Berat...
Terlalu berat
untuk aku ungkapkan,
Mulutku kelu
untuk menyatakan,
Biarlah
aksara yang menerangkan
Betapa hati
ini pilu.
Telah aku
cuba sedaya upaya,
Untuk membaiki
retak yang ada,
Ego telahku
lebur
Jabat
tangan telah kuhulur
Mohon
disambut.
Namun,
tangan yang menyapa hanya selamba.
Mungkin hilang
aku padamu tiada makna,
Mati aku perkara
biasa,
Tiada yang
istimewa.
Apa masih
perlu aku teruskan?
Atau hanya
berhenti sahaja disini?
Maka,
terpulanglah..
Berpisah
Atau
Bersatu.