nasir atas ulangtahun kelahiran yang ke 48. Semoga mak sentiasa diberkti, dirahmati dan diredhoi olehnya selalu... Terima kasih atas segala pengorbananmu dalam mendidik
anakmu ini... Mak, I LOVE YOU VERY MUCH... Thanks for everything....Doakan kejayaan anakmu ini di dunia dan di akhirat....