Tuesday, August 21, 2012

Antara Sedih, Rimas & Bersalah

Bismillahirrohmanirrohim..

Alhamdulillah, kita selamat menjalani ibadah puasa pada tahun ini.

Ramadan baru berlalu 3 hari. Sedih masih terbuku di hati. Mana tahu ini Ramadan terakhir buat hamba.

Rasa sedih, rimas dan bersalah menyelubungi diri. Almakumlah, waktu raya macam ni, aurat dan ikhtilat ramai yang tak jaga. Hamba tidak mampu untuk berhadapan dengan suasana yang begitu; rimas. Lantas langkah disusun menuju ke bilik. Jari menari diatas keyboard mencari sedikit pengsian di laman you tube. Maaf, bukan aku membiarkan, namun hati ini tidak tenang berada disitu. Tidak ada tanda bahawa hamba akan mengingati sang pencipta jika hamba terus berada disitu.

Melihat ramai yang masih dalam kejahilan, hati ini diruntun rasa sedih. Ramai yang berjaya, tetapi agama hanya pada masa yang tertentu sahaja. Terasa keseorangan bila berkumpul ramai begini. Hanya Allah peneman yang abadi. Allah, berilah kefahaman yang sama buat saudara dan ahli keluargaku Ya Rob. Berikanlah kami petunjuk dan hidayahmu.


Rasa bersalah menyelubungi diri lantaran terlalu lemah dalam berdakwah. Apakah hanya dengan hati? Apa yang ingin kujawab dihadapanNya nanti? Mesti Allah dan Rasulullah kecewa dengan hamba.. Allah, ampunkan hambamu ini. Aku tidak berdaya. Tiupkanlah kekuatan dan kesabaran dalam diri ku.. Aku mohon..


Click to enlarge



Click to enlarge



Ketaatan itu anugerah, jadi mohonlah padanya agar kita kekal menjadi hambaNya yang taat..

Moga kita terus thabat pada jalan ini. Ameen..





Friday, July 6, 2012

Kadang-kadang

Bismillahirrohmanirrohim...

Alhamdulillah... syukur atas semua nikmat...

Entry kali ni, hamba x nak taip panjang-panjang.. Biarlah contengan dibawah merungkai segala..

Kadang-kadang hamba rasa macam kat bawah ni:








Saturday, May 26, 2012

Pada Harta Kita Ada Hak Orang Lain

Bismillahiroohamnirrohim...




Satu gambar menggambarkan banyak perkara... Bersama kita ambil ibrah...





Thursday, May 24, 2012

Penantian Itu Satu Penyiksaan



Rasa itu kembali menerpa,
Menjadikan dadaku berombak,
Menahan gelojak,
Sebak..

Perlahan-lahan manik-manik jernih jatuh,
Mengenang payahnya perjuangan,
Betapa sukarnya untukku menyusun langkah,
Aku ketandusan hujah.

Disaat tiada yang memahami,
Niatku pula disalah erti.
Insan yang kuharap memberi sokongan,
rupanya ia hanya bayangan.

Ya allah,
Andai ini keperitan yang perlu kutanggung,
Untuk menegakkan agamamu,
Aku redha,
Akan ku tunggu saat itu..
Moga akan ada nur hidayahmu dihadapan.



Sungguh penantian itu satu penyiksaan..

Tuesday, April 24, 2012

Rasa Hati


Berat...
Terlalu berat untuk aku ungkapkan,
Mulutku kelu untuk menyatakan,
Biarlah aksara yang menerangkan
Betapa hati ini pilu.

Telah aku cuba sedaya upaya,
Untuk membaiki retak yang ada,
Ego telahku lebur
Jabat tangan telah kuhulur
Mohon disambut.
Namun, tangan yang menyapa hanya selamba.
Mungkin hilang aku padamu tiada makna,
Mati aku perkara biasa,
Tiada yang istimewa.

Apa masih perlu aku teruskan?
Atau hanya berhenti sahaja disini?

Maka, terpulanglah..
Berpisah
Atau
Bersatu.







Sunday, March 25, 2012

Tarbiah Dalam Tasmi`

Kumulakan dengan lafaz Bismillahirrohmanirrohim...

Alhamdulillah syukur atas segala rahmat dan nikmat yang diberikan oleh sang penguasa alam ke atas diri ini dan semua umat Islam..

Hari ini, 25 Mac 2012 bersamaan 2 Jamadil Awal 1433H, hamba dan sahabat yang menuntut ilmu perubatan islam Darussyifa` di tasmi` untuk asas rukyah yang pertama... Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.. Hari ni juga, rasanya seperti dapat satu tarbiah besar daripada Allah swt...

Kenapa??

Bila dapat sahaja berita akan ditasmi` beberapa hari sebelum itu, hati ini merasakan, "ala, tak pe, ruqyah asas satu insyaAllah boleh.." sebab dah hafal.. dan secara tak sedar, hal ini diambil mudah... ALlah...  Sebelum tasmi` ada taklimat sedikit... Ustaz kata(lebih kurang ayat dia macam ni) "Jaga panjang pendek, mat silah towilah,qasirah, mad `aridh lissukun n etc... tertukar baris potong dua markah.."

GULP!!...

Ha, amek kau... main2 lagi sape suruh... Ape lagi, amek ruqyah minta kawan dengar. Us kate jugak... mengikut tuan guru, markah lulus kena 100%.. Mase ni rase cam kene tampar secara halus... Ye la, ayat al-Quran... bukan ayat main2... Tapi mase ustaz cakap ni, hamba dah ditasmi`... dah tau markah pun... x dapat markah penuh... ada salah tang mad asli ngan makhraj(tertukar huruf) sikit... Allah... tapi tak pa, hamba akan perbetulkan bacaan yang salah tu...

Tiba2 rasa kenapa aku amek ringan perkara ni??? Aku hapai ayat ALlah... Kalam Allah,... Nak guna untuk doa mintak kat DIA... Macam mana nak maqbul kalau macam ni... macam mana Allah nak dengar kalau kita tak sungguh-sungguh... Bayangkan, kalau ade orang datang kat kita nak minta pinjam barang, tapi cakap marah2, cakap laju2 ayat tongang terbalik nak cepat sampai kite tak faham... kite nak bagi tak??? tak kan??? tu manusia yang tak punya apa2... Allah yang memiliki segalanya dan semuanya tertakluk dibawah kuasanya macam mana??? Waaaa... Berdosanya... Kawan2/readers yang baca entri ni jangan ikut macam hamba ya... kita belajar dari kesilapan...

 Pengajaran yang sangat penting:


Hafal ruqyah semata2 kerana ALlah, mengharapakan redhanya bukan  kerana mengharapkan karomah darinya... Ingat, istiqamah itu jauh lebih baik daripada 1001 karomah kerana istiqamah itu kerja kita yang akan diberi markah oleh ALlah, manakala karomah itu kerja ALlah... Diluarbidang kuasa manusia yang memang tak pernah ada kuasa...

Dan pastikan kita juga:



STAY FOCUSED dalam hafalan supaya ayat yang dihafal tak tonggang langgang tajwidnya...


Ya Allah, terima kasih kerana menegur kesilapan aku... 
Moga aku menjadi hambamu yang lebih baik...
Ya Ghaffar,
Ampunkan segala dosaku,
dosa kedua ibu bapaku,
Dosa adik2ku,
Dosa guru2ku,
Dosa saudara2ku,
Dan dosa seluruh kaum muslimin..
Tunjukkan kami jalan mu yang benar...
Ameen...

Sunday, February 19, 2012

Kesempurnaan Itu

Bismillahirrohmanirrohim...

Syukur hamba panjatkan padaNya kerana atas limpah kurnianya hamba masih berpijak dibumi yang nyata ini... Alhamdulillah... Tetibe rasa nak conteng sesuatu kat dinding blog ni... Sekadar luahan mungkin yang pasti ia dicoret sebagai peringatan kepada penulis..

Lately hamba sibuk(atau lebih tepat rasa macam sibuk sedangkan sempat ja makan,minum, tidoq) dengan gerak kerja.. Alhamdulillah... Biar sibuk dengan gerak kerja ISLAM jangan sibuk dengan benda lagho... Yang penting hati jangan turut sama sibuk... Sibuk dengan zikrullah tak pa.. Lain daripada tu, diharamkan masuk dari hati ini.. Moga istiqomah... Berikan hambamu ini kekuatan Ya Allah... Ameen...

Hmmm... Banyak kerja, banyak kolaborasi dengan manusia... Buat tu, buat ini... Betulkan situ, betulkan sini... Nak kene ada ini, nak kene ada itu... bla.. bla.. bla... Terasa benak diasak2... Rimas...

Kita ni, kadang2 benda2 simple p0n nak bising kan...

Contoh dialognya adalah seperti dibawah:

"Ni kasi besar, kasi centre.."

"Saya nak bla..bla...bla..."

"Awak mesti bla..bla..bla..."

"Saya nak awak buat semula... bla.. bla... bla..."

dan yang sama waktu dengannya...

Hmmm... Sedar atau x, kita terlalu inginkan kesempurnaan x kira la dalam ape pun, sedangkan kita ni x pernah sempurna... Pada hamba, ketidak sempurnaan itu lambang kita sebagai hamba dan ciptaan yang memang tak akan pernah sempurna... Ya....  Hamba, makhluk... Semuanya ada keterbatasan masing-masing.. Kan???

















Muhasabah...
 



Jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan, kerana kesempunaan itu hanya milik Sang Penguasa alam... Sedikit kecacatan atau ketidaksempurnaan itu adalah perkara biasa... Kita kan tak sempurna...

p/s: Saya bersyukur bila kerja saya tidak sempurna (masih ada salah walaupun sudah dibetulkan banyak kali)... Ia mengingatkan saya pada Dia dan rasa kasih itu bertambah padaNYA... Alhamdulillah ditarbiah sebegitu rupa... Terima Kasih Allah...


Sunday, February 5, 2012

Pengalaman Disebalik Tugasan

Bismillahirrohmanirrohim...

Alhamdulillah, hamba masih diberi kesempatan untuk mencoret sesuatu dalam blog yang dah nak mula bersawang ni...

Hari ni, 5 februari 2012,  selepas solat asar, hamba dan beberapa orang sahabat pergi ke salah sebuah rumah anak yatim yang terdapat di sini untuk menyiapkan satu tugasan..


Ni Rumah anak yatim tu... Mungkin ada yang pernah datang sini...



Sebelum kami meneruskan tugasan yang diberi, kami berkenalan dulu dengan adik-adik yang berada disitu.. Mendengar kisah mereka benar-benar menyentuh hati kecil hamba... Nak menangis pun ada rasanya... Cuma air mata ditahan supaya tidak mengalir... Betapa ujian yang menimpa mereka  sangat dahsyat.. Ada yang penah ditangkap polis, ada yang tiada sijil kelahiran dan berbagai lagi ujian yang menimpa anak-anak itu pada usia yang sangat muda... Allah... Moga anak-anak itu diberi kekuatan untuk terus meneruskan hidup.. Sabar ya adik-adikku, Allah sedang mentarbiah dirimu...

Seorang wanita yang menguruskan anak-anak tersebut yang kami gelar "Ummi' seorang yang sangat tabah.. Terpancar riak keikhlasan beliau menjaga anak-anak tersebut sehingga ada diantara anak-anak tersebut tidak boleh berpisah dengannya... Melayan beliau seperti ibu kandung mereka sendiri... Apa yang hamba kagum, anak-anak yatim yang perempuan yang berada didawah jagaannya menutp aurat dengan sempurna.. Bertudung labuh semuanya.. Kagum hamba dengan cara didikan Ummi... Moga hamba mampu menjadi pendidik sebagai mana beliau... Mendidik anak bangsa dengan agama bukan duniawi sahaja..

Setakat ini dahulu catatan hamba buat kali ini, insyaAllah ada masa ketemu lagi...

Wassalam...


p/s: Catatan ini untuk peringatan diri hamba yang hina... Bersyukurlah kerana masih mempunyai ibu bapa.. Ya Allah, kau ampunilah dosa-dosaku dan dosa kedua ibu bapaku... Kau kasihanilah mereka sebagai mana mereka mengasihi aku sejak kecil lagi... Ameen...


Friday, January 27, 2012

Kasihnya Allah

Bisillahirrohmanirrohim..


Alhamdulillah atas segala nikmat kuniaanya, hamba masih mampu menghirup nikmat oksigen pemberianNya..


Bersempena sayyidul ayyam hari ini hamba mengambil barakah daripadanya untuk mencoretkan sesuatu dalam blog ni yang dah lama tidak diupdate..


Hamba teringat nasihat yang sering diberikan oleh asatizah dan sahabat2 yang hamba kasihi kerana Allah.. Kata mereka, jika kita berniat melakukan kebaikan, Allah menyuruh malaikat menulis satu "mata" untuk kita dan apabila kita melakukan kebaikan yang kita niatkan itu, Allah menyuruh malaikat menulis sepuluh "mata" untuk kita. Tetapi, sebaliknya, bila kita berniat melakukan kejahatan, Allah menyuruh malaikat supaya tidak manuliskan kejahatan itu sehinggalah kita melakukannya dan hanya meminta malaikat mencatat 1 "mata kejahatan" sahaja untuk kita, tetapi akan dipadam "mata kejahatan" itu jika kita bertaubat, meminta kempunannya... Kasihnya Allah pada kita, hambanya...


Terlalau banyak cara Allah sediakan untuk kita selaku hambanya untuk menyucikan diri daripada dosa dan noda... Antaranya seperti dibawah:

1. Taubat

Al-Quran banyak menyebutkan bahwa taubat berfungsi sebagai pengecualian dari ancaman azab yang akan diberikan kepada pelakunya. Seperti disebutkan dalam surat Al-Baqarah ayat 160, "Kecuali mereka yang telah bertaubat..." juga dalam surat Maryam : 160, Thoha : 82. Taubat yang dimaksud di sini tadalah taubat nasuha, yakni taubat yang dilakukan dengan ikhlas dan benar. Taubat yang menjadi penyesalan sekaligus menjadi titik akhir seseorang untuk tidak mengulangi dosa di masa selanjutnya.

2. Istighfar

Allah berjanji akan mengampuni kesalahan-kesalahan hambanya selama ia melakukan istighfar dengan sungguh-sungguh.



"Dan tidaklah Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun (istighfar)." (QS. Al-Anfal : 33). 


3. Amal-amal kebaikan

Amal-amal kebaikan yang dilakukan soerang muslim bisa dilipatgandakan pahalanya oleh Allah menjadi sepuluh kali lipat atau lebih. Karena itu, amal baik juga bisa menjadi salah satu jalan pengampunan bagi kita, khususnya dosa-dosa kecil.

Rasulullah saw bersabda, "Bertaqwalah kepada Allah di mana saja kamu berada, dan iringilah perbuatan buruk itu dengan perbuatan yang baik karena ia mampu menghapusnya. (HR. Tirmidzi)

4. Musibah-musibah di dunia

Musibah yang menimpa seorang muslim, walau datang dalam apa pun bentuknya, akan menjadi penebus dosanya. Itu akan terjadi apabila orang yang ditimpa musibah itu bersabar dan bersangka baik dengan Allah. 



Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya setiap musibah yang menimpa seorang muslim menjadi penebus (kafarat) atas dosanya. Bahkan sampai terpeleset kakinya, luka di jemarinya, atapun duri yang menusuknya." (HR. Muslim)


Ertinya, musibah datang dari Allah swt adalah bentuk tebusan atas dosa hamba-Nya, hingga dosa itu dihapus oleh Allah swt. 



 Saudaraku,


Allah swt juga berfirman, 


".... dan Dia (Allah) mengampuni segala dosa, selain syirik, bagi siapa yang dikehendaki-Nya..." (QS.An-Nisa : 48 dan 116)

Jalan pengampunan itu terlalu banyak dan luas. Tinggalnya bagaimana kita memdapatkan pengampunan itu. Dan sebelum pertanyaan itu kita jawab, renungkanlah firman Allah swt berikut ini: "Dan bersegeralah kamu pada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang bertaqwa...." (QS. Ali Imran : 133)





Saudaraku,


Allah itu maha pemurah terhadap hamba-hambanya. Antaranya ialah terdapat beberapa perkara yang membuahkan ganjaran pahala hanya dengan melihat atau menatapnya sahaja. Hamba ulangi, hanya dengan menatapnya.. Mungkin ada lagi, tetapi hamba tidak mengetahuinya.. Allahu Akbar!! Alangkah mudahnya untuk mendapat pahala. Dan alangkah pemurahnya Allah yang Esa.

1. Melihat al-Quran
Baru tengok, belum baca, hayati dan amal isi kandungan tersebut dah dapat pahala..


2. Melihat Kaabah

3. Melihat wajah ibubapa



Pandanglah wajah ibu dan ayah kita dengan penuh rasa kasih dan sayang, moga kita juga beroleh kasih dan sayang daripadaNya juga..


Ya Allah, senangnya nak dapat pahala hanya dengan melihat.
Sayangnya Allah s.w.t kepada hamba2-Nya


Ingatlah,
Allah bagi banyak untuk kita buat baik... Allah bagi banyak cara untuk kita peroleh pahala dan hapus dosa sebab Allah sayang kita. Allah tak nak hambanya masuk neraka.. Tetapi kita?? Selalu buat perkara yang Allah larang yang mengundang murkanya.. Duhai HAMBA, Sedarlah!!


Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman (dalam Hadis qudsi ) : “Barangsiapa memusuhi kekasihKu, maka Aku memberitahu-kan padanya bahwa ia akan Kuperangi – Kumusuhi. Dan tidaklah seseorang hambaKu itu mendekat padaKu dengan sesuatu yang amat Kucintai lebih daripada apabila ia melakukan apa-apa yang telah Kuwajibkan padanya. Dan tidaklah seseorang hambaKu itu mendekatkan padaKu dan melakukan hal-hal yang sunnah sehingga akhirnya Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, Akulah yang sebagai telinganya yang ia gunakan untuk mendengar, Akulah matanya yang ia gunakanuntuk melihat, Akulah tangannya yang ia gunakan untuk mengambil dan Akulah kakinya yang ia gunakan untuk berjalan. Andaikata  ia meminta sesuatu padaKu, pastilah Kuberi dan andaikata memohonkan perlindungan padaKu, pastilah Kulindungi.”
(Riwayat Bukhari)




 p/s: Jom jadi Hamba Allah yang terbaik...

Wednesday, January 25, 2012

Bila Bosan Bertamu

Kumulakan dengan lafaz bismillah...


Bila bosan datang bertamu, semua perkara yang kita rancang nak buat, mesti jadi tak jadi kan... Jadi, bagi mengurangkan rasa bosan/boring dan entah apa-apa rasa lagi yang ada pada diri hamba sekarang, hamba hasilkan satu intro mungkin selain melayan nasyid(best wo)... Tambah pula blog ni pun dah lama bersawang... Jadi ini adalah sekadar menguji, mengetest dan munggunakan software dan tidak ada kene mengena sama ada yang hidup ataupun mati...  Sesiapa yang rasa berminat atau nak intro ni nak buat kenangan silalah ambil... Kalau rasa tak cantik atau menyampah tu buat tak nampak sudah lah ye... 




p/s: Percaya x, kadang2 boring tu bagus???      =)

Friday, December 30, 2011

Corat Coret Cuti

Bismillahirrohmanirrohim...

Alhamdulillah syukur ku hamparkan buat robbul izzati atas segala limpah dan kurnianya yang sentiasa melimpah ruah buat diri hamba yang terlalu banyak dosa ini.

Beberapa hari yang lepas, hamba keluar bersama kawan-kawan semasa zaman sekolah dahulu ke JJ.. Hamba hanya mengikut... Setelah berada dan berjalan dalam bangunan  itu, seorang kawan hamba bertanya..

"Ummi, kamu tengok wayang tak??"

Jawpan diberi dalam bentuk gelengan dan senyuman dan perkataan "tak..."...

"Tak pe.. Aku faham... ramai kawan aku kat sana(Universiti tempat dia belajar) macam kamu.."

Sekadar senyum...

"Kalau korang nak tengok, tengok la, nanti mase korang tengok, aku pegi la jalan-jalan kat kedai2 kat sini" (walaupun dalam hati, tak tahu nak pegi mana ni...)

"Betul ni???"

"tak pe, pegi la..."

Masa mereka nak booking tiket, tengok2 tiket habis... Ya Allah... Syukur...

Lepas tu, mereka ajak hamba masuk ape ntah nama tempat tu... tapi yang pasti tu tempat main game... Masuk2, Ya Allah... libang libu rasanya (bak kata orang perak)... Hamba keluar bersama seorang lagi teman yang kurang berminat... Menunggu di kerusi di luar...

Teman yang duduk disebelah hamba itu tiba-tiba bertanya:

"Ummi, kenapa kamu tak tengok wayang"

Senyum..

"Ada posibility tak yang duduk sebelah kita tu orang lelaki?" Hamba menyoal

Dia mengangguk...

"Adakan?? kat tempat yang gelap macam tu... Lagipun, kita ada pilihan untuk tengok cerita tu... sama ada tunggu beberapa minggu untuk download cerita tu dan tengok di laptop, atau tonton kat wayang... Kita ada pilihan..."

Sekadar menerangkan salah satu sebab kenapa hamba tak tengok cerita di panggung wayang...

Dia mengangguk tanda mengerti...

Hamba mengalih tajuk kepada pembelajarannya di universiti supaya dia tidak kekok...

Selepas itu, seorang lagi rakan hamba keluar dan duduk disebelah hamba.

"Geram" gerutunya.

"Kenapa?" hamba bertanya.

"Kalah main.." jawabnya.

"La, ingat ape tadi... kene kacau ke, ape ke... rupenye kalah main..."

Senyum...


Tiba-tiba, dia bersuara, meluahkan mungkin.

"Ummi, aku bangga dengan ang.." katanya.

"Ang still macam dulu.. tak pakai apa yang orang lain pakai.. Aku tak boleh.. mula-mula ok la, lepastu (ada lagi kata2 nya)... Sebab persekitaran tak islamik...." sambungnya lagi...

"Yang penting kita nak... Aku pun, persekitaran tak islamik jugak... yang penting nak..." balasku.

"Tapi ko lain, sejak sekolah lagi...." ujarnya...

Entahlah... Kesian pun ada sedih pun ada... Dia ingin berubah menjadi lebih baik tapi tak kuat mungkin.. Doaku, moga kau, aku, dan teman2 yang lain diberi kekuatan olehnya untuk merealisasikan perubahan itu..

Selepas itu kami pergi makan tengah hari dan solat... Selesai solat, pergi jalan2 kat kedai kat situ... masuk MPH tengok buku, sony centre survey mp3 n etc... Lepas tu teman yang tadi berkata:

"Ummi, kami nak p karaoke ni... Kamu nak ikut?"

Hamba tahu, dia dah tahu reaksi hamba... mungkin sekadar memberi tahu...

"Brapa lama?" tanya hamba.

"Dalam sejam..." jawabnya...

"Karaoke kat mana?"

"Kat atas..."

"X pa la... korang pergi la... aku nak jalan2 kat sini nak tengok barang2 ni kejap... t ape2 msg.. tapi ti dengar ke bunyi msg?" balasku.

"Xpa, letak enset dalam poket... betul ni x pe ni? rasa bersalah pulak..." ujarnya.

"X pa... p la..." aku membalas...

Kami berpisah...

Hamba mengambil peluang yang ada untuk survey harga mp3 dan handycam yang ada kat kedai tu... Lepas tu, macam boring... nak pi mana ni??? langkah diteruskan dan kaki ni masuk Watson... Cari beberapa barang... then, nak pi mana lagi nih??? Hmmm... slalu kene jalan sorang2... kat Acheh hari tu pun, masa shoping, jalan sorang2... Hmmm... x pa la... Penyudahnya, masuk balik MPH.. Sebab tak tahan tengok buku... pusing semua tempat.. rasa macam nak semua... Hmmm... Apa lagi, peluang yang ada digunakan untuk tengok2, baca2 buku yang ada disitu... Tak boring sudah... tak sedar masa berlalu kat situ.. I love books.. Dan hamba membeli satu buku.. Untuk bacaan tambahan..

Agak2 dalam sejam lebih mereka berkaraoke, hamba menghantar sms kepada salah seorang teman:

"Kat mana?"

Dia membalas mengatakan mereka di kedai sony centre... hamba terus kesana...

Lepas tu kami pergi porpular... ada kawan nak cari buku ... lepas tu pergi solat asar.. dan turun bawah dan berpecah... kebetulan masa tu ada badut kat bawah... maklumlah sehari lepas krismas.. hmmm... Masa disini ada seorang teman bertanya tentang hukum memakai pakaian yang menyerupai orang agama lain...

"Nanti sat lagi aku jawab... bising ni, tak dengar..." balasku

Lepas dah berkumpul semua, mereka ajak ke KFC... Hamba sekadar meraikan.. Nasib baik mereka bungkus, tak makan kat situ... Lega... Disitu semasa menunggu kawan2 yang lain pergi order, hamba menjawab dengan ilmu apa yang ada mengenai hukum yang ditanya. juga hukum2 lain.. sekadar yang termampu... Tiba2 rasa macam... Banyaknye yang aku TAK TAHU... Allah... Sebagai pelajar yang mengambil jurusan pendidikan islam, memang akan berdepan dengan pelbagai soalan. Tak dinafikan, sejak zaman sekolah lagi, hamba ditanya dengan hukum yang pelbagai... walaupun hakikatnya apa yang kita tahu hanya sedikit, tetapi masyarakat sekeliling ,menganggap kita macam tau semua sedangkan kita msih belajar...

Tekad kutanam dalam diri untuk lebih mendalami ilmu fiqh, tasawwuf, Aqidah dan ilmu2 lain.. Jangan jadi seorang yang hanya tahu pedagogi sahaja..

Dalam diam hamba bersyukur, mereka masih menutup aurat, cuma agak "gila2" sedikit... hamba pun "gila2" juga kadang2.. =P.. Moga pertemuan itu bukan yang terakhir dan menjadi medan dakwah untukku..


