Wednesday, January 19, 2011

Di sebalik Tindakan Itu



Bismillahirrohmanirrohim...

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani hamba mula menulis... Alhamdulillah, syukur hamba panjatkan padaNya atas limpah Kasih sayangnya, diri ini masih bisa melihat alam yang fana ini... Apa yang ingin hamba nukilkan disini, hanya sebuah pemerhatian, cetusan minda hamba yang lemah serba serbi... Ambillah yang baik, dan campaklah jauh-jauh mana yang buruk...

Dalam perjalanan hamba ke bilik di kolej kediaman pelajar setelah solat subuh di Pusat Islam, tiba-tiba, hamba dikjutkan dengan pengumuman ;

" Perhatian kepada pelajar unit pendidikan Islam yang tidak turun menunaikan solat subuh secara berjemaah, sila berada di HEP untuk berjumpa dengan Ustaz Zakaria sebelum jam 8.00 Pagi..."

******* Beberapa jam Berlalu*********

Hamba bertanya kepada mereka yang berkenaan, apa kata ustaz??? kerana hamba yakin, ustaz tidak akan marah... Beliau hanya akan mengur dan memberi nasihat serta memberi sedikit "homework" sebagai denda kepada pelajar...

"Ustaz tak de cakap apa, just suruh kiteorang sediakan pamplet mengenai solat" jawab salah seorang...

Hmmm....

Minda ini ligat mentafsir... alangkah halusnya cara ustaz mentarbiah anak didiknya...

Kenapa dipilih tajuk solat?? bukan tajuk lain??? dan mengapa pamplet bukan sinopsis atau dalam format yang lain???

Mereka diarah berjumpa kerana apa??? kerana tak solat subuh secara berjemaah... solat tu solat cuma bukan secara berjemaah... di bilik masing2... mungkin mereka nak turun, tetapi ada perkara lain yang menghalang seperti terbangun lambat kerana menyiakan Homework pada waktu malamnya dan hanya terjaga setelah mendengar azan subuh berkumandang atau atas sebab-sebab yang lain... justeru, ustaz memilih tajuk solat... supaya pelajar itu mencari... apa-apa sahaja tentang solat... hamba pasti, google saja tentang solat, pasti banyak maklumat yang keluar dan hamba juga yakin bahawa hampir kesemuanya tentang kelebihan solat, falsafah disebalik solat, hikmah, doa dan apa2 sahaja...dan semuanya Pasti menyatakan KEBAIKAN SOLAT...

Denda yang diterima membolehkan pelajar ini mendapat suatu input mengenai solat... sebagai pelajar unit agama, hamba pasti, hati mereka mesti subur dan lembut kerana sering dibajai dengan tazkiyatun nafs yang dapat mendidik dan mentarbiah jiwa... justeru, hati2 pelajar ini akan mudah tersentuh, mungkin dengan kelebihan solat secara berjemaah dan lain2 perkara... Dan mungkin melalui maklumat yang mereka peroleh itu, mereka akan menjejakkan kaki ke surau secara sukarela dan akan lebih mujahadah dalam istiqamah beribadah...

Pada amatan hamba, kita ini selaku manusia yang lemah, kadang2 terlalu inginkan kebaikan, tetapi, kadang tak dapat... kadang2 kita inginkan kebaikan, tetapi usaha kita tidak seberapa... sekelumit cuma... kadang2 kita ingin mengorak langkah, tetapi kadang2 kaku , justeru, pembimbing atau pemula langkah diperlukan untuk merangsang pergerakan itu... hamba harap tuan hamba semua faham analogi ini...

Ambillah segalanya sebagai tarbiah daripada Allah kerana atas kasih dan sayangnya, dia masih mengutus seseorang untuk memperbetulkan kesilapan kita supaya kita bisa menjadi hamba yang menggapai segulung ijazah redho dan kasihnya dengan keputusan kepujian kelas pertama...

Allahu`alam...


No comments: