Alhamdulillah, syukur hamba rafakkan atas segala nikmat kurnianNya, hamba masih mampu untuk mengupdate blog yang dah lama tak di update...
Kesibukan menyebabkan kurangnya masa hamba untuk mengupdate blog sendiri... hamba dapat rasakan bahawa kesibukan ini akan berterusan sehingga ke bulan 4 & 5.... Allahu akbar... ujian... Moga diberi kekuatan dan dipermudahkan segala urusan...
26 dan 27 yang lalu hamba telah menghadiri sebuah simposium di UTP Seri Iskandar... Alhamdulillah, banyak maklumat yang diperoleh... terutamanya dalam sistem ekonomi dan kepimpinan islam... Syukur... tidak dapat hamba nak huraikan disini, betapa, kita telah banyak tertipu dan ditipu oleh barat... sistem kapitalis yang menjadi asas dalam sistem ekonomi yang dijalankan menjadikan kita terlalu bergantung kepada fiat money yang menguntungkan yang kaya dan mempapakan yang miskin... inflasi, krisis ekonomi dan sebagainya menjadi kesan daripada sistem ini.... bayangkan, jika U.S yang menguasai dunia dengan sistem ini musnah, maka wang kertas yang berada dalam dompet kita sudah tidak punya nilai lagi... Jadi, carilah investment yang lebih kukuh seperti membuat simpanan menggunakan dinar emas sebagai pelaburan jangka panjang...
Dalam konteks kepimpinan islam pula, banyak ditekankan mengenai kejayaan umat2 terdahulu seperti para sahabat dan pemimpin2 terdahulu.... contoh yang amat nyata ialah Rasulullah S.A.W, para sahabat, solahuddin al-ayubi, sulaiman al-qanuni, sultan Muhammad Al-fateh dan sebagainya... kejayaan mereka menguasai sepertiga dunia harus dicontohi... tujuan mereka menakluk hanya satu... menyebarkan agama yang tercinta... ISLAM..... ALlahu Akbar... betapa diri ini terlalu kerdil...
Ya Allah, Ampunkan hambamu ini... terlalu banyak melaklukan dosa dan noda, diri ini terlalu lemah ya robb...Berikan diri ini kekuatan ya Allah... untuk menjulang tinggi kalammu....