Thursday, December 16, 2010

Bintang

Bilsmillah.......

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani hamba mula menulis... Alhamdulillah syukur hamba panjatkan buat Robbul `Izzati atas segala limpahan kurnianya... Moga dapat hamba manfaatkan segala yang dikurniakan pada jalannya insyaAllah...

BINTANG
Subhanallah,
Terang bintang Vega,
Megah di rasi Lyra,
Demikian bintang Arcturus,
Gemerlap di rasi Bootes

Vega dan Arcturus,
Dua bintang antara jutaan,
Indah menawan,
Menghiasi langit malam.

Ramai kagum kecantikan Vega,
Ramai teruja pesona Arcturus,
Kedua-duanya bintang terbilang,
Cahaya terang benderang.

Vega dan Arcturus,
Antara jutaan bintang,
Membentuk navigasi,
Petunjuk musafir kesesatan.

Vega paling terang,
Pendapat sesetengah orang,
Tidak! Arcturus paling terang,
Sangkal sesetengah yang lain.

Vega dan arcturus,
Kedua-duanya bintang yang terang,
Terhijab dek ketaksuban,
Ternafi dek keegoan.

Vega dan Arcturus,
Para pemujanya berpecah,
Berkeras dengan pendirian,
Saling menyalahkan.

Si Vega dan Si Arcturus,
Turut berselisihan, bercakaran,
Melepaskan meteorit amarah,
Saling menunjuk gagah.

Menangis bintang Sirius,
Di rasi Caris Major,
Ia antara jutaan bintang,
Rindukan penyatuan,

Syahdu rayuan Sirius,
Hanya terbenam di qalbu,
Siapalah aku sebuah Sirius,
Untuk menyatukan Vega dan Arcturus.

Gemersik doa Sirius,
Beralun membuai malam,
Satukanlah Vega dan Arcturus,
Kerana kedua-duanya bintang terbilang.

Sirius berbisik hikmah,
Berlapang adalah pada pendapat,
Ia antara betul dan salah,
Bukan hak dan batil,
Hanya furuk dan khilafiah,
Bukan akidah dan asas.
Kembalilah Vega dan Arcturus,
Pada penyatuan dan kasih sayang,
Kita hanya gas dan debu bernama nebula,
Bantu musafir mencari pedoman.

Sebuah Sirius hina setia berdoa,
mencari persamaan bukan perbezaan,
mendekatkan bukan menjauhkan,
menyatukan bukan memecahkan.

ALgol, Folaris, Mira,
Antara jutaan bintang,
Turut bercahaya gemilang,
Saling melengkapkan.

Algol, Folaris, Mira,
Tokoh bintang yang makin tiada,
Dimusuhi ledakan supernova,
Sirius merintih rindukan mereka.

Musafir keliru sendiri,
Vega dan Arcturus terus kelahi,
Doa musafir tulus dan suci,
Hadirkan pemimpin untuk kami.


Pasti ramai yang pernah membaca novel Syabab Musafir Kasih karya Fatimah Syarha Mohd Noodin dan pasti ramai yang pernah terbaca sajak ini dalam novel tersebut... Amat mendalam maksudnya... Boleh ditafsir dari pelbagai sudut... Bersama kita ambil iktibar...


p/s: Buat sesiape yang rajen, cari la gambar bintang tu satu-satu...

No comments: