Friday, April 22, 2011

Dunia yang Sesat (Lost World)

Bismillahirrohmanirrohim...

Semalam, hamba dan rakan seunit yang lain telah pergi ke Lost World Of Tambun atas kapisiti melaksanan P & P pjk dibawah tajuk sukan dan rekreasi...

Agak rimas dengan suasana yang ada di situ... Jangan harapla nak ade pengasingan lelaki dan perempuan.....sampai je, hampir kesemuanya bertukar watak... jerit sana, jerit sini... Dah x macam pelatih guru dah... kami, hanya berkumpul di suatu tempat, merendamkan kaki dalam air... tak sanggup nak mandi... trdengar juga suara2 sumbang yang melihat kami hanya membasahkan kaki...

bagi menghiburkan hati yang duka, kami main juga, namun jauh sedikit supaya tidak kelihatan sangat dalam khalayak... Cuba sedaya upaya untuk tidak dilihat, dan melihat.... Agak tidak berpuas hati apabila kami ingin bermain gelongsor air tetapi hanya dibenarkan jika kami menukar pakaian kami.... atas alasan licin... memang tak masuk dek akal... Sabar je la...

"tak pe... nanti kita buat Islamic Lost World", hamba bersuara(nada memperli)...

Yang paling menyakitkan mata adalah, ada juga pelatih yang ambil peluang untuk berdating... Allahu Akbar...

Melihat suasana dalam Lost Wolrd, terdetik dalam hati hamba, ciptaan manusia tidak dapat menandingi ciptaan tuhan.. Air terjun yang semula jadi, laut yang luas terbentang jauh memberi ketenangan kepada kita berbanding taman tema air buatan manusia(Lost Wolrd). Terbayang deruan air, kicauan burung, hijaunya alam.... Subhanallah...






p/s: kadang kala kita terpaksa lakukan sesuatu yang kita tak suka, tetapi hadapinya dengan hati yang terbuka, dan tanganinya dengan hikmah serta fikiran yang waras....

4 comments:

Abe Yu said...

Begitulah keadaannya..terpaksa senyum walaupun tidak suka untuk senyum ditempat begitu..kawan yang lain mcm mana..??..terdetikkan dalam hati tentang masalah ini..bersuarakah mereka..

syafiqah said...

Hampir semuanya terpaksa dan tersiksa....

ezzah said...

pakaian kat sana pun terpaksa dan terseksa nak tengok :(

syafiqah said...

betul tu ezzah... x logik langsung.. kalo buat kat cepor lagi best... kan ezzah kan...