Friday, December 30, 2011

Corat Coret Cuti

Bismillahirrohmanirrohim...

Alhamdulillah syukur ku hamparkan buat robbul izzati atas segala limpah dan kurnianya yang sentiasa melimpah ruah buat diri hamba yang terlalu banyak dosa ini.

Beberapa hari yang lepas, hamba keluar bersama kawan-kawan semasa zaman sekolah dahulu ke JJ.. Hamba hanya mengikut... Setelah berada dan berjalan dalam bangunan  itu, seorang kawan hamba bertanya..

"Ummi, kamu tengok wayang tak??"

Jawpan diberi dalam bentuk gelengan dan senyuman dan perkataan "tak..."...

"Tak pe.. Aku faham... ramai kawan aku kat sana(Universiti tempat dia belajar) macam kamu.."

Sekadar senyum...

"Kalau korang nak tengok, tengok la, nanti mase korang tengok, aku pegi la jalan-jalan kat kedai2 kat sini" (walaupun dalam hati, tak tahu nak pegi mana ni...)

"Betul ni???"

"tak pe, pegi la..."

Masa mereka nak booking tiket, tengok2 tiket habis... Ya Allah... Syukur...

Lepas tu, mereka ajak hamba masuk ape ntah nama tempat tu... tapi yang pasti tu tempat main game... Masuk2, Ya Allah... libang libu rasanya (bak kata orang perak)... Hamba keluar bersama seorang lagi teman yang kurang berminat... Menunggu di kerusi di luar...

Teman yang duduk disebelah hamba itu tiba-tiba bertanya:

"Ummi, kenapa kamu tak tengok wayang"

Senyum..

"Ada posibility tak yang duduk sebelah kita tu orang lelaki?" Hamba menyoal

Dia mengangguk...

"Adakan?? kat tempat yang gelap macam tu... Lagipun, kita ada pilihan untuk tengok cerita tu... sama ada tunggu beberapa minggu untuk download cerita tu dan tengok di laptop, atau tonton kat wayang... Kita ada pilihan..."

Sekadar menerangkan salah satu sebab kenapa hamba tak tengok cerita di panggung wayang...

Dia mengangguk tanda mengerti...

Hamba mengalih tajuk kepada pembelajarannya di universiti supaya dia tidak kekok...

Selepas itu, seorang lagi rakan hamba keluar dan duduk disebelah hamba.

"Geram" gerutunya.

"Kenapa?" hamba bertanya.

"Kalah main.." jawabnya.

"La, ingat ape tadi... kene kacau ke, ape ke... rupenye kalah main..."

Senyum...


Tiba-tiba, dia bersuara, meluahkan mungkin.

"Ummi, aku bangga dengan ang.." katanya.

"Ang still macam dulu.. tak pakai apa yang orang lain pakai.. Aku tak boleh.. mula-mula ok la, lepastu (ada lagi kata2 nya)... Sebab persekitaran tak islamik...." sambungnya lagi...

"Yang penting kita nak... Aku pun, persekitaran tak islamik jugak... yang penting nak..." balasku.

"Tapi ko lain, sejak sekolah lagi...." ujarnya...

Entahlah... Kesian pun ada sedih pun ada... Dia ingin berubah menjadi lebih baik tapi tak kuat mungkin.. Doaku, moga kau, aku, dan teman2 yang lain diberi kekuatan olehnya untuk merealisasikan perubahan itu..

Selepas itu kami pergi makan tengah hari dan solat... Selesai solat, pergi jalan2 kat kedai kat situ... masuk MPH tengok buku, sony centre survey mp3 n etc... Lepas tu teman yang tadi berkata:

"Ummi, kami nak p karaoke ni... Kamu nak ikut?"

Hamba tahu, dia dah tahu reaksi hamba... mungkin sekadar memberi tahu...

"Brapa lama?" tanya hamba.

"Dalam sejam..." jawabnya...

"Karaoke kat mana?"

"Kat atas..."

"X pa la... korang pergi la... aku nak jalan2 kat sini nak tengok barang2 ni kejap... t ape2 msg.. tapi ti dengar ke bunyi msg?" balasku.

"Xpa, letak enset dalam poket... betul ni x pe ni? rasa bersalah pulak..." ujarnya.

"X pa... p la..." aku membalas...

Kami berpisah...

Hamba mengambil peluang yang ada untuk survey harga mp3 dan handycam yang ada kat kedai tu... Lepas tu, macam boring... nak pi mana ni??? langkah diteruskan dan kaki ni masuk Watson... Cari beberapa barang... then, nak pi mana lagi nih??? Hmmm... slalu kene jalan sorang2... kat Acheh hari tu pun, masa shoping, jalan sorang2... Hmmm... x pa la... Penyudahnya, masuk balik MPH.. Sebab tak tahan tengok buku... pusing semua tempat.. rasa macam nak semua... Hmmm... Apa lagi, peluang yang ada digunakan untuk tengok2, baca2 buku yang ada disitu... Tak boring sudah... tak sedar masa berlalu kat situ.. I love books.. Dan hamba membeli satu buku.. Untuk bacaan tambahan..

Agak2 dalam sejam lebih mereka berkaraoke, hamba menghantar sms kepada salah seorang teman:

"Kat mana?"

Dia membalas mengatakan mereka di kedai sony centre... hamba terus kesana...

Lepas tu kami pergi porpular... ada kawan nak cari buku ... lepas tu pergi solat asar.. dan turun bawah dan berpecah... kebetulan masa tu ada badut kat bawah... maklumlah sehari lepas krismas.. hmmm... Masa disini ada seorang teman bertanya tentang hukum memakai pakaian yang menyerupai orang agama lain...

"Nanti sat lagi aku jawab... bising ni, tak dengar..." balasku

Lepas dah berkumpul semua, mereka ajak ke KFC... Hamba sekadar meraikan.. Nasib baik mereka bungkus, tak makan kat situ... Lega... Disitu semasa menunggu kawan2 yang lain pergi order, hamba menjawab dengan ilmu apa yang ada mengenai hukum yang ditanya. juga hukum2 lain.. sekadar yang termampu... Tiba2 rasa macam... Banyaknye yang aku TAK TAHU... Allah... Sebagai pelajar yang mengambil jurusan pendidikan islam, memang akan berdepan dengan pelbagai soalan. Tak dinafikan, sejak zaman sekolah lagi, hamba ditanya dengan hukum yang pelbagai... walaupun hakikatnya apa yang kita tahu hanya sedikit, tetapi masyarakat sekeliling ,menganggap kita macam tau semua sedangkan kita msih belajar...

Tekad kutanam dalam diri untuk lebih mendalami ilmu fiqh, tasawwuf, Aqidah dan ilmu2 lain.. Jangan jadi seorang yang hanya tahu pedagogi sahaja..

Dalam diam hamba bersyukur, mereka masih menutup aurat, cuma agak "gila2" sedikit... hamba pun "gila2" juga kadang2.. =P.. Moga pertemuan itu bukan yang terakhir dan menjadi medan dakwah untukku..


Kadang2 kita rasa kita sorang2, tetapi yakin dan percayalah Allah ada disisi... Pohonlah kekuatan darinya agar kita mampu untuk terus bermujahadah melawan nafsu kerana hati kita miliknya... Sebab bila2 masa kita boleh berubah wajah...


Ya Muqallibal qulub... Thabit qulbana `ala to`atik...


Ya Allah,
Aku pohon taufiq dan hidayahmu....


p/s: Dakwah tidak mengenal tempat dan orang... Berdakwahlah walau dengan memaparkan akhlak yang baik.. Dan yang paling penting, jangan pernah merasakan yang kita ini baik kerana bertudung litup, lepas ibadah wajib kerana sebaik2 manusia disisi ALlah adalah insan yang bertaqwa... Sama2 muhasabah diri...




4 comments:

ummu azfar said...

salam,

moga terus istiqamah ukht

syafiqah said...

Wa`alaikukussalam...

Ameen...

syakir said...

semoga terus istiqamah...dan ana mintak doakan ana semoga terus istiqamah juga...

syafiqah said...

InsyaAllah...

Ameen...

Moga kita ditetapkan hati bagi menghadapi segala onak dan duri kehidupan... Ameen...