Wednesday, November 17, 2010

Bismillah...

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, hamba mula menulis... Alhamdulillah, syukur dirafakkan buat robbul `izzati kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya, hamba masih bernafas lagi saat ini...

Alhamdulillah, Hari ini hamba genap 18 tahun... Selamat pendek umur duhai diriku... Waktumu untuk bermain diatas dunia ini makin singkat... Moga allah pandu hidup hamba agar tidak terus leka...

Tadi sempat berbincang dengan seorang sahabat mengenai persatuan yang kami rancang ingin tubuhkan... hasrat dihati, ingin ku ajak teman2 yang lain... tetapi, bersediakah mereka??? kerana, lepas ini, laluan pastinya sukar... banyak onak dan durinya... x mengapalah, mereka memerlukan masa... ingat, kita hanya mampu menyeru... selebihnya, serahkan sahaja padanya... Kerana hati mereka miliknya... teringat kata2 seorang kakak yang ku kenali... "tarbiah itu memerlukan masa...tidak sesuai pada mereka yang gopoh ingin menggapai kejayaan..." Mendalam maksudnya...

Esok, pulang ke IPG... Sedeh pula rasanya nak tinggalkan sahabat2... Tak mengapalah... Mereka yang betemu dan berpisah kerana Allah, ganjarannya syurga... Ada jodoh, InsyaAllah, bertemu kembali di lain hari... Jika tiada, moga kita berjumpa disyurga.... Ameen...

Disini, hamba nak ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha buat semua umat islam amnya dan mereka yang mengenali diri ini khususnya... Maaf hamba pohon atas segala salah dan silap sepanjang perkenalan... Halalkan segala makan minum dan ilmu yang diberi kepada hamba... semoga Allah memberkati hidup kita sentiasa...

No comments: