Wednesday, August 31, 2011

Corat Coret Aidil Fitri

Bismillahirrohmanirrohim...

Alhamdulillah syukur masih dipanjangkan umur untuk terus bernafas dalam bulan syawal ini. tidak terlambat rasanya untuk hamba mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua... Setelah sebulan lebih tidak berkongsi apa-apa dalam ruangan maya ini, akhirnya diri ini terpanggil untuk mengimarahkan blog ini seadanya... terlalu banyak yang ingin hamba kongsikan... Almaklumlah sudah sebulan blog ni bersawang... Entry kali ni hamba just nak share apa yang berlegar-legar dalam minda hamba... moga bermanfaat buat semua...


Hargailah Mereka yang Hadir menceriakan Hidup kita


Kita sering membanding bezakan orang-orang disekeliling kita... dia begitu begini... dia buat itu ini... dan macam-macam lagilah yang rancak kita pertuturkan... kadang2 kita geram dengan sesetengah orang atas sebab-sebab tertentu... tetapi, pernah tak kita fikir kenapa dia buat begitu? kenapa dia jadi begitu? cuba kita letakkan diri kita ditempatnya.. apakah kita akan mengambil tindakkan yang seupa atau sebaliknya...??? Hmmm... kita selalu rasa kita baik bukan? apa tidaknya, rancak mengata begitu begini pada orang lain... seseorang melakukan sesuatu pasti atas sebab-sebab yang tertentu... terpaksa barangkali... husnu zhan... walaupun kita memang tahu dia memang "jenis macam tu"... kita rasa kita baik... cuba fikirkan... kalau Allah tidak meletakkan kita dalam keadaan kita sekarang, barangkali kita lebih teruk daripada mereka... rasionaliti yang kita ada sekarang adalah hak milik mutlak Allah... bila-bila masa sahaja Allah boleh mengambilnya daripada kita.... Kalau begitu, mengapa mesti mengata orang lain? kita pun pinjam sahaja nikmat itu daripada yang maha Agung...

Jika kita melihat seseorang itu melakukan sesuatu yang mungkar, maka bersyukurlah kerana kita tidak Allah sesatkab sebegitu rupa...
Jika kita melihat kanak-kanak, usah bongkak... mereka suci daripada dosa... kita???
Jika kita berhadapan dengan orang tua, hormatilah... usah tunjukkan lagak kerana kita masih muda... kerana pengalaman hidup mematangkan mereka dalam kehidupan....

Hargailah setiap insan yang hadir dalam hidup kita walau ia sekejap cuma.... tidak kira betapa teruk akhlaknya pada tanggapan kita kerana mereka pasti mengajar kita sesuatu... cuma kita yang tidak menyedarinya.... Ingatlah kita bukan sesiapa... cuma HAMBA Allah yang hina... Bila-bila masa Allah boleh membolak balikkan hati kita... Oleh sebab itu kita disarankan untuk sentiasa berdoa:

Ertinya: "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
(Ali-Imran : 8)



Ertinya: "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir."
(Ali-Imran : 147)

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ

Ertinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” (HR. Ahmad dan at Tirmidzi)




Moga kita terus thabat dalam perjuangan...



Warna Warni Aidil Fitri

Seperti kebiasaan, semasa cuti raya sebeginilah peluang diambil bagi pulang ke kampung, beraya bersama sanak saudara... Berjumpa bermaafan... Bila dah kumpul ramai-ramai, macam pesen raye lah keluar... itulah jadinya bila masing-masing berbeza fikrah... hanya doa yang bisa hamba panjatkan moga semua diberi hidayah, kefahaman dan kekuatan untuk beramal dengan ajaran Islam yang sebenar-benarnya...

Serius hamba katakan, fikrah yang berbeza, amat memberi impak pada sambutan hari raya dan hamba agak rimas disitu... too much of misconception... terasa sangat-sangat bertanggungjawab untuk merubah keadaan... tetapi, mampukah hamba untuk melakukannya seorang diri? La tahzhan, innallaha ma`ana... Hidayah tu milik Dia... Dia yang berhak memberinya pada sesiapa yang dikehendakinya... Rasulullah sendiri tidak mampu untuk memberi hidayah pada bapa saudara yang disayanginya, Abu Talib... Kita pula siapa hendak merungut? kan....


Moga kita semua tergolong dalam golongan yang diberi petunjuk...


2 comments:

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum ukht ^^

Salam Eidulfitri,maaf zahir batin.Taqabbalallahu minna wa minkum.

moga segala amalan baik diterima Allah swt.

~salam syawal~

syafiqah said...

wa`alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh...

Eid saed juga buat ukhti....

Moga segala amalan diterima...

~salam lebaran~