Kadang2 kita rasa kita sorang2, tetapi yakin dan percayalah Allah ada disisi... Pohonlah kekuatan darinya agar kita mampu untuk terus bermujahadah melawan nafsu kerana hati kita miliknya... Sebab bila2 masa kita boleh berubah wajah...


Ya Muqallibal qulub... Thabit qulbana `ala to`atik...


Ya Allah,
Aku pohon taufiq dan hidayahmu....


p/s: Dakwah tidak mengenal tempat dan orang... Berdakwahlah walau dengan memaparkan akhlak yang baik.. Dan yang paling penting, jangan pernah merasakan yang kita ini baik kerana bertudung litup, lepas ibadah wajib kerana sebaik2 manusia disisi ALlah adalah insan yang bertaqwa... Sama2 muhasabah diri...




Wednesday, November 16, 2011

Suatu Pencarian

Disitu aku bermula,
Perlahan-lahan aku melangkah,
Mencari, dan terus mencari,
dari bertatih sehingga berlari.

Ya,
Disitu,
ditempat itu,
Suatu masa dulu.
Namun,
Hatiku mengatakan bukan disitu pengakhirannya.

Ahh...
Aku dipersimpangan...
Antara hati, janji dan perjuangan...
Kau meminta, aku memberi...
Kau berkata, aku berkongsi..

Matlamat kita sama,
tapi cara kita berbeza..
Maaf, andai suatu hari aku tiada lagi disitu,
Aku punya cara tersendiri..

Buat masa kini,
Biarlah aku persiapkan diri,
untuk hari kemudian,
yang masih menjadi persoalan...
Maaf andai diri ini banyak melukakan...
Apakan daya,
Aku cuma manusia biasa,
Yang melakukan banyak kesilapan..
Maafmu kupinta,
Keampunan sang pencipta aku damba...

Mencari, dan terus mencari...


Ummi Syafiqah Abdul Rahim
16 November 2011
10:23pm..

Tuesday, October 18, 2011

Amanah itu


Bismillahirrohmanirrohim...

Alhamdulillah... syukur hamba rafakkan atas segala limpah kurniaNya,hamba masih lagi mampu mengorak langkah dibumi Allah ini...

Sungguh, amanah itu amat berat... Kita tanggung amanah itu di dunia dan jawab diakhirat nanti...

Dalam surat Al Mudatstsir ayat 38 dinyatakan

كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ

Ertinya: “Tiap-tiap diri bertanggungjawab atas apa yang telah diperbuatnya” 

Semua orang punya amanah masing-masing sama ada ditempat kerja, di IPT dan sebagainya... semuanya kan dipersoalkan, dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besar perkara... Apa yang kita lakukan itu adakah seperti yang diamanahkan... Mungkin didunia kita boleh memberi sejuta alasan, namun, diakhirat kelak lidah yang selalu menipu ini akan kelu dan anggota lain yang menjadi saksi akan berbicara... saat itu, pasti murka Allah menanti... Tiada lagi tempat untuk berselindung...


Allah S.W.T berfirman lagi dalam surah As-Soffat ayat 22-24:

Ertinya : (Kepada para malaikat diperintahkan) “Kumpulkanlah orang-orang yang zalim beserta teman sejawat mereka dan sembah-sembahan yangselalu mereka sembah, selain Allah: maka tunjukkanlah kepada mereka jalan ke neraka. Dan tahanlah mereka di tempat perhentian karena mereka sesungguhnya mereka akan ditanya ( dimntai pertanggungjawaban ).”


Teringat hamba akan persoalan Imam Al-Ghazali kepada anak muridnya...

Pada suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya;
Pertama, “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid- muridnya menjawab, “Orang tua, guru, kawan ,dan sahabatnya“.
Imam Ghazali menjelaskan semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati”. Sebab, sesuai dengan janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati.
[Ali Imran : 185]

Kedua,”Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?
Murid-muridnya menjawab, “Negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang”.
Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahwa semua jawaban yang mereka berikan itu adalah benar. Tapi yang paling benar adalah “masa lalu”. Walau dengan cara apa sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Ketiga, “Apa yang paling besar di dunia ini?
Murid-muridnya menjawab, “Gunung, bumi dan matahari”.
Semua jawaban itu benar, kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “hawa-nafsu” [Al-A'raaf :179]. Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Keempat, “Apa yang paling berat di dunia ini?
Ada yang menjawab, “Besi dan gajah…”
Semua jawaban adalah benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah “memegang amanah” [Al-Ahzab : 72] Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah [pemimpin] di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang amanahnya.

Kelima, “Apa yang paling ringan di dunia ini?
Ada yang menjawab, “Kapas, angin, debu dan daun-daunan”.
“Semua itu benar”, kata Imam Ghazali. Tapi yang paling ringan di dunia ini adalah “meninggalkan solat”. Gara-gara pekerjaan, kita meninggalkan solat; gara-gara bermasyarakat, kita meninggalkan solat.

Keenam, “Apakah yang paling tajam di dunia ini?
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, “pedang”.
“Benar”, kata Imam Ghazali. Tapi yang paling tajam adalah “lidah manusia“. Karena melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


************************************************************


Menjadi pembimbing bacaan Al-Quran buat dua orang insan yang telah Allah amanahkan buat diri hamba terasa amat berat... satu tanggungjawab yang pasti akan dipersoalkan diakhirat nanti... mampukah hamba untuk menjawabnya... Besar harapan hamba untuk melihat mereka boleh membaca kalamullah dengan lancar... Target hamba bukan hanya penghujung sem ini tetapi sampai bila-bila selagi hamba masih bernafas... InsyaAllah... Moga Allah rahmati dan membuka hati mereka untuk mempelajari ilmuNya... Ameen...

Syukur hamba panjatkan kerana amanah yang dipikul itu sedikit sebanyak mengubah diri ini... menjadikan diri ini lebih cakna dengan ibadah dan adab sopanku terhadap semua... Terima kasih Allah, atas tarbiyah darimu ini... Indahnya hidup ini ditarbiah sedemikian rupa....

“Dan sesungguhnya Al Qur'an ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam, dia dibawa turun oleh Ar-Ruh Al-Amin (Jibril), ke dalam hatimu (Muhammad) agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan “ (QS : Assyu’ara 192-194).

Saksikanlah Ya Allah, sesungguhnya aku telah berusaha sedaya upayaku untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawabku menegakkan agamamu... Moga kau rahmati, kasihi dan meredhai segala yang aku lakukan... Semuanya hanya keranamu Ya  Allah.... Allahu Allah....


Post ini tidak lain tidak bukan sebagai peringatan untuk diri ini yang sering lalai dalam menunaikan amanah dan tanggungjawab... Sedarlah duhai diriku... Ingat, Allah sentiasa memerhatikanmu!!!


Saturday, October 1, 2011

Catatan Seorang Hamba

Bismillahirrohmanirrohim...

Alhamdulillah, syukur hamba panjatkan pada yang Esa atas segala nikmat kurniannya kepada hamba... Moga hamba dapat menjadi hamba yang tahu erti syukur...


Jumaat yang lalu...

Hamba dan beberapa sahabat yang lain pergi membeli belah disebuah pasaraya  yang berdekatan... Sedang sibuk hamba dan sahabat yang lain mencari barang masing-masing, hamba terdengar seorang wanita memarahi seorang kanak-kanak(anaknya mungkin)...

"Ni yang akau malas bawak budak ni, ni... Perangai macam @#$%^" kata wanita itu..

Si anak tidak berkata apa2... seperti lali dimaki begitu...  Hamba hanya mampu mengeleng kepala, tanda tidak redho wanita itu melakukan hal itu...

Mana pergi sifat penyayangmu? rasa kasihmu? Rasa malu dan sopanmu?? Lemah lembutmu? dimana engkau campakkan? mengapa kata begitu yang engkau ungkapkan dihadapan anak kecil itu...??? sukakah engkau jika kata-kata itu dihambur kepada mu? Tidak bukan? Jangan terkejut jika itu kata-kata yang akan lahir daripada mulut anak itu dan mungkin mangsanya adalah dirimu sendiri... Kerana engkau yang mengajarkannya..

Duhai saudaraku, kita selalu mengharapkan anak-anak kita patuh pada kita, sopan dengan kita, dengar cakap kita, hormati kita... Tetapi, adakah kita telah memberikan hak mereka? sopan dan hormatkah kita kepada mereka... bukankah hanya orang yang mengasihi berhak untuk dikasihi... Ingatlah, mereka sahammu diakhirat kelak...  Sedarlah... Sedarlah... Sedarlah... Bertaubatlah sebelum terlambat... sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi maha mengasihani...



Sabtu..

Hanya Lafaz syukur yang mampu hamba ucapkan..Syukran ya Allah atas nikmatmu ini... Moga hambamu ini menggunakannya pada jalanmu...





Buat ingatan bersama...





p/s: buat sahabat-sahabat, doakan hamba ya....