Monday, May 2, 2011

Bagi Yang Ingin Bertudung Labuh



Bismillahirrohmanirrohim...

Alhamdulillah.... syukur atas segala nikmat kurnianNya.... alhamdulillah... lebih terurus dan tersusun setelah segala tanggungjawab selesai di tunaikan... Terima Kasih Allah....

Entry kali ni hamba nak sentuh mengenai tudung... tudung bukan sebarang tudung... bukan tudung ikin, arini, atau tudung bawal atau yang sama waktu dengannya... tetapi tudung labuh... bukan nak menjual atau mempromote apa2 tetapi sekadar cetusan minda hamba yang hina ini... Senang cakap, sebuah perkongsian berdasarkan pengamatan dalam kehidupan hamba dan rakan2...


Teringin tapi Tak Mampu

Apabila kita bercampur dengan ramai orang, berbincang dan bertukar2 idea, ada yang menyatakan hasrat suci mereka pada Hamba,

"Saya teringin sangat nak pakai tuduk labuh macam awak..."

"tapi........................."

Ada pulak tapinya.... Hmmmm.....

Alhamdulillah, Allah buka hati mereka untuk suka akan tudung labuh... Namun, ada yang teragak2 atau berkira2 nak pakai atau tak... ada yang mengatakan tak kuat nak pakai, takut ada yang mengata, takut keluarga tidak setuju dan sebagainya.... Banyak kali hamba jumpa kes2 macam ni... Mungkin anda yang membacanya juga salah seorang daripada mereka... teringin..... Tapi ber"tapi".....

Duhai akhowat yang hamba sayangi, sedarlah, bersyukurlah dikurniakan rasa begitu... syukur kerana Allah masih bagi nikmat suka nak bertudung.. Bertudung labuh pula tu.... ada saudara kita yang benci pada tudung... tengok tudung je dah menyampah... Orang Islam tu.... Nasihat hamba, teruskan niat suci itu... teruskan dan teruskan.... Usah peduli apa kata orang... Yang penting, Apa yang Allah kata... Pandangan Allah itu yang utama... Ingat tu... Manusia apa ada??? Yang punya segalanya dan yang perlu ditakuti hanya Allah....

Mungkin ada yang mengatakan

" cakap senang la, cube awak ditempat saya.... "

ni jawpan hamba bagi yang bersoalan macam tu...

"Awak.... Saye nak cakap ni, saye dulu pun macam awak jugak terigin tapi ber"tapi"... Dulu, tudung saya biasa2 je... saye dulu pun tak macam saye yang sekarang yang awak kenal ni(bagi yang mengenali diri hamba)... Mase tu, Saya teringin sangat nak pakai tudung labuh... saya mula dengan tudung sekolah..Lepas tu dengan tudung2 yang lain.. Walaupun saya kelas Aliran Agama, tapi tak pakai tudung labuh... tudung biasa2 je... Bila dah form 4, mase tu dah tak de KAA dah, baru dapat pakai... Alhamdulillah... Dan kekal sampai sekarang... Doakan saya terus istiqamah...."

terima kasih Allah...

"Awak, mase mula2 nak pakai tudung labuh tu, terlintas jugak, apa kawan2 kata nanti... Yela, tetiba je tukar penampilan.. nanti dikatakan buang tabiat pulak.....tapi Alhamdulillah... Once dah pakai tudung labuh, saya tak pandang dah tudung biasa... Selesa sangat wak.... bila kadang2 terpaksa pakai tudung biasa, rasa lapang semacam je.. Macam tak pakai tudung... tudung2 yang lama bagi dekat adik... tudung tu cukup besar untuk die... ibaratnya, tudung labuh untuk dia... Nimatnya bertudung labuh, Allah je yang tahu... Alhamdulillah... Awak cubalah... Saya yakin awak akan rasa manisnya..."

Terima kasih Allah....


Ayuh, Berubahlah...

Tanya diri anda;

Jika bukan sekarang bila???

Jika bukan disini, dimana???



Duhai akhowat,

Berubahlah selagi rasa ingin berubah itu masih ada... sementara ia masih dianugerahkan Allah... sebelum Allah mencabutnya kembali dari hati anda... Usah peduli dengan momokan atau suara sumbang yang berkisar disekitar anda... Jika ada yang mengatakan usah hipokrit, ini soalan hamba,

"Hipokritkah bila ingin menutup aurat, menjaga maruah, menjaga amanah yang Allah berikan pada kita??? Hipokritkah bila kita mahu berubah kearah yang lebih baik??? Hipokritkah???"

Jika ada yang mengatakan dia tidak layak bertudung labuh, ini kata2 hamba,

"tak layak atau tak nak???"

Kita bukan sesiapa untuk menentukan sama ada orang tersebut layak atau tidak... tidak ada hukum pun yang menyatakan hanya orang2 yang tertentu sahaja yang boleh bertudung labuh... Semua umat Islam boleh bertudung labuh dan tiada sesiapa yang berhak mempersoalkannya... Ingat saudaraku, tubuh badan kita tanggungjawab kita... Tutuplah auratmu dengan sesempurna mungkin... Jagalah ia...

Hanya diri kita yang mampu melakukan perubahan itu... orang lain hanya bisa memberi nasihat, selebihnya ditangan kita... Buatlah pilian anda dengan bijak sementara masa masih ada... Fikir2kanlah....

Moga dengan tudung yang labuh tersebut menjadikan kita seorang muslimah yang tahu erti malu, yang tahu menjaga maruah diri, yang tahu menjaga ikhtilat, dan yang paling penting, mendekatkan kita dengan pencipta kita....

p/s: bagi mereka yang bertudung, pastikan tudung anda tidak jarang dan melepasi paras dada... sama2 kita semak diri....

8 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum saudari, sy sangat2 suke akan entry ni...dr tahun 2009 sy ingin pakai tudung labuh..tp selalu rse takut..bila skrg sy dah bersedia, ada pula yang kata hipokrit..dan x kena dengan diri saya..saya bukan seorang yang lemah lembut..dah berberapa hari saya mimpi sy pakai tudung labuh...tatkala saya teringin pakai tudung labuh, ada seorang lelaki yang telah memberi sy semangt untuk pakai tudung labuh.tapi entah kenapa saya masih belum buat...keluarga menentang kalu sy kai tudung labuh..jd sy confius...

syafiqah said...

Wa`alaikumussalam warahmatullahh..

alhamdulillah... saudari punya kesedaran untuk bertudung... bukan sebarang tudung, tetapi, bertudung labuh...

pd pendpt saya, teruskn niat murni itu... mungkin saudri boleh mulakn dngn memakai tudung bidang 50, lepas tu bru bertukr dengn tudung yg berbidang 60.. mula dngn tudung bawal dulu... lepas tu baru tukar kepada yang bulat...mula perlahn2... supya org disekeliling kita tidak terkejut dngn perubhn kita...

biarlh org ingin mengatakn kita hipokrit... hakiktnya, hanya Allah yg tahu.. mrk akn terus berkata itu & ini... x kan saudari nk biarkn je... buktikn pd mereka bhw saudari dipihak yg benar & mmg ingin bertudung labuh... bila dah terbukti, insyaAllah, senyaplah mereka nanti...

saya doakan moga saudari terus istiqomah & dipermudhkn sgl urusn oleh Allah S.W.T... =)

Anonymous said...

terima kasih...sekrang perasaan bertudung labuh itu makin erat..untuk pgetahuan saudari sy memng dah memakai tudung biasa yang di labuhkan sehingga menutupi dada dan juga memakai stokin..perubahan yang sedikit ini pun ada yang memerli...bagaimana untuk sy dapat kekuatan untuk memakai tudung labuh pula...sy sentiasa berdoa di permudahkan jalan saya ini..saya sekrang study di uum dalam bidang perakaunan..jadi ramai yang mempersoalkan akan kerjaya dan tudung labuh...pasti nya kerja saya bakal melibatkan kerja2 accounting..bagaimana persepsi majikan untuk mengambil sy berkerja...ada yang bertanya soalan itu.tp sy diam dan tidak tahu jawapan nya..bagaimana harus sy terangkan iaitu islam itu mudah..dan sebenarnya saya yakin pada Allah..Allah itu memberi rezeki..jadi pastinya tidak akan ada masalah untuk saya memakai tudung labuh..cuma saya tidak tahu bagaimana hendak menyakinkan orang lain tentang persepsi sy..maafkan sy menganggu saudari..makin lama hati ini makin kuat untuk tudung labuh...

syafiqah said...

Alhamdulillah... saudari telah melabuhkan tudung yang biasa melebihi paras dada dan berstokin... satu perubahan yang baik... teruskan...

pada saya,saya tidak menemui kekurangan jika saudari bertudung labuh dan mengambil accounting... tidak ada salahnya... kerja hanya dilakukan didalam pejabat... mungkin di uum saudari kurang bertemu mereka yang mengambil jurusan perakaunan bertudung labuh, tetapi, di universiti2 lain seperti uiam, usim dan lain2 universiti, mereka yang mengambil pelbagai jurususan seperti akaun, perubatan dan sebagainya bertudung labuh, bahkan kadang2 berpurdah...

saya punya seorang kenalan, dia adalah seorang pajar medic yang bukan sahaja bertudung labuh, tetapi berpurdah... bukankah itu lebih mencabar??? apa persepsi orang padanya??? bakal doktor pula... dia juga selalu mengikuti kem2 dan program2 diluar bersama masyarakat asli dan juga program2 lain... jujur saya katakan, saya sangat kagum padanya...

saya juga pernah berjumpa seorang yang belajar di utp, berpurdah... saya tidak ingat dia mengambil jurusan apa tetapi, seperti yang kita sedia maklum, mereka yang belajar di utp adalah bakal2 engeneer yang mana saya pasti tugas mereka pasti lebih mencabar...

jadi, pada saya, tidak ada kekurangannya pada tudung labuh... bukankah tudung labuh itu pakaian mereka yang mengaku beriman kepada Allah yang ingin menjaga auratnya dengan sesempurna mungkin...

pada pendapat saya, orang yang bertudung labuh, selalunya persepsi orang padanya adalah positif... tambahan pula dapat mengelakkan sexual harassment... jadi tidak ada salahnya bertudung labuh dan tidak melanggar mana2 akta yang termaktub dalam perlembagaan pun yang menghalang majikan majikan mengambil pekerja yang bertudung labuh...

saya bersetuju dengan saudari yang rezeki itu Allah yang beri... dia akan beri kepada sesiapa yang dia kehendaki dan mengambilnya kembali daripada sesiapa yang dia kehendaki... jadi, yakinlah padanya... doakan semoga mereka yang memerli saudari, diberikan kefahaman oleh Allah mengenai perkara ini dan semoga mereka juga dilembutkan hati untuk bertudung labuh(bagi perempuan)...

semoga terus istiqomah.... =)

Anonymous said...

saudari..insyaAllah lepas raya ini sy akan bertudung labuh..nekad..doakan sy

syafiqah said...

Alhamdulillah...

MDoa saya, moga saudari istiqomah... Moga Allah mengurniakan kita hidayah dan petunjuknya... Ameen... =)

p/s: jika saudari mempunyai persoalan atau ingin mengedakan sedikit perbincangan mengenai perkara ini, boleh menghubungi saya di:

ym & skype:syafiqahu@yahoo.com

Fara Lawi said...

Syukran..bersemangat jadinya untuk saya melangkah bertudung labuh..usia sya bru 16 thun..bersyukur sgt Allah kurniakan sya perasaan ingin bertudung labuh..InsyaAllah sya akan mulakan dengn bidg 50 dulu..mcm ukhti ckp biar org skeliling xtrkejut tgok prubahan kita :).. trima ksh ats entri ini..

syafiqah said...

Alhamdulillah...

Moga istiqamah ya dik... Moga Allah meredhaimu... Ameen... =)