Monday, May 23, 2011

Ujian Tanda Allah Sayang... Bersyukurlah!!!

Bismillahirrohmanirrohim…

Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat kurniaanNya….

Semalam, seorang sahabat sudi berkongsi secebis kisah hidupnya pada hamba… meniti kisah hidupnya membuatkan hamba terpaku sebentar pada realiti sebuah kehidupan….la haulawa quwwata illa billah…. Apa yang mampu hamba lakukan, hanylah berdoa untuknya… Moga Allah permudahkan segala urusan dan moga beliau dikurniakan kekuatan, ketabahan, dan kesabaran untuk berhadapan dengan ujian itu… amin…. Kisah itu menjadi tauladan buat hamba insyaAllah… bukan kisah itu yang ingin hamba kongsikan, entry kali ini hamba hanya ingin mengajak para pembaca sekalian melihat ujian itu dari perspektif yang berbeza…


Ujian tanda Allah sayang

Meniti rona-rona kehidupan, mencorakkan pelbagai warna dan bentuk… ceria, kusam, suram, bungkam… semua itu adalah asam garam…. Seringkali kita diuji… seringkali juga kita mengeluh… mengaduh… merasakan kitalah manusia yang paling malang…. Terdapat juga sesetengah orang yang merasakan hidup ini hanyalah medan untuk menyelesaikan masalah… selesai satu, datang satu lagi masalah… benarkah???


Firman Allah S.W.T:

Tidak Aku Jadikan Jin dan Manusia Melainkan Untuk beribadat kepadaku

( Az-Zariyat:56 )


Sudah terang lagi bersuluh, manusia diciptakan untuk beribdat kepada Allah S.W.T bukan untuk menyelesaikan masalah sahaja… Jadi, mengapa perlunya ujian??? Mengapa masalah itu datang silih berganti???


Firman Allah:

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang dilimpahi dengan pujian dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

(Surah al-Baqarah 155-157).


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".

( Riwayat Muslim )


Saudaraku,

Ujian itu tanda sayangnya Allah pada kita… berapa banyak dosa yang telah kita lakukan sepanjang hidup??? Tidak terhitung rasanya… namun, Allah masih sayang akan kita dengan memberikan ujian supaya kita sedar dan kembali padanya…


“Banyak ujian hidup ini sebenarnya amat bermakna jika kita mahu menghayatinya. Betapa ramai orang yang menemui iman dan amalan soleh dek kerana ujian yang menimpanya. Berapa ramai manusia yang bersarang bongkak dan takabur dalam jiwa, tidak dapat ditegur dan dididik, tetapi akhirnya menjadi insan yang tawaduk kepada Allah dan menghargai orang lain setelah melalui ujian hidup yang getir. Betapa ramai pula insan yang soleh dan disayangi Allah dinaikkan darjat dan nilainya di sisi Allah disebabkan ujian yang menimpanya.

Kita tidak meminta ujian, tetapi kita sentiasa perlu tahu bahawa ujian itu adalah rukun hidup. Ujian bagaikan bicara atau ‘sapaan’ Allah kepada kita agar kita ingat apa yang lupa, ubah apa yang salah, atau untuk kita tambahkan pahala dan padamkan dosa. Sabda Nabi s.a.w:

“Tiada apa pun yang menimpa seorang mukmin, sehingga duri yang mengenainya, melainkan Allah tuliskan untuknya kebaikan (pahala) dan padam dari kejahatan (dosa)” (Riwayat Muslim).

Melihat manusia yang diuji menjadikan kita rendah diri dan insaf. Mungkin dia yang dilihat oleh orang lain sedang dalam ketenatan cabaran tetapi sebenarnya sedang tenggelam dalam rahmat dan kasih sayang Tuhan. Melihat orang yang susah, mereka yang dizalimi, mereka yang kesempitan atau menderita kesakitan menyebabkan kita terlintas segera dalam perasaan “dia di sisi Allah mungkin lebih baik daripada diriku ini”.

Kita semua akan melalui ‘bicara dan didikan Tuhan’ melalui pentas ujian. Kita mengharapkan ujian akan membawa kita kepada sesuatu yang lebih baik. Ujianlah yang telah membawa Musa a.s. kepada berbagi kurniaan. Untuk itu kita wajar selalu merintih kepada Allah seperti Musa a.s.: “Rabbi inni lima anzalta ilaiya min khairin faqir” (”Wahai Tuhanku, Sesungguhnya aku ini kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan amatlah fakir”).

(http://drmaza.com/home/?p=967)”


Ujian itu tanda Allah sayang kita… jadi bersyukurlah kerana masih disayangi sang pencipta…

Ingatlah:


لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.

[Al-Baqarah: 286]


Bila sesuatu ujian menimpa, ingatlah kita pasti mampu menghadapinya dengan izin dan bantuan Allah juga kerana Allah tidak akan membebankan kita dengan sesuatau yang kita tidak mampu untuk memikulnya… Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita…


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

(Surah Al-Baqarah: 216)


Sahabatku,

Ingatlah, bersyukurlah… disebalik 1 dugaan itu, terselit 1001 kenikmatan yang Allah beri… usah mengharapkan yang tiada, kerana yang ada itulah harapan kita…

Ibaratnya,

Orang yang kudung kakinya merasakan memakai kasut itu mustahil… namun, bagi mereka yang cukup anggotanya, menyarungkan kasut itu adalah perkara biasa… tetapi, apabila suatu hari dia sakit kaki, dan tidak bias menyarungkan sepatunya, pasti sentiasa mengharapkan kakinya sembuh, tapi, pada hari-hari biasa dia tidak pandang pun kaki itu suatu nikmat yang besar buatnya…

Nikmat Allah itu jika ingin dihitung amatlah banyaknya... tanpa nikmat tersebut kita ini fakir sefakirnya... miskin, tidak punya apa-apa...

Ingatlah, tidak ada milik kita… hatta tubuh badan kita sendiri adalah milik Allah… Allah berhak mengambilnya bila-bila masa yang dikehendakinya… semuanya pinjaman yang perlu dikembalikan tepat pada waktunya… jadi berpewatakanlah seperti seorang peminjam…


Renung-renungkan… selamat beramal…





2 comments:

حسنى جميل said...

Pandanglah musibah dan ujian dari dimensi iman.. musibah mungkin sbg kifarah m'hapuskan dosa,mungkin juga utk menguji keimanan indvidu utk diangkat kpd martabat yg lebih tinggi disisiNYA..syukran ats entry yg membina rasa ketuhanan..

syafiqah said...

syukran kak... rajin2 la datang bertandang disini...=)

betul tu... musibah, ujian, malapetaka,nikmat bahagia,kejayaan, semuanya milik Allah... semuanya terjadi, datang dan pergi hanya dengan izin Allah... jadi, kembalilah kepadanya...semua jawapan ada padanya... Kembalilah...

bersama kita bina karakter seorang muslim sejati yang teguh berdiri walau dimana kita berpijak dibumi ini...

-correct me i am wrong-