Tuesday, August 21, 2012

Antara Sedih, Rimas & Bersalah

Bismillahirrohmanirrohim..

Alhamdulillah, kita selamat menjalani ibadah puasa pada tahun ini.

Ramadan baru berlalu 3 hari. Sedih masih terbuku di hati. Mana tahu ini Ramadan terakhir buat hamba.

Rasa sedih, rimas dan bersalah menyelubungi diri. Almakumlah, waktu raya macam ni, aurat dan ikhtilat ramai yang tak jaga. Hamba tidak mampu untuk berhadapan dengan suasana yang begitu; rimas. Lantas langkah disusun menuju ke bilik. Jari menari diatas keyboard mencari sedikit pengsian di laman you tube. Maaf, bukan aku membiarkan, namun hati ini tidak tenang berada disitu. Tidak ada tanda bahawa hamba akan mengingati sang pencipta jika hamba terus berada disitu.

Melihat ramai yang masih dalam kejahilan, hati ini diruntun rasa sedih. Ramai yang berjaya, tetapi agama hanya pada masa yang tertentu sahaja. Terasa keseorangan bila berkumpul ramai begini. Hanya Allah peneman yang abadi. Allah, berilah kefahaman yang sama buat saudara dan ahli keluargaku Ya Rob. Berikanlah kami petunjuk dan hidayahmu.


Rasa bersalah menyelubungi diri lantaran terlalu lemah dalam berdakwah. Apakah hanya dengan hati? Apa yang ingin kujawab dihadapanNya nanti? Mesti Allah dan Rasulullah kecewa dengan hamba.. Allah, ampunkan hambamu ini. Aku tidak berdaya. Tiupkanlah kekuatan dan kesabaran dalam diri ku.. Aku mohon..


Click to enlarge



Click to enlarge



Ketaatan itu anugerah, jadi mohonlah padanya agar kita kekal menjadi hambaNya yang taat..

Moga kita terus thabat pada jalan ini. Ameen..





No comments